Design sendiri hadiah anda buat insan tersayang

Mac 21, 2018

Design sendiri hadiah anda buat insan tersayang | Cuti sekolah dah pun bermula! Sana sini orang sibuk buat kenduri-kendara dan pastinya anda sendiri tak terkecuali menerima banyak jemputan perkahwinan atau pertunangan tak kurang juga sambutan ulang tahun teman-teman rapat, teman-teman lama ataupun sanak-saudara kan. Kadang kala buntu memikirkan apakah hadiah yang bakal anda berikan buat teman anda itu?? Apa kata anda design sendiri hadiah anda itu di Printcious dan pastinya ia lebih menarik serta memenuhi citarasa dan mengikut kreativiti anda sendiri.

Merupakan satu laman web yang menawarkan perkhidmatan percetakan dengan pelbagai pilihan hadiah yang menarik serta harga yang berpatutan. Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan bukan sahaja untuk lelaki, perempuan tetapi juga kanak-kanak. Kat sini juga kita boleh pilih hadiah untuk apa-apa event samada untuk Hari Ibu, Hari Bapa, konvokesyen, ulang tahun atau apa-apa je. Pendek kata semua ada kat sini.

Apa yang menariknya dekat laman printcious.my ni kita boleh design sendiri hadiah kita tu sebaik saje kita memilih jenis hadiah yang kita nak! Selain design yang dah sediada kat situ kita boleh masukkan gambar (foto) ataupun teks (ayat kita sendiri). Itu yang ciktie suka 😍 bukan je boleh jimat masa tapi juga boleh jimat tenaga. Kita pun lebih puas hati sebabnya kita boleh design sendiri mengikut kreativiti sepertimana yang kita ingini dan yang paling penting mereka yang menerima hadiah kita ni pun terasa lebih dihargai. Betul tak..sesuai sangatlah dengan taglinenya - Precious gifts from your heart 😘😘

Kalau sebelum ini kita terjah dari satu kedai ke satu kedai untuk dapatkan hadiah istimewa kita tu kan hehe.. Ok, ini antara jenis hadiah yang ditawarkan Printcious buat anda yang masih lagi tercari-cari hadiah istimewa sempena ulangtahun seseorang :-
  • T-shirt
  • Bantal
  • Mug
  • Mousepads
  • Canvas
  • Ceramic Tiles

Cara membuat pesanan
Yang ini cara untuk order cushion la. sebab ciktie nak order cushion kan :)
  • Pilih jenis cushion yang anda ingini. Yang ini Ciktie pilih Cushion (Square) Paris Collage rm39.90  
  • Kat sini ada dua tiga jenis warna yang diberikan. pilih je yang mana kita nak. Seterusnya klik butang Start Designing >>
  • Masukkan gambar dan tetapkan saiz serta jenis tulisan yang kita ingini. Dah puas hati seterusnya klik button Done

  • Klik Add to cart ! Tapi kalau masih ada apa-apa nak tambah atau nak edit klik button Edit My Design Again Klik button Checkout apabila semua maklumat adalah betul.
  • Seterusnya masukkan shipping address dan klik button Next

  • Pilih payment menthod untuk buat pembayaran. 
  • Dah siap!! Giliran untuk menunggu bungkusan tu tiba jelahhh
Senang je kan! Jadi tunggu apa lagi.. dapatkan segera hadiah penuh kejutan anda buat mereka yang tersayang di Printcious sekarang sementara promosi masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari

Website 





Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com