Resepi Mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah - Ciktie Dot Com

Breaking

Monday, July 23, 2018

Resepi Mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah


Resepi Mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah | Ia memang mudah je sebenarnya nak buat sambal ikan bilis ni. Antara nak dengan tak nak je. Dulu masa dekat rumah sewa boleh dikatakan setiap hari housemate akan buat sambal pedas. Kalau bukan sambal ikan bilis dia akan buat sambal kentang. Sedap ! Makan dengan nasi panas-panas. Fuhhh terangkat

Dahlah mengimbau kenangan lalu  tu. Sekarang kita kongsikan resepi simple lagi mudah : Sambal Ikan Bilis Terlajak Laku 

Sambal Ikan Bilis Terlajak Mudah

Bahan
Semangkuk ikan bilis - nak goreng dulu pun boleh tak nak goreng pun boleh
2 biji bawang besar - hiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih *
10 biji lada burung *
10 keping lada kering * - rendam air panas & buang biji 
1 inci halia *
2 keping asam keping
Sedikit gula, garam dan secukup rasa
Minyak untuk menumis 

Caranya
  • Kisar semua bahan-bahan *
  • Tumis bawang besar menggunakan minyak masak yang banyak sehingga naik bau je
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Perlahankan api dan kacau sehingga cili betul-betul masak dan keluar minyak. Yang ni ambil masa lama sikit..kalau kurang minyak kita boleh tambahkan. 
  • Biarkan sehingga ia garing iaitu minyak tumis tu akan mula berbuih sikit.
  • Kemudian masukkan  sedikit gula dulu dan kacau sebati untuk kilat dan cantikkan warna sambal kita
  • Seterusnya masukkan air, ikan bilis, garam dan asam keping. Kacau sehingga sambal masak.
  • Dah siap 



7 comments:

  1. lama dah tak buat sambal bilis, makan dengan roti potong ataupun cucur panas memand layan :D

    ReplyDelete
  2. tak pernah masukkan cili burung sekali. boleh la try nanti

    ReplyDelete
  3. sedap makan ngan nasi panas2 ni..

    ReplyDelete
  4. sambal memang menu wajib umah aida, ciktie.
    salah satu is sambal ikan bilis.
    dok rotate bahan2 menyambal.
    ikan. ayam. terung. telur. ikan bilis. kentang....
    semua la yg boleh dijadikan lauk sambal :)

    ReplyDelete
  5. ohh ada letak halia .. macam2 resepi sambal ikan bilis ni kan, kwani tak letak hii

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox