Tahniah PANDELELA Rinong

Ogos 10, 2012


Tahniah PANDELELA Rinong !!  anda telah berjaya merealisasikan impian warga Malaysia (termasuk la kiter) dengan menghadiahkan pingat gangsa untuk negara dalam acara 10m platform individu wanita di Olimpik Park, London semalam. Penerjun berasal dari Sarawak itu yang menjadi peserta ke-8 daripada 12 pesaing membuat terjunan di final acara berkenaan, mengumpul 359.50 mata keseluruhan selepas menamatkan lima terjunan

Setelah Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak dalam sukan badminton yang merupakan penyumbang tradisi pingat kepada negara. Pandelela merupakan atlet wanita pertama negara yang berjaya memcipta rekod melangkah ke final selepas menduduki tempat ke-5 daripada 18 peserta yang beraksi di separuh akhir selepas mengumpul 362.50 mata.

Selepas satu pingat perak dan satu pingat gangsa, Adakah Malaysia bakal membawa pulang sebarang pingat lagi selepas ini? Sama-sama menyaksikan persembahan dari Bryan Nickson Lomas menjadi atlet terakhir beraksi dalam acara 10m platform individu lelaki, hari ini.

Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. Dua pingat je..Syukur,alhamdulillah dapat !

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Like Us