Negara Lockdown 14 hari mulai 01 Jun sehingga 14 Jun

Jun 07, 2021

Tak buat lockdown salah, buat lockdown pun salah! Apalah kita ni kan..layan ajelah. Dengan kes saban hari semakin meningkat macam ni semoga ada sinar buat kita semua. In Shaa Allah, aamiin teruskan usaha kita untuk jaga diri sendiri dan orang lain.


Negara Lockdown 14 hari mulai 01 Jun sehingga 14 Jun 

Total Lockdown (PKP 3.0)

Sepertimana yang telah diketahui, sekarang ini penguatkuasaan total lockdown sepenuhnya telahpun dilaksanakan bermula 1 Jun 2021 hari tu sehinggalah 14 Jun 2021 hari tu sebelum dilanjutkan lagi 2 minggu bermula 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021 ni kecuali untuk sektor ekonomi dan perkhidmatan yang perlu (essential economic and service sector). Maknanya dah seminggulah 2 minggu lah pkp 3.0 ini dikuatkuasakan. Bilangan kes harian di Kelantan pun masih naik turun naik lagi. Harapnya bilangan kes hariannya terus menurunlah selepas ini. Risau weh nengok nombor banyak-banyak saban hari ni. 


Update 

Total Lockdown dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 Jun 2021 !

Bersambung lagi 2 minggu PKP 3.0 ! Bermula 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan keputusan ini dibuat setelah mengambilkira jumlah kes harian yang masih tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari dengan  purata kes baru sehingga Jumaat,11Jun 2021 adalah  6,871. 


Ini juga berikutan penurunan penetapan purata kes harian daripada 8000 kepada 4000 kes dalam fasa pertama selain sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU serta peningkatan 10 peratus populasi penerimaan 2 dos lengkap suntikan vaksin.


Hmm patutlah semacam aje apabila penguatkuasaan pkp 3.0 ni nak dilaksanakan. Banyak juga rupanya agensi pekerjaan yang tersenarai dalam sektor ekonomi dan perkhidmatan yang perlu tu. Tapi entahlah nak komen pun tak pandai apapun kita jaga kita. Bantuan Pemerkasa pun dah diumumkan. Sama-samalah kita memanfaatkan apa yang boleh. Sementara nak tunggu bantuan tu, sama-samalah juga kita membantu sesama sendiri. 




Agihan sumbangan ataupun bantuan 

Bercerita pasal bantuan ni, memang respect sangat pada korang yang turut serta menghulurkan bantuan samada secara perseorangan ataupun organisasi. Bukan mudah nak-nak dengan keadaan sekarang ni. Banyak benda nak kena jaga dan bagi korang yang dipertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan melalui ataupun mewakili organisasi tu pastikan bantuan itu benar-benar disalurkan pada mereka yang memerlukan tanpa mengira siapa yang kita kenal dan siapa yang telah biasa kita salurkan. Bimbang nanti yang dah biasa terima, bertambah banyak terima dan yang tak dapat, langsung tidak merasa. 


Tapi rasanya sekarang ni patutnya tiada kriteria pemilihan lah kot sebab semua orang memang memerlukan bantuan. Tiada salahnya kalau kita bahagi sama rata. Sama-sama dapat dan sama-sama rasa. Tiadalah terkilan sangat apabila orang patut dapat tak pernah dapat tapi yang dah dapat. Asyik dapat, dapat dan dapat kan. Lagipun bantuan Pemerkasa yang diumumkan itu pun bukannya semua yang dapat! Betul tak


Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP 3.0)

Tak dinafikan total lockdown kali ini tidak seperti total lockdown tahun lepas. Yang 100% lockdown. Sampai ada dikalangan kita yang hilang punca. Teringat awal-awal tu, nak keluar rumah pun takut-takut walaupun kita telah diarahkan untuk masuk kerja. Janggal aje bila tiba-tiba kita sorang je yang berada di jalan raya untuk ke tempat kerja. Jadi pada korang yang bukan bekerja dari rumah (BDR), terpaksa ke tempat kerja serta yang menggunakan perkhidmatan awam sila patuhi SOP yang ditetapkan. 


Semoga dilindungi daripada menjadi salah seorang mangsa jangkitan covid-19 selepas ini. Dan kepada semua pesakit covid-19 semoga terus kuat dan semoga cepat sembuh. Aamiin


Senarai perkhidmatan yang terkecuali dalam total lockdown 

Walaupun agak lambat perlaksanaan total lockdown kali ini, semoga ianya tidak menghalang usaha kita untuk membantu barisan hadapan mengurangkan peningkatan jangkitan covid-19 yang semakin drastik. In Shaa Allah, aamiin


Total lockdown ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Penuh kali ini akan merangkumi 3 fasa

Fasa pertama 

Bermula 01  Jun 2021  sehingga 14 Jun 2021 iaitu selama 14 hari dan bersambung lagi 14 hari, mulai 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021 ni bertujuan untuk mengurangkan  kes harian covid-19. Dalam tempoh ini kita hanya dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubatan sahaja dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan jarak tidak melebihi 10km daripada lokasi kediaman kita. Sekiranya dalam fasa ini, kes harian berjaya dikurangkan. Konsisten bawah 8000 4000 dalam tempoh 2 minggu penyambungan pelaksanaannya, lockdown fasa ke-2 akan dilakukan.


Fasa Ke-2 

Dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu selepas fasa pertama berakhir. Dalam fasa ini beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal dibenarkan beroperasi. Jika bilangan kes terus menurun, fasa ke-3 akan dikuatkuasakan. 

 

Fasa ke-3 

Untuk fasa ini, ia sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sebelum ini. Akan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, tetapi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan. Aktiviti sosial masih lagi tidak dibenarkan.


Walaubagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Oklah cukup setakat ini dulu. Nak pot pet pot pet panjang lagi. Dah blur dah ni hikhik. Hingga jumpa lagi korang 😃😃 teruskan berada di rumah dan keluar hanya perlu. 


#kitajagakita






Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Like Us