Minggu ICT MinDef 2013

September 20, 2013
 

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-3 masuk kerja selepas 4 hari berada kat kampung. Nikmatnya kat sana still lagi terasa ahakkkk dan hari ini juga adalah Hari Penutup Minggu ICT MinDef. Plan asal pagi ini nak join juga tapi tak dapat. Dah bukan rezki kot nak join penutup majlis tu. Semalam dan kemarin dah join sekejap program dekat auditorium pastu terus singgah ruang legar foyer tuk buat lawatan tapak hehe. Semasa melawat pameran Ofisgate tu, teringat masa belajar kat penang dulu. Belajar network hehehe seronok betul bila sesuatu kajian tu betul-betul menjadi nak-nak bab router tu :)


Tapi rasanya tahun ni, ianya tak semeriah tahun lepas la pula, tak tau la naper walaupun programnya cam lebih kurang je. Maybe penerangan di beri tak jelas kot atau tak faham huhu. IT ni bab explore tu yang best tapi tu la kan faham betul-betul dan yang pasti pastu ternakan pun banyak.  Antara pameran yang berjaya menarik minatku adalah tapak Fuji Xerox !!! Alah mesin fotostak tu, ia bukan sahaja berfungsi sebagai mesin fotostak hitam putih je colour pun boleh. bukan tu je, juga boleh sebagai scanner dan juga mesin faks.  canggih tu siap leh link ke sistem .DDCM tak silap yang akan mengantikan Sistem Goe tu. Terpegun sekejap.

Pastu singgah lak kat MMR a.k.a Mudahnya Menjemput Rezki. Ingatkan nak beli buku yang da 41 bab yang bernilai RM18 tu tetapi memandangkan sebelum ini Mej Mohd Nadzari dah wakafkan kat pejabat tempohari. Beli je yang mini - RM1.80 je. Kecil dan senang di bawa ke mane-mane lagipun leh tambahkan koleksi bacaan :) Sebelum itu, da gak singgah kat tapak Digi. Diorang promosi hp+prepaid RM100 je, kalau prepaid je RM5. Murah kan..kan tapi tak terpengaruh la hehe


Antara lain-lain bahagian yang mengadakan pameran TDM, TUDM, TLDM, Microsoft, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Dell Sales Malaysia Sdn Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Koperasi Kedai Buku UKM (UNIKEB), SAPURA dan Samsung.






Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. sempat lagi bergambar kapt ngan kak liana yer.. Jaijadi cameraman.. hihi.. mana gambar kak aisyah?.. takde ke..
    rindu nya:)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com