Kira Kira Produk Penjagaan Bayi Organik Dari Jepun

September 03, 2018
Kira Kira Produk Penjagaan Bayi Organik Dari Jepun | Kira Kira Produk Penjagaan Bayi Organik Dari Jepun !! Apa tu ? Mesti  korang tertanya-tanya apa sebenarnya kira kira ni kan? Dan apa kaitannya pula dengan penjagaan bayi secara organik ! Nama pun dah kira kira. Nak kira apa ?? Sebenarnya kalau korang nak tahu Kira Kira ini merupakan jenama baru lampin dan penjagaan bayi premiun yang lengkap dari inovasi teknologi Jepun atau dalam bahasa mudahnya ia telah dipertingkatkan dengan teknologi Jepun. Ia membantu si manja kita membesar dan bergaya dengan selesa. Kini ia telah berada di pasaran negara kita - Malaysia.
Blog Ciktie
Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini terutamanya Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Ramai  juga pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira tentang bayi mereka yang lebih banyak bermain dan gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria dan kurang meragam. Tiada kebocoran dan kerengsaan kulit !


Blog ciktie

“Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.


Blog Ciktie

Tambahnya lagi, sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar sentiasa kering dan segar.




"Bagi membolehkan bayi anda tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda,” katanya lagi.

Diapers

Kira kira baby care

Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah bila masanya lampin perlu ditukar bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit si manja.  Si manja kita juga boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut tu.

Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu je, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan lebih mudah.





Selain lampin, Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi secara organik. Ia hadir bersama mandian - Top to Toe Wash, Baby Lotion dan juga Nappy Cream.

Selaku ibu bapa, sememangnya kita menitikberatkan penjagaan kulit si manja kita yang lembut tu. Tapi jangan risau produk penjagaan bayi Kira Kira ini hanya mengandungi bahan-bahan organik semulajadi berdasarkan rumusan Jepun yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya.

Blog Ciktie

Kira Kira Top to Toe Wash bertindak dan berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit si manja. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit mereka lembut dan gebu apabila disentuh.  Kita juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah je.

Kira kira baby care

Kira Kira Baby Lotion (380ml) mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit si manja apabila disapu selepas mandi. Rumusannya berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat bertindak melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.

Kira kira baby care

Yang ini pula, Kira Kira Nappy Cream ! produk penjagaan kulit yang penting bagi si manja kita.  Boleh didapati dalam bentuk tiub (50 ml) dan ianya amat mudah ddigunakan. Sapu je pada kulit si manja kita. Krim ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit si manja daripada ruam lampin.

Krim lampin

Selain kualiti, para ibu bapa pastinya lebih teruja untuk memilih produk Kira Kira. Nak tahu kenapa? Sebabnya harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar adalah amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan-bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama.



Untuk penjimatan yang lebih banyak,  kita boleh dapatkan produk Kira Kira ini menerusi laman web Shopee http://bit.ly/KiraKiraShopee. Masukkan kod promo “KK25LAUNCH” dengan setiap pembelian melebihi RM100 untuk menikmati diskaun sewaktu pembayaran. 

*Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018.

Berikan si manja kita keselesaan dan penjagaan yang berkualiti ketika mereka membesar dan biarkan mereka menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan like www.facebook.com/kirakiramalaysia.



Share this :

Previous
Next Post »

8 ulasan

  1. syaza baca ulang-ulang. ")
    Ingatkan kira-kira tu Cik Tie buat entri nak mengira kos bajet untuk barang baby haha
    Rupanya nama brand dia kira-kira ya :D >.<

    BalasPadam
  2. Haha, ekin ingat kira kira tu yang kira kira dlm matematik ke apa.. Rupanya jenama barangan bayi.

    BalasPadam
  3. cute.. x sabar nak ada baby sendiri. :)

    Terima kasih kerana selalu terjah & komen blog ejulz ^_^

    http://ejulz.blogspot.com/2018/09/senarai-pengomen-tegar-ogos-2018.html

    BalasPadam
  4. baru tahu ni...

    pssttt... Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    BalasPadam
  5. Dari haritu la nmpk ramai citer pasal Kira Kira ni..ingt kira apa..haha..upenya brand Kira Kira...

    BalasPadam
  6. Dari haritu la nmpk ramai citer pasal Kira Kira ni..ingt kira apa..haha..upenya brand Kira Kira...

    BalasPadam
  7. Kawaiii den.. nampk elok. Tp pricey la skit.

    BalasPadam
  8. Wahhh baby tu comel hahaah.. Kira kira produk rupanya ingat ke

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com