Rabu, 30 Mei 2018

Government dapat bonus raya Rm400

Government dapat bonus raya Rm400 | Alhamdulillah, terjawab sudah pertanyaan berkaitan pemberian bonus oleh kerajaan baru kepada penjawat awam tengahari tadi. Mula-mula tu ciktie dapat info kerajaan baru bagi Rm850 untuk penjawat awam dan rm550 untuk pesara melalui perkongsian Whatsapp. Tapi sebenarnya info itu tak betul. Nasib baiklah tak percaya bulat-bulat haha.


Dalam duk cari info sahih berkaitan bonus tu akak dekat office bagitau PM duk tengah umum. Apa lagi semua bertepek depan tv la nak dengar sendiri hikhik

Alhamdulillah, dapat juga rm400. Banyak sikit tu tak kisah la. Janji dapat dari tak merasa langsung betul tak?? Untuk Pesara kerajaan pula akan dapat rm200. Yang rm400 ni bukan semua dapat tau. Hanya untuk Gred 41 dan ke bawah je. Bayaran bila ia akan dibuat tak sure lagi tarikhnya ye. Yang pasti sebelum raya


Untuk penjawat awam di Negeri Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang ini tahniah ciktie ucapkan. Bonus demo-demo lebih rm100 la dari kita-kita ni. Diorang dapat rm500. Alhamdulillah, syukur ! Rezeki kita semua sambut raya tahun ini. Untuk lain-lain negeri ciktie tak dapat info lagi ye. 

Haa untuk penerima BR1M pula bayaran akan dibuat pada 6 Jun 2018. Juga sebelum raya. Yang ni ciktie dah update dah dekat entri ni

>> Pembayaran BR1M dibuat sebelum raya 
>> Tarikh pembayaran BR1M sebelum raya
>> Nama baru mengantikan BR1M

Cuma untuk bonus government tu tak pasti lagi tarikhnya. Untuk yang negeri Kelantan tu sumber tu bagitau dalam masa terdekat ini dengarnya.



4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.