Kenapa kanak-kanak suka main kain - Ciktie Dot Com

Breaking

Wednesday, August 8, 2018

Kenapa kanak-kanak suka main kain


Kenapa kanak-kanak suka main kain | Sejak dapat anak buah ni, ciktie perasan yang budak-budak ni suka sangat main dengan kain. Kalau dulu betullah baru belajar bangun. Dah dapat bangun habis semua benda diorang capai sampaikan kain baju yang kita dah siap lipat tu habis di tarik-tariknya. Masa ni bukan kain je semua barang yang boleh dicapai semua ditariknya hehe.


Tapiii itu dulu masa mula-mula belajar merangkak, nak bangun kan. Lepas tu ciktie perasan diorang suka main kain yang kita sidai tu pula. Biasalah kalau kain yang kita jemur tak sempat kering ke macamana, kita hanger takpun idai je dalam rumah camtu kan. Tak sempat kita idai atau hanger semuanya lagi diorang datang duk bermain pusing-pusing dengan kain tu pula. Suka sangat diorang dapat main camtu.


Lagi satu bila dah pasang kelambu..diorang  boleh siap main cak-cak lagi lepas tu hikhik. Risau sebenarnya tengok diorang main tu, takut terhantuk dekat dinding tepi tu je.


Dan sekarang ini ciktie perasan diorang punya pe'el lain pula. Tapii tetap juga berkenan dengan si kain ni. Pantang nampak kain pasang. Mulalah diambilnya di buat selimut takpun dikelubungkan seluruh badan kecilnya tu sambil gelak-gelak. Alahaiii la budak kecil ni. Agak-agak  kenapalah budak-budak kecil suka sangat dengan kain ini ye?? Kadang-kadang tu jenuh juga duk fikir sorang-sorang tapi langsung tak keluar jawapannya. Korang tahu tak kenapa??






12 comments:

  1. kain tu sebagai pelindung kott, nak kan privasi lah katakan..hohohoh

    ReplyDelete
  2. saya pun terfikir juga..

    tapi tak dapat juga jawapan ..

    mungkin otak saya dah jammed yang fikir benda simple begini..

    hahahahaha

    ReplyDelete
  3. ha'ah perasan jugak budak2 suka main kain. ada saja idea diorang guna kain

    ReplyDelete
  4. Rasanya ciktie dulu macam dorang juga ke? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nak kaba pun dok tau. Sebab dok ingat hikhik

      Delete
  5. biasanya budak2 perempuan je yg suka main dgn kain ni. mungkin nak dressing lawa2 bila besar nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak lelaki pun sama ni Abam Kie. Pantang nampak betul hikhik

      Delete
  6. Zaman kanak-kanak yang penuh dengan keindahan. Kain pun boleh buat main.

    ReplyDelete
  7. Taktau jugak CikTie. Nanti kalau dah dapat jawapan, update tau. Nak tau jugak :D

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox