Breaking

Friday, March 9, 2018

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang ellVita Orgalac | Susu Kambing Orgalac Perisa Asli

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang ellVita Orgalac | Susu Kambing Orgalac Perisa Asli | Wow!! Boleh tahan juga rasa susu kambing ni. Rasa lebih sedap banding susu kambing yang pernah ciktie cuba. Lemak, lebih berkrim, tak hamis, tak berbau langsung tapi bau susu tu adalah hehe. Dah lama sebenarnya ciktie tak minum susu kambing terakhir minum pun semasa masih kerja dekat Kuala Lumpur! 

Masa tu lama dah, ciktie dapatkan stok dari kawan yang juga ejen susu kambing. Lepas dia pindah langsung ciktie tak dapat stok dah. Sampailah ciktie diperkenalkan dengan Susu Kambing Orgalac berperisa asli tanpa gula tambahan dan bau hamis keluaran ellVita (dulunya ia dikenali dengan i-Sihat).



Kalau nak tahu ellVita ini mempunyai beberapa produk lain lagi selain ellVita Orgalac ini antaranya Vachoc 10 Plus, Premium Berry dan juga G-Storm 360. Dan kalau nak tahu lagi ellVita Orgalac ini  pula mempunyai 2 perisa iaitu perisa asli dan juga vanilla. Ciktie dah cuba dah kedua-duanya. Dua-dua best tapi ciktie lebih suka yang perisa asli. 100% organik tanpa gula tambahan dengan rasa susu kambingnya yang sedap! Memang WOWW bestlah nak-nak kalau dapat minum suam-suam camtu. Nikmat sangat-sangat! Bagi mereka yang tak berapa nak boleh minum yang perisa asli mungkin boleh pilih yang berisa vanilla. Kedua-dua perisa ini memang tiada gula tambahan. Jadi kalau kita nak bagi ia rasa manis, kita boleh tambah gula sendiri.


Produk ellVita Orgalac ini dihasilkan daripada revolusi terbaru menggunakan formulasi dari doktor perubatan. Diperkaya dengan colostrum (ibu susu) baik untuk tumbesaran dan meningkatkan imunisasi, bonepep nutrisi yang tinggi kalsium baik untuk tulang, multivitamin nutrisi penting untuk minda dan juga DHA. 



Sesuai untuk semua peringkat umur tidak mengira usia samada baby ke kanak-kanak ke orang dewasa, remaja, warga emas, ibu mengandung dan yang menyusu pun boleh! Tapi baby tu kenalah berusia setahun ke atas ye sebabnya kalau berusia kurang dari setahun tu buah pinggang mereka tidak boleh proses lagi apa yang kita berikan.



Walaupun sebelum ini ciktie pernah mengambil susu kambing tapi sebenarnya ciktie hanya tau ianya elok untuk perut dan juga ia membantu merawat masalah jaundis/ deman kuning baby je hehe.

Antara khasiat ellVita Orgalac berperisa asli ini adalah :-
  • Meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran
  • Baik untuk sistem penghadaman dan usus
  • Bersifat alkali dan tidak menyebabkan alahan
  • Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda
  • Menguatkan daya ketahanan seperti tulang, gigi, otot, sel kulit, saraf dan sistem imunisasi tubuh badan.


Selepas mengamalkan ellVita Orgalac ini  perut ciktie pun tak mudah rasa lapar, bertenaga dan kuat sepanjang hari walaupun sebenarnya hanya mengambil segelas ellVita Orgalac je untuk sarapan pagi. Nak-nak dua tiga hari ni baru saje selesai majlis penting dekat pejabat. Ia juga baik untuk sistem penghadaman dan usus. Lagi satu perut pun tak mudah meragam walaupun lambat makan. Bukan itu je, ia juga membekalkan nutrisi yang tinggi kalsium baik untuk tulang tau.. makcik-makcik pakcik-pakcik tu boleh cuba! Korang pun boleh dapatkan ellVita Orgalac ni dan hadiahkan buat insan tersayang tu. 



Cara pengambilan ellVita Orgalac ni mudah je! Hanya masukkan 4 skop /1sachet Orgalac (25g-30g) ke dalam 180ml-200ml air suam dan bancuh sehingga sebati. Dah siap! Tapi kalau korang nak sejuk boleh je tambah ais.

Diambil 2 kali sehari (Pagi dan malam semasa perut kosong) untuk keperluan dan sumber tenaga tubuh kita. Selepas pek ini dibuka jangan lupa simpan ia ditempat yang kering dan bebas kedap udara tau! Lagi satu elakkan ia dibancuh menggunakan air panas yang mendidih bagi mengelakkan kehilangan khasiat susu kambing.

Didatangi dalam 2 jenis packaging dimana kedua-dua berat isi kandungan dan juga harganya adalah sama. Jadi kita boleh memilih jenis yang macammana kita nak. 2 jenis packaging itu adalah :-
  • Jenis yang pouch pack (pek besar) dengan scoop tersedia siap-siap dalam tu dan berat isi kandungannya 500gm; dan
  • Jenis sachet pack! Dalam 1 kotak ni ada 20 sachet x 25gm = 500gm.

Selain untuk diminum ellVita Orgalac ini juga sebenarnya boleh digunakan sebagai pengganti santan dalam masakan. Tiada santan dirumah ambil aje ellVita Orgalac. Ciktie sendiri pun dah cuba. Tak sangka rasa ianya sedap juga. Korang boleh rujuk testimoni itu dekat sini ye.

Puding roti Orgalac
Puding Roti Kukus ellVita Orgalac

Ini pula antara testimoni daripada pengguna yang telah menggunakan produk ellVita Orgalac berperisa asli. 










🌸ellVita: Tasty, Tested, Trusted 🌸

Untuk info dan maklumat lanjut. Korang boleh layari sesawang atau hubungi 

Hotline: 019-2020 911


8 comments:

  1. k.fiezz pun amalkan minum susu kambing ni tapi brand lain..

    ReplyDelete
  2. Wah puding rotii.kukus orgalac..nampak sedap tuh

    ReplyDelete
  3. Mai tak suka susu kambing, takleh telan. Tapi syglah kan susu kambing ni kan banyak khasiat. Kena trylah kot2 jenama ni boleh minum, hehe.

    ReplyDelete
  4. Sedap produk ellVita ni. Dari tak minum susu pun dah suka minum...

    ReplyDelete
  5. aida x pernah num susu kambing.
    sebab pernah la rasa seteguk.
    susu yg asli. hmmmmm aduhai :) ha ha ha
    ni mcm2 sedap aje. sebab ada resepi lain2 tu...

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox