Kerana Terpaksa Aku Relakan

Mei 23, 2014
Ooo rupanya drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia dekat TV3 baru-baru ni juga diadaptasikan daripada novel terbitan KaryaSeni. Karya Umie Nadzimah !! Rupanya ini jugalah penulis yang menulis novel "Aku Terima Nikahnya" tu. Novel itu memang best !! tangkap leleh hehe


Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, ni diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan telah pun ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar Baharin dan Izreen Azminda. Ia ditayangkan mulai 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya dan mempunyai 28 episod ehhh 24 or 28 camtu la.. Tema lagu untuk drama ini bertajuk Patah Sayap nyanyian Nadia Aqilah Bajuri dari kumpulan Pompa Bensin.

Antara pelakon yang menjayakan drama kerana Terpaksa Aku Relakan ini adalah :-
Amar Baharin sebagai Tajul Razin
Syafiq Kyle sebagai Tajul Fahin
Izreen Azminda sebagai  Indah Halina
Iqram Dinzly sebagai Inspector Aryan
Ika Nabella sebagai Hasma
Nadia Aqilah Bajuri sebagai Zawati
Aleza Shadan

Ok, jom singgah blog Umie Nadzimah - penulis Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan. Sambil-sambil baca novel online boleh juga tau perkembangan terkini penulis ni. Antara novel karya beliau adalah :-
  • Pilihan Mama
  • Aku Terima Nikahnya
  • Kerana Terpaksa Aku Relakan
  • Die..Isteri Luar Biasa yang ni tak pasti novelnya dah keluar atau belum

 

Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com