CABUTAN BERTUAH VITS KEMBALI LAGI

Oktober 27, 2020

Hiii, selamat tengahari korang.. lamanya kita tak bersiaran masa-masa sebegini. Hari ini sempat mencelah sikit la nampaknya. Sambil-sambil buat Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan JD, Deskripsi Tugas dalam hrmis sesekali kita mencelah masuk ke sini.


Berpinar mata lama-lama tengok mypotfolio sorang-sorang camni 😵😵


CABUTAN BERTUAH VITS KEMBALI LAGI 

Baru-baru ni sebuah pengeluar produk berasaskan mi segera yang bertapak di Malaysia sejak tahun 1975 telah melancarkan sebuah program Cabutan Bertuah berkolaborasi dengan sebuah pasaraya terbesar di Malaysia iaitu AEON telah mendapat sokongan yang sangat menggalakkan. Seramai 54 orang telah berjaya memenangi VIT'S AEON CABUTAN BERTUAH yang telah berlangsung dari 13 Ogos hingga 16 September 2020.



Kita nak join sama pun boleh tau. Caranya mudah je kita hanya perlu membeli produk VIT'S dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia dan imbas kod yang terdapat di paket. Nombor bertuah akan di cabut secara live di Facebook Vits pada setiap hari Khamis jam 12 tengahari. 


Jika terlepas tawaran ni, jangan risau jangan sedih. Jangan juga berasa kecewa kerana Vit’s sekali lagi telah melancarkan program cabutan bertuah untuk musim kedua. Berlangsung sehingga 26 November ini dan pelbagai hadiah menarik sehingga  RM 20,000.00 untuk dimenangi setiap minggu. 


Jangan lupa join VIT’S EXCLUSIVE LUCKY DRAW. Tapi macamana nak menang tu ???


Cara Untuk Sertai Vit's Exclusive Lucky Draw

  • Dapatkan produk 2 pek Vits Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio di pasaraya terdekat anda atau secara online 
  • Scan QR code untuk sertai cabutan bertuah ini.
  • Isi infomasi di dalam borang tersebut 
  • Nyatakan 5 angka bertuah anda 
  • Masukkan resit pembelian 2 produk VITS ITALIAN MI GORENG 
  • Nantikan setiap Khamis di facebook live untuk undian secara live

Mudah aje kan ??




Hadiah untuk Vits Exclusive Lucky Draw 

Grand Prize: Vespa Sprint 150 

1st Prize: Iphone 11 Pro Max / Samsung Galaxy Z Flip 

2nd Prize: Nintendo Switch / Realme 6 Pro 

3rd Prize: Buffalo Pro Chef Plus Air Fryer / Toros 6L Pressure Cooker 

Consolation Prize: MiGor Facemask + Vit’s Italian Mi Goreng Series


Haaa jadi jangan lepaskan peluang hebat ini yer..





Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. sedapnya buat mee dari vit's ni kan.. pilihan utama gitu kalau pilih dari banyak-banyak mee kosong

    BalasPadam
  2. imagining vespa tu color kuning..cantik

    BalasPadam
  3. dah lama tak makan mi segera Vits ni. Hebat lah dah ada mi segera flavor pasta pulak. Nak try jugak lah lepas ni

    Farhana Jafri

    BalasPadam
  4. menariknya.. best kalau menang ni

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com