Cara Mudah Ubati Cirit-birit - Ciktie Dot Com

Breaking

Tuesday, June 19, 2018

Cara Mudah Ubati Cirit-birit


CARA MUDAH UBATI CIRIT BIRIT | Akibat tersalah makan sikit kadangkala dua tiga hari perut meragam. Ada tu sampaikan mengambil masa seminggu juga. Kebetulan  musim perayaan seperti sekarang ini, jemputan open house dan kenduri kahwin memang banyak. Tak makan karang tak boleh pula. Kecil hati tuan rumah pula kan..

Jadi kat sini kita kongsikan beberapa tips mudah ubati cirit-birit. Semoga ianya dapat membantu kita mengubati penyakit ini dengan secepat yang boleh. In Shaa Allah, amiin

Tips mudah ubati cirit-birit
  • Sebolehnya elakkan mengambil tapai bersama air oren dan air gas ! Tak kisah la jus oren ke..air oren ke.. apa-apa oren bersama dengan tapai. Takpun elakkan je air oren dekat mana-mana rumah yang korang kunjungi lagi mudah.
Sumber (foto) : Google
  • Teh pekat tanpa gula ! Rendamkan teh sehingga pekat dan minum. Tapi kalau nak tambah gula pun ok. Sikit jelahhh
Sumber (foto) : Google
  • Air halia suam. Yang ini juga boleh membantu melegakan kesakitan yang kita hadapi.
Sumber (foto) : Google
  • Elakkan mengambil makanan berlemak/ bersantan ataupun pedas, berkari !
  • Seeloknya pastikan makanan yang diambil itu jenis makanan panas terutamanya jenis bersup (sup ayam) tapiii bukan jenis yang dipanaskan ye tapi yang baru siap dimasak !
  • Pucuk jambu batu ! Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan makan sehingga sakit itu hilang.
Sumber (foto) : Google
  • Banyakkan minum air suam untuk membantu tubuh kita menghidrat kembali air dalam badan ! 
  • Pil Chi Kit Teck Aun ! Yang ini rasanya ramai yang ambil. Biasanya dalam masa 2jam selepas pengambilannya perut akan rasa lega.


6 comments:

  1. yg last ti slalunya yg mek buat. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, nasib baik raya ni tak kena cirit birit. hehehe

    ReplyDelete
  3. nice sharing... kena ingt selalu tips2 ni..

    ReplyDelete
  4. Wah byk juga Cara ubati cirit birit, selalu yg last tu di cari dulu.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox