Breaking

Sunday, January 14, 2018

Kelahiran Teragung Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Sampai dah hadiah kita! Terima kasih Galeri Ilmu Sdn Bhd. 


Kelahiran Teragung Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw karya Ustaz Muhadir Haji Joll yang juga penulis buku bestseller Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah dan Q&A Perihal Rasulullah saw. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Buku ini mempunyai 2 bahagian. Bahagian pertama ia berkaitan dengan keturunan, nama dan juga keluarga Rasulullah saw dan bahagian kedua berkaitan dengan kronologi perjalanan hidup baginda mengikut tahun dan umur. 

Kalau nak tahu dalam ini dimuatkan juga gambar-gambar tinggalan Rasulullah saw dan juga tempat dimana sesuatu peristiwa itu berlaku contohnya seperti gambar pohon dimana Rasulullah saw pernah berhenti  berehat semasa perjalanan membawa barang dagangan ke Syam, gua dimana Rasulullah saw pernah berlindung selepas mengalami kecederaan dalam Perang Uhud dan banyak lagi. 

Jadi!! Bagi sesiapa yang masih lagi belum dapatkan buku  ini boleh dapatkan sekarang. Tak rugi tau beli buku ini. Harga untuk sebuah buku ini rm60 je untuk Semenanjung Malaysia dan rm62 untuk Sabah/Sarawak.

Sebelum itu jom sesama kenali serba sedikit siapakah sebenarnya Al-Fadhil Al-Ustaz Muhadir Haji Joll.


Merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak. Dilahirkan pada 27 Julai 1976. Mendapat ijazah sarjana muda (Al-Quran & Hadis) dan sarjana (Tafsir Al-Quran) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pernah bertugas sebagai pensyarah  selama 15 tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menjadi Penasihat Syariah di Galeri Media Group. 

Menjadi kolumnis dalam majalah Q&A Dan Anis. Banyak menghasilkan buku dan antaranya adalah:-
  1. Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW
  2. Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulullah
  3. Keajaiban Firasat
  4. Kekeliruan Umat; Inilah Jawapannya
  5. Amalan Orang Soleh
  6. Q&A Perihal Rasulullah SAW
  7. Nawaitu Sauna Ghadin






20 comments:

  1. Buku Yang bagus.. ya lah.. ttg kekasih Hati Allah mana x bagusnya

    ReplyDelete
  2. alaa mcm best je buku.. cikyan suka buku ilmiah mcm nih.. lagi kalo yg berkulit tebal.. lma dah xbeli...

    ReplyDelete
  3. Bagus ada buku2 mcm ni. Boleh dijadikan bahan rujukan seisi keluarga supaya kita tidak mudah lupa. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, bagus miliki buku ini kerana kita akan lebih mengenali Rasul kita...

    ReplyDelete
  5. Bahan bacaan yg sangat bagus.. Malah mendekatkan lagi kita pd pgetahuan dan kisah nabi saw.

    ReplyDelete
  6. TB pun nak dapatkan satu untuk TB.. kat man boleh dapatkan buku ni yea..

    ReplyDelete
  7. Menarik buku ni pelbagai info kita boleh tahu

    ReplyDelete
  8. Menarik buku nie. Nak cari juga lah nanti. Thanks !

    ReplyDelete
  9. Rasanya kalau nak ajar anak-anak pasal Rasulullah inilah buku yang harus di-refer.

    ReplyDelete
  10. Cover buku yang cantik pun dah menarik minat orang nak membaca bukan. Lagi2 kisah kelahiran Nabi. Dapat ilmu dan mempelajar keistimewaaan dan teladan.

    ReplyDelete
  11. Boleh beli. Bila dah tinggalkan sekolah, dah tak belajar sirah, kena segarkan kembali ingatan mengenai kisah Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  12. Thanks for the book review. Banyak manfaat ni

    ReplyDelete
  13. Menarik buku ni. Nanti nak beli juga buat bacaan dan koleksi. Nanti anak anak pun boleh baca

    ReplyDelete
  14. Menarik juga kan. Macam nak beli plak. Nanti Rawlins nak cari kat kedai buku berdekatan. TQ ye

    ReplyDelete
  15. interesting book. time to check it out

    ReplyDelete
  16. dah lama tak beli buku ilmiah macam ni. Nanti nak ajak encik suami cari buku ni.

    ReplyDelete
  17. Bahan bacaan gini pun kita boleh buat as a present untuk kawan-kawan kan....harga pun berbaloi

    ReplyDelete
  18. Boleh beli sebagai panduan...lg2 pulak nk mndidik anak2 dengan akhlah yg Rasulullah terapkan kan

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox