Isnin, 6 Jun 2022

Sebamed Feminine Intimate Wash | Penjagaan Miss V Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Alahaiii bila diberi pilihan, jenuh pula nak memilih ! Terasa macam banyak pula pilihan yang ada. Sampaikan dah tak tau yang mana nak ambil. Itulah biasanya bila terpaksa memilih. Jadinya kita banyak try and error ajelah. Cumanya untuk kebersihan kawasan miss v. Jangan nak try and error sangat la yer. Tak elokkk

Sebamed Feminine Intimate Wash | Penjagaan Miss V Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Okay la, nak kata baru pun tak adalah juga. Ciktie telah diperkenalkan dengan Sebamed Feminine Intimate Wash (Pencuci Feminin Sebamed). Ianya bukan sahaja dirumus khas untuk memastikan kadar pH kawasan intim supaya sentiasa seimbang, menghapuskan bakteria menyebab bau ataupun kegatalan faraj tetapi juga sesuai untuk mereka yang mempunyai miss v sensitif. 

Pencuci wanita disyor pakar kulit 

Sebamed Disyorkan pakar kulit

Sepertimana yang kita tahu, pakar sakit puan pernah melarang kita menggunakan pencuci wanita di bahagian vagina! Tapi sebenarnya konpius juga bahagian vagina ni dekat mana sebenarnya ?? Bukan apa.. daripada pembacaan ciktie, vagina ataupun liang faraj tidak memerlukan produk pencuci dan ianya merupakan satu organ yang sememangnya bersifat 'self-cleaning.  Berbeza dengan vulva, yang sememangnya memerlukan.

Walaupun kedua-duanya merupakan bahagian intim tapi kedua-duanya adalah berbeza. Jadi, ia juga memerlukan penjagaan yang berbeza.

Perbezaan Vulva dan vagina

Vulva

Merupakan sebahagian daripada kemaluan wanita yang terletak dibahagian luar tubuh! Merangkumi labia, klitoris, pembukaan vaginal dan pembukaan urethra (saluran kencing).

Memang memerlukan cucian setiap kali selepas membuang air kecil, ketika mandi apatah lagi ketika datang bulan.

Vagina

Merupakan satu bahagian daripada Vulva. Ia merupakan saluran yang menghubungkan servik dengan urethra (liang faraj). Juga merupakan laluan baby ataupun darah haid keluar daripada tubuh.

Pencuci / Pembersih Wanita Terbaik 

Sebamed Feminine Intimate mempunyai 2 jenis :-
  • Sebamed Feminine Intimate Wash pH 6.8 (khas untuk wanita monopaus) *50 tahun keatas 
  • Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8 (untuk wanita biasa)
Pencuci wanita terbaik


Khasiat bunga camomile
membantu melegakan kulit dan mengelakkan kegatalan pada kulit

Khasiat Aloe Vera
melembabkan dan mengembalikan semula keanjalan Miss V

Kenapa Sebamed Feminine Intimate Wash pilihan terbaik Pencuci Miss V

  • Ph 3.8 - bersifat free alkali ! pHnya kekal 3.8 walaupun ketika datang bulan tidak seperti kebanyakan pH pencuci intim yang lain yang kebanyakkannya mempunyai pH diantara 5.5. 
  • Membantu balance dan protect bahagian intim daripada terkena jangkitan bakteria / kuman (penyebab keputihan, merawat kerengsaan kulit dan penghasilan bau apatah lagi ketika datang bulan! 
  • Bersih dan selamat digunakan. Telah diuji secara klinikal dan ginekologi untuk mengekalkan keseimbangan mikro-flora (haruman lembut yang menyegarkan) untuk membolehkan kita melakukan aktiviti sepanjang harian tanpa halangan. 
  • 100% sabun! Teksturnya seperti seperti cecair tidak mengandungi alkohol dan bahan kimia lain seperti paraben, silikon ataupun pewarna.

Feminine Intimate Wash terbaik

Cara penggunaan Feminine Intimate Wash

Sama seperti pencuci wanita yang lain, cuma tuang sedikit ke tapak tangan, gosok dengan kedua belah tangan sehingga buih dan sapukan kepada Miss V. Biarkan seketika, basuh dan lap sehingga kering. Mudah aje kan.


Bila masa sesuai Feminine Intimate Wash boleh digunakan ??

Boleh digunakan setiap hari sebagai rutin harian. 
Ketika datang bulan
Ketika sedang hamil. *Wanita hamil pun boleh guna ye
Selepas bersalin


Pendek kata boleh digunakan pada semua situasi kaum wanita, samada hari biasa, ketika datang bulan, sedang hamil (mengandung), selepas bersalin ataupun monopaus. Memang amat disyorkan sangat cumanya untuk golongan menopause ataupun wanita yang akan menginjak ke kategori ini ada versi lain. Tak boleh main belasah aje.

Pencuci wanita untuk wanita 50 tahun ke atas

Feminime intimate wash for women aged 50+

Tapi apa yang lebih penting sebenarnya Sebamed Feminine Intimate Wash ini merupakan jawapan kepada semua keluhan wanita untuk merawat masalah kerengsaan, kegatalan disebabkan keputihan dan juga bau yang kurang menyenangkan di bahagian miss v. Kiranya satu untuk semua !














.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.