Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Mei 25, 2018
Sejak dari zaman belajar lagi jenama Carrie Junior ini telah berjaya mendapat tempat dalam hati kita sekeluarga. Tapi masa itu kita lebih suka dapatkan set yang kecil-kecil itu je. Senang nak bawa ke mana-mana. Tapi sejak dah ada anak buah ini lagi-lagilah jenama ini menjadi pilihan. Nak-nak budak kecil Fatma tu. Kalau dulu kita guna untuk diri sendiri je tapi sekarang apa yang kita punya pun dah jadi dia punya hikhik Sedap bau ia. Wangi dan sweet-sweet buah gitu.

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Carrie Junior merupakan sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 20 tahun dan sekarang ianya telah menjadi jenama utama penjagaan kanak-kanak di Malaysia. Tahniah Carrie Junior !!

Selain mandian, bedak dan shampoo, Carrie Junior juga telah memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes yang boleh digunakan oleh setiap orang seisi keluarga tak semestinya baby je. Kalau dulu memang kita ingat wipes ini hanya sesuai untuk baby je hikhik ingat baby ingat wipes tapi sebenarnya tak. Kita-kita yang dah besar ini pun boleh guna.

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Sekarang setiap kali nak keluar rumah memang kita akan pastikan bawa Carrie Junior Funtime Wipes ini bersama nak-nak kalau bawa budak kecil ni keluar. Dia kalau tak makan dalam kereta memang tak sah. Jadi penyelesaian terbaik bawa  je pek Carrie Junior mudah bawa dan digunakan ini. Rasa pun lebih bersih dan tidak melekit selepas digunakan.

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Lagipun biasalah budak-budak kalau tak duduk setempat main pun bukan budak namanya. Jadi sebagai satu permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih penggunaan Carrie Junior Funtime Wipes pada anak-anak kecil sebegini amatlah digalakkan. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada sesetengah keadaan dimana kita sukar mendapatkan air ataupun sabun ! Jadi dengan adanya Carrie Junior Funtime Wipes ini ia membantu kita menghadapi keadaan itu. Lagipun amalan menjaga kebersihan ini seharusnya dipupuk sejak anak-anak masih kecil lagi betul tak??

Keriangan berterusan dengan Carrie junior Funtime Wipes

Hadir dengan dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries. Dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.  Ia juga bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan produk ini mengandungi kelembapan yang tinggi. Memang sangat sesuai pada kulit baby yang sensitif dan halus itu.


Smoothie berries

Cheeky Cherry

Kedua-dua pek Carrie Junior ini boleh didapati dengan pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual dengan harga rm7.30 (Semenanjung) / rm7.70 (Sabah & Sarawak). Untuk pek keluarga yang mempunyai 80 helai pula dijual dengan harga rm9.00 (Semenanjung) / rm9.30 (Sabah & Sarawak)





Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com