Bekerja lagi kita ini hari, hari Ahad.. Kalau minggu lepas sebab ada Majlis APC tapi hari ini kena jadi urusetia temuduga Pemandu Kenderaan Gred H11. Good Luck pada semua calon yang terlibat.


Sesi temuduga ini dijalankan serentak semua pusat temuduga bawah Kementerian Pertahanan bermula hari ini sehingga 24 Ogos 2017 mengikut zon. Kalau tak silap negeri kelantan gan negeri Johor yang bermula hari ini. Melaka esok, Terengganu lusa dan terakhir sekali dekat MinDef tapi tak tau lah kan..salah info ke 😴😴


Temuduga jawatan pemandu ni ada 3 peringkat semuanya kalau ikut hari ini punya la selain pendaftaran dan semakan dokumen calon.. Antaranya :
  • Ujian pengecaman warna (Ujian psikometrik)
  • Ujian memandu menggunakan bas / kenderaan yang disediakan
  • Temuduga dengan panel

Sekarang ni giliran temuduga dengan panel. Baru lepas 7 orang calon masih ada lagi 12 orang. Tengahari camni gak mata ngantuk selalu la


Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »