Breaking

Tuesday, March 6, 2018

Hartabumi.com Portal Carian Hartanah Bumiputera Di Malaysia

Hartabumi.com Portal Carian Hartanah Bumiputera Di Malaysia | 
Masih lagi tercari-cari peluang untuk memiliki rumah kediaman sendiri? Rumah pertama atau mungkin untuk buat pelaburan!! Tak tau nak rujuk dekat mana, dengan siapa, bagaimana, ok atau tidak rumah atau kawasan yang kita nak tu, jangkamasa panjang tu pula nanti macamana?? Dah ada dah yang berkenan dihati tapi itulah macam-macam persoalan yang bermain di fikiran. Yang kita inginkan hanya memilikinya tapi banyak benda kita kena ambil tahu. Melalui sesawang Hartabumi.com maklumat yang kita diperlukan ini menjadi lebih mudah, cepat dan tepat.


Apa itu Hartabumi.com??
Kalau nak tahu Hartabumi.com ini merupakan sebuah portal carian hartanah bumiputera lebih berinformasi, terkini dan memaparkan maklumat yang terbaru serta lebih jelas. Dan yang lebih penting ia menyasarkan kepada golongan bumiputera. Bertindak mengumpulkan kesemua hartanah yang berstatus BUMIPUTERA dari pemaju, ejen hartanah  dan juga bank! Bukan itu je ia juga turut menawarkan ilmu hartanah kepada bumiputera yang sedang mencari ilmu berkaitan hartanah bagi pembelian rumah pertama atau untuk kapasiti pelaburan.

Ditubuhkan pada 30 November 2015. Matlamat penubuhannya adalah untuk menangani masalah penjualan dan pembelian hartanah bumiputera diantara pemaju, ejen hartanah dan juga pembeli. Ia  juga komited untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan Bumiputera untuk memiliki rumah sendiri . Selain itu, ia kerap membuat perbandingan dan analisa nilai sesuatu kawasan supaya orang ramai dapat mengetahui samada berbaloi ataupun tidak membuat pelaburan di kawasan tersebut atau dalam bahasa lainnya kawasan yang kita pilih tu strategi ataupun tidak digunakan sebagai pelaburan.


Kebanyakan daripada kita memang mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri tetapi disebabkan tiada ilmu, tiada kesedaran untuk memilikinya secepat mungkin ianya menjadi masalah. Terasa reyah akhirnya impian itu berkubur macam itu sahaja. Bila keinginan itu kembali membuak-buak masa itu kita pula sudah terlambat! Ia telah disambar orang. Kawasan itu dah pun dah maju! Harga hartanah sudah naik berlipat ganda! Menyesal dah tiada guna. Zaman sekarang yang semakin canggih. Semua maklumat dihujung jari sahaja. Nak apa-apa kita just tanya Encik Google je.

Pelbagai maklumat yang telah disediakan di portal Hartabumi.com antaranya adalah senarai hartanah, ilmu hartanah, buletin dan juga serviceDekat senarai hartanah itu pula terdapat jenis kediaman, tempat dan juga anggaran kos hartanah tersebut. Kita hanya perlu pilih je apa yang kita nak kat situ sebagai contoh kalau kita nak dapatkan maklumat senarai hartanah! Klik je pada "senarai hartanah", pilih kawasan yang kita ingini dekat dalam rajah tu. Dekat situ juga ia akan paparkan harga mengikut jenis kediaman yang kita ingini tu samada dari jenis banglo, semi-D, teres, kondominium dan banyak lagi. Kita juga boleh memilih menggunakan medan carian disebelah tu. Kat situ juga kita boleh memilih kategori hartanah itu samada untuk hartanah baru, lelong ataupun sub-sales! Apa-apa pilihan yang kita buat dekat semua medan area ini, maklumat hartanah itu akan dipaparkan dalam rajah sebelah itu seperti kat bawah ni.



Portal Hartabumi.com ini juga menyediakan maklumat yang lengkap mengenai kediaman yang kita ingini.  Dekat situ juga dipaparkan maklumat lanjut dan terkini mengenai hartanah yang kita pilih bukan sahaja dari segi harga yang ditawarkan tetapi juga diskaun turut diberikan! Dengan itu kita boleh buat anggaran/bajet rumah yang kita ingini itu. Selain itu Hartabumi.com juga memaparkan kedudukan/lokasi kawasan yang kita ingini dan juga kemudahan yang disediakan. 


Kalkulator untuk memudahkan kita membuat anggaran pengiraan bayaran pinjaman bulanan juga turut disediakan dan sekiranya kita berminat kita boleh berhubung terus dengan pemaju yang menguruskan kediaman yang kita ingini itu di nombor telefon yang tertera dekat situ! Senang je kan?? Lagi satu yang menariknya dekat hartabumi ini adalah ia menyediakan yuran guaman percuma selain diskaun untuk pemilikan hartanah bumiputera.

Jadi tunggu apa lagi. Dapatkan segera maklumat hartanah anda sekarang di hartabumi.com



20 comments:

  1. nanti boleh check dekat website ni kalau nak beli rumah :D

    ReplyDelete
  2. untung la dh ada website macamni utk cari rumah..masa k.fiezz & asben nak beli rumah dulu, kitaorang pi melawat kawasan ataupun dpt info dari kawan2..alhamdulillah, berjaya pun beli rumah sendiri hasil info dari kawan sepejabat..

    ReplyDelete
  3. berguna jugak website ni kalau ada yang nak beli hartanah kan.airah pun masih dalam proses mengumpul duit nak beli hartanah hehe hrap berjaya laa

    ReplyDelete
  4. rumah adalah sesuatu yg penting.
    nak beli, bukan mudah. nak kena survey secara terperinci.
    portal ni definitely membantu semua yg nak beli rumah.
    siap-siap bleh calculate loan. menarik.
    mempermudahkan :)

    ReplyDelete
  5. Memacam maklumat yang disediakan di portal Hartabumi.com ni ya .

    Senarai hartanah, ilmu hartanah, service pun ada.
    Ada pula terdapat jenis kediaman, tempat dan juga anggaran kos hartanah tersebut.
    Kita tinggal pilih je ya, apa yang kita nak.

    Nak dapatkan maklumat senarai hartanah, nak pilih kawasan yang kita ingini,nak paparan harga mengikut jenis kediaman, pilih aja kan nak jenis banglo, semi-D, teres, kondominium , pilih2 aja

    For house hunter, ni langkah yang paling bijak. Just do it from the conveninet of your smartphone, kaki pun tak lenguh nak house hunting kan kan

    5 Jenis Niche Blog Yang Boleh Buat Duit

    ReplyDelete
  6. Baguslah... memudahkan untuk mereka yang ingin mencari dan memilih lokasi sesuai untuk beli rumah...

    ReplyDelete
  7. Dah boleh save website ni. Banyak info kat situ. Nak beli hartanah ni tak boleh sembarangan. Kena rujuk dengan yang pakar dulu kan.

    ReplyDelete
  8. Macam tu senang dan mudah kerja lepas ni nak beli rumah. Semua ada di internet.lagi senang kita nak buat survey kan

    ReplyDelete
  9. alar....untunglah sesiapa yang berstatus bumiputera... :( but it's about time that they came up with more websites like this...at least one wouldnt have to look high and low for it...

    ReplyDelete
  10. Sangat berguna ek sekarang, semua dekat hujung jari je. Walaupun asyraf masih muda, tapi boleh la kan survey2 utk beli hartanah di website hartabumi nanti 😍

    ReplyDelete
  11. bagus ada website mcm ni. sennag nak cari info tepat dan untuk elak penipuan

    ReplyDelete
  12. Bestla mcm ni. Even ada calculator htk kira loan lagi

    ReplyDelete
  13. wah bagusnya portal ni, memang sangat berguna dengan banyak info boleh dapat kat situ mengenai hartanah yang kita patut tahu kan. Nanti bila nak beli rumah or anything boleh check out website ni dulu laa camni hehe. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  14. Wahhh dah mudahlah sesiapa nak beli rumah sekarang kan, dah siap portal carian hartanah. Senangnya orang zaman sekarang

    ReplyDelete
  15. Bagus portal hartanah ni. Byk info utk rujukan dan bagusnya kita boleh plan monthly instalment lagi.

    ReplyDelete
  16. Is a good website as they can plan and estimate their own budget to purchase their first property or do investment.

    ReplyDelete
  17. Wow thanks for the information, now its easier and faster to search and get the property we need or want online.

    ReplyDelete
  18. wah first time dengar ni. skang semua dah ke portal ya. senang dan cepat. kalau dulu nak kena jumpa face to face, x cukup sekali berkali2 kena set masa

    ReplyDelete
  19. Sekarang semua dah ada kemudahan dgn cara online, lebih2 lagi kepada org ramai yg hendak tahu tentang harta tanah

    ReplyDelete
  20. Terima kasih untuk info ini, sejak kebelakangan ini, selalu juga usha info hartanah dan lokasi untuk perancangan masa panjang ;)

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox