Sinopsis Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish Di Slot Samarinda TV3 - Ciktie Dot Com

Breaking

adsense 7hb11

Isnin, 4 Januari 2021

Sinopsis Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish Di Slot Samarinda TV3


Aishhh banyak drama best-best la pula sekarang ni. Pukul 7 best..pukul 10 best, alamatnya lepak depan tv ajelah kita sehari-hari yer. Nasib baikla ciktie layan drama pukul 10 ni dekat aplikasi iQIYI ke apa namanya tu. Takdela nak kena tunggu sangat 😁 cuma yang drama angkara cinta dan bidadari salju tu je jenuh nak kena cari dekat Google je. Banyak sangat skip 


Oklah tolak drama bidadari salju dan angkara cinta tu. Kita certa pasal drama hero pujaan ramai ni. Drama ni terasa sekejap je satu-satu episode tu. Buat kita tak sabar nak tunggu episode seterusnya tu betulla. Tengok-tengok dah habis episode 4. Maknanya ada lagi 11 episode sebelum drama lain pula mengambil alih. 



Bougainvillea, drama arahan Ayie Mustafa yang dibintangi oleh Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish. Mula bersiaran 28 Disember 2020 yang lalu menggantikan Misteri Mona di Slot Samarinda TV3. 


Sinopsis Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish Di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan kehidupan Aryanna (Intan Ladyana) dan Adrian (Beto Kusyairy) yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya sebagai seorang arkitek. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan suaminya itu walaupun adakalanya dia terasa hati dengan Adrian. Bibah (Ziema Din) dan Mimie (Nora Danish) tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie mempunyai seorang kawan baik, Ali ( ) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Mimie  selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya yang boleh memberinya keselesaan dan kesenangan. Ianya turut disokong oleh mak angkatnya, Bibah.


Mimie juga sangat mengagumi keluarga Adrian dan Aryanna. Baginya keluarga itu begitu sempurna dan sepadan sangat. Hazira (Hanna Aqeela) pula kawan Aryanna daripada zaman kolej. Dia sangat rapat dengan keluarga Adrian dan anak-anak Aryanna serta bebas untuk keluar masuk ke rumah pasangan itu. 


Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji apabila suatu hari Aryanna kemalangan dan tidak sedarkan diri ketika pulang daripada medical checkup. Atas nasihat ibu dan mertuanya, Adrian kemudiannya telah mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna demi keperluan dan kebajikan anak-anaknya.  Kebetulan pula Mimie baru sahaja berhenti kerja. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie itu amat menyenangkan Adrian tetapi segala-galanya berubah selepas itu. Sikap Adrian yang penyayang, baik, lembut dan setia terhadap isterinya telah menambat hatinya. Dia mula jatuh cinta dan berusaha menjadikan Adrian miliknya. Ditambah pula dengan hasutan dari Mak ngahnya.


Tidak mahu mengendahkan kata-kata ibu majikannya yang menginginkan dia meletak jawatan mereka akhirnya ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapii Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie yang tidak berpuas hati kemudiannya berusaha mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna tersedar daripada koma dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang begitu obsesif terhadap suaminya dan berbahaya.


Haaa kalau nak tahu full jalan ceritanya kenalah tengok drama ni yer. Ciktie pun tak sabar ni nak tahu macamana konflik seterusnya tu boleh berlaku 🤔🤔






10 ulasan:

  1. tu la..tak sabar nak tgk conflict dia.. hopefully tak clichee

    BalasPadam
  2. Lama x layan drama, mak mertua layan drama korea je..haha tapi suka lakonan beto.. mesti best cite ni..

    BalasPadam
  3. Saya suka Beto Dan Intan, so akan layan drama ni juga. Hope jln cerita best.

    BalasPadam
  4. Lama betul syu x layan deama tv3 ni. Tapi tgk summary bougainvilla ni macam menarik la pulak

    BalasPadam
  5. Menarik jalan ceritanya.. boleh record la.. nk thu juga mcm mana ending nanti..

    BalasPadam
  6. belum berkesempatan nak tgk lagi drama ni..
    menarik kalau baca sinopsis dia...

    BalasPadam
  7. wah! makin sedap plak citer ni. nak tahu apa kesudahannya..

    BalasPadam
  8. geram tgk nora.. ambil kesempatan. huhu

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************