SriDevi dalam kenangan - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, February 25, 2018

SriDevi dalam kenangan


SriDevi dalam kenangan | Bintang ternama Bollywood, Sridevi Kapoor (54 tahun) meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung. Takziah ciktie ucapkan kepada keluarga dan semua peminat mendiang. Berita ini betul-betul mengejutkan kita semua bukan sahaja para peminatnya tetapi juga barisan pelakon Bollywood sendiri.

Gambar dari Google

Kalau nak tahu Ciktie juga merupakan salah seorang daripada peminat dia. Ciktie suka lakonan dan mendiang sendiri. Bukan sahaja cantik tetapi juga berbakat. Lagi-lagi dalam Nagina tu. Macam sesuai sangat watak tu dengannya.

Foto dari google

Foto dari google

Menurut HMetro mendiang telah menghembuskan nafas terakhir ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Dubai dan ketika itu beliau bersama suami (Boney Kapoor) dan anak perempuan bongsunya (Khushi).

Memulakan karier seawal usia 4 tahun dalam bidang lakonan. Kalau tak silap filem pertama mendiang adalah filem tamil iaitu Thunaivan. Kalau salah ciktie minta maaf ye. Selepas itu mendiang atau nama sebenarnya Shree Amma Yanger Ayappan terus menjadi pilihan syarikat produksi. Sepanjang penglibatannya dalam bidang ini mendiang pernah dikurniakan Padma Shri iaitu anugerah ke-4 tertinggi khusus untuk orang awam.

Dan antara filem lakonan mendiang yang ciktie suka dan berjaya melonjakkan namanya adalah :-
  1. Chandni
  2. Mr India
  3. Mawali
  4. Nagina
  5. Gumrah



9 comments:

  1. Macam tak percaya kan.. Sridevi mmg jadi pujaan artis akak sejak kecik hingga sekrang..

    ReplyDelete
  2. dia ni cantik..suka jugak tgkk dia berlakon.. best !

    ReplyDelete
  3. Dunia kehilangan seorang insan yang berbakat seperti beliau...

    ReplyDelete
  4. baru terbaca news tadi kat IG...oo yea la,dia ada berlakon dlm movie nagin tu yeak..

    ReplyDelete
  5. minat lakonan dia terkejut menerima berita ni

    ReplyDelete
  6. mcm2 rumors ttg punca kematian dia... tatau nk caya mana satu

    ReplyDelete
  7. tak sangka dia dah pergi, padahal excited nak tunggu movie2 baru dia sebab movie dia makin best. Suka movie dia Judaai tu

    ReplyDelete
  8. tak kenal tak cam muka tapi nama pernah dengar. tak minat sangat Bollywood. kalo tengok pun hero yang famous je hahaha dasar memilih. tapi.. mata Sridevi ni lawanya =D

    ReplyDelete
  9. mata nyer tu yg bulat besar. menawan.
    cantik...

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox