Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Ogos 26, 2017

Lagi seminggu kita bakal menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita yang ke 60 !! Alhamdulillah, syukur.. Semoga negara terus aman damai, sejahtera hendaknya. Terus maju ke depan dibawah pucuk pimpinan pemerintahan negara yang berdaulat.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, Ciktie berbangga sangat kerana menjadi salah seorang daripada rakyatnya. Yalah negara kita Malaysia bukan sahaja aman damai, sejahtera. Rakyatnya pula hidup dalam keadaan bersatu hati walaupun terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan bangsa. Tetapi kita juga terkenal di mata dunia. Kita bebas dari peperangan.. Hidup pun tiadalah dalam ketakutan. Kita bebas bersuara. Pendek kata kita bebas melakukan apa saje yang kita suka, yang kita nak tapi biarlah bertempat tak gitu 😄😄 Jadi ciktie bersyukur sangat dengan apa yang kita ada sekarang ni dan berdoa semoga ianya berkekalan. Aamiin #ilovemalaysia #1malaysia

Ehh..kebetulan pula sekarang ni musim cuti sekolah kan? Ulang tahun Kemerdekaan kali ini pula jatuh hari Khamis. Jumaat tu Raya Korban dah. Sabtu tu raya lagi..Ahad pula cuti hujung minggu. Aaiii cuti panjanglah kita kan 😘😘

Bila cuti panjang kaum hawa terutamanya mak-mak lah yang paling sibuk. Nak-nak pula Jumaat ni dah raya. Aiii sambut haji besar kita tahun ni kan. Macam-macam persiapan dan kelengkapan perlu disediakan. Tapi kalau bukan sebab raya pun memang si mak-mak lah yang sibuk pun. Nak uruskan anak-anak lagi nak kena masak lagi 😢😢


Tapi dengan bantuan PENSONIC dari siri Chef' Like aktiviti memasak itu mampu dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Sesuai dengan rekabentuknya yang ringkas dan menarik serta pratikal ianya menjadikan aktiviti memasak itu sesuatu yang mengembirakan seisi keluarga dan yang lebih penting sebenarnya hasil dari masakan itu sendiri lebih lazat dan berkualiti.

Sebenarnya ciktie nak tunjuk 2 barang ni..Sebenarnya banyak yang ciktie nak tunjuk tapi 2 dah la. Ciktie dah terjatuh cinta dekat jenama ni pun sebab tertengok program masakan Chef Ismail hari tu. Itu yang teringin hikhik

Pensonic Chef's Like Air Fryer PDF-2201

untuk memasak makanan yang sihat yang ni memang sesuai sangat la

Pensonic Chef's Like Food Steamer PSM-1603

Membantu kita menikmati makanan yang segar. Lagipun ia ada 3 tingkat dan masa boleh disetkan

Sepertimana yang semua orang tahu jenama pensonic ni memang bukan calang-calang brand. Ia memang cukup dikenali dan dipercayai ramai. Jadi harganya tak yah certa lah kan.. Berbaloi gan barangnya tak gitu. 

Tapiii sekarang ni diskaun istimewa sehingga 80% boleh diperolehi sempena dengan merdeka! Merdeka! Sale yang sedang berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos tau. Tunggu apa lagi !! Rebutlah sekarang juga sebelum terlambat



Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com