Soalan 1

En. Osman telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Perdana Menteri. Semasa dilantik, beliau dikenakan syarat tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Setelah genap 3 tahun berkhidmat, beliau masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan kerana gagal peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan.

(a) NYATAKAN tindakan awal yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan En. Osman sekiranya beliau hendak memperakukan En. Osman dilanjutkan tempoh percubaan.
(10 markah)

Jawapan

Merujuk kepada Arahan Perbendaharaan Perintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 28 Fasal (4) dimana Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat yang mempunyai maklumat seperti berikut :
(i)  Sebab pegawai itu tidak disahkan
(ii) Syor yang diberikan oleh Ketua Jabatan samada pelanjutan tempoh percubaan tersebut dengan atau tanpa denda.
(iii) maklumat perkhidmatan pegawai yang telah dikemaskini
(iv) senarai peperiksaan yang telah diduduki pegawai tersebut


 
(b) Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh percubaan tersebut
(2 markah)

Jawapan

Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 28 Fasal (5). Suruhanjaya itu pula merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian I Peraturan 4


(c) Apakah impikasi kepada perkhidmatan En. Osman sekiranya tempoh percubaan beliau dilanjutkan dengan berdenda

Jawapan

Merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 30, kesan daripada pelanjutan tempoh percubaan dengan denda tersebut adalah En. Osman :-
(i) hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama tempoh pelanjutan itu
(ii) tiada pergerakan gaji sepanjang tempoh percubaan dengan denda
(iii) pengerakan gaji diubah mengikut tarikh mengesahkannya dikuatkuasa.

Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »