Breaking

Saturday, March 24, 2018

Sinopsis Drama Monalisa

Semalam dah masuk episod ke-3 Monalisa menghiasi slot tiara di saluran 105 Astro Prima. Lanjutan dari drama Lara Aishah, Syurga Yang Ke-2 dan sekarang ni, Monalisa  juga benar-benar berjaya mencuri perhatian ciktie. Kalau tak sempat nak tengok siarannya petang-petang camtu sanggup ku bersekang mata menunggu siri ulangannya di tengah malam. Tapi kalau tak sempat juga boleh tengok siri ulangannya hujung minggu! Yang itu full episode untuk seminggu terus. Boleh tengok sampai lebam la jawabnya hikhik

Sumber (Foto) : IG

Btw drama Monalisa ni ada 80 episode semuanya! Ia diadaptasi dari drama Korea  iaitu The Women's RoomHari ini baru episode ke-3. Masih panjang lagi jalan ceritanya tu hehe baru buka panggung la ! Sabar ye ciktie

Sinopsis Monalisa

Mengisahkan Melissa (Zara Zya) seorang pewaris hotel terkenal. Dia mempunyai hubungan romantik dengan Johan (Nazim Othman) yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona (Mona Allen) yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona telah merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya, Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.


Sumber (Foto) : IG

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam (Hafreez Adam) yang pernah bekerja di hotel tersebut sebagai seorang chef telah membantu Melissa untuk mendapatkan pekerjaan di restorannya. Melissa kemudian merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya. Berjayakah dia melakukan misinya itu?? Sama-sama kita tengok ye 😄

Tak sabar rasanya ciktie nak tengok episode seterusnya ni 😍😍


Sumber (Foto) : IG

#dramamonalisa
#thewomensroomversimalay



3 comments:

  1. 80 episod tu rasa nak nangis je walaupun dah berkobar nak tengok sebab zara zya

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox