Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun - Ciktie Dot Com

Breaking

Tuesday, May 22, 2018

Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun


Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun | Siapa masih lagi tercari-cari tips yang membolehkan External Hardisk milik kita itu boleh tahan lebih lama? Ok kat sini ciktie nak kongsi beberapa tips itu ye! Tips ini pun ciktie dapat dari member lama ciktie kat Kuala Lumpur sana tu. Semoga bermanfaat semuanya ye..

Rahsia External Hardisk Boleh Tahan 10 Tahun
  • Pastikan hanya guna 1 komputer sahaja untuk menyambung External Hardisk itu. Tapi kalau tak boleh cukuplah hanya menggunakan maksimum 4 biji komputer sahaja.
  • Biasanya External Hardisk mempunyai wayar penyambung (1 bahagian belakang dan 2, bahagian depan. Kepala ke apa orang panggil yang tu, untuk sambung ke power supply dan sebelah lagi kita sambung untuk proses data). Sambungkan kedua-dua wayar External Hardisk bahagian kepala itu kepada komputer walaupun sebenarnya kita hanya guna satu sahaja iaitu untuk proses data.
External hardisk

  • Jangan sesekali defragment external hardisk tu. Dan jika komputer sedang defragment jangan sambungkan ia kepada external.
  • Jangan terlalu kerap format external hardisk. Kalau terkena virus cukup sekadar scan virus ataupun hantar kedai untuk buang virus itu..
  • Cabut sambungan External Hardisk dengan prosedur yang betul. Tunggu sesaat dua dulu selepas prosedurnya selesai sebelum mencabut sambungan external.
  • Jangan on komputer dengan external hardisk yang masih bersambung!
  • Jangan terlalu kerap sangat menyambung External Hardisk. Lebih baik kalau kita guna pendrive dari komputer lain dan kemudian pindahkan ia ke dalam external hardisk melalui komputer yang biasa digunakan.

Sekian, bye !!

7 comments:

  1. Tips yang bagus Cik Tie, saya pun ada jugak external hardisk nie, Alhamdulillah masih boleh pakai lagi walau dah 6 tahun yang lalu saya beli..

    ReplyDelete
  2. saya pun ada external hardisk..oo ni tips nya..baik, boleh dipraktik

    ReplyDelete
  3. saya pun ada external hardisk..oo ni tips nya..baik, boleh dipraktik

    ReplyDelete
  4. wow good tips.. tq for sharing

    ReplyDelete
  5. nice tips. pernah jugak hard disk rosak dkt tempat menyambung.. nasib baik dah tukar :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox