DIY Fridge Magnets | Abadikan Saat Indah Anda Bersama Printcious - Ciktie Dot Com

Breaking

Saturday, February 9, 2019

DIY Fridge Magnets | Abadikan Saat Indah Anda Bersama Printcious


Sebenarnya dah 2/3 hari dah parcel ni sampai. Cuma baru hari ini berkesempatan nak tengok hasil kerja sendiri. Inipun berebut dengan si kakak. Kesian pula bila dia asyik duk tanya mana dia punya nihh. Nanti acik buatkan kakak punya pula lepas ni ye..


DIY Fridge Magnets | Abadikan Saat Indah Anda Bersama Printcious

Sebenarnya ini kali pertama buat Fridge Magnets ni. Inipun buat dekat pejabat. Curi-curi masa sambil-sambil buat kerja. Mula-mula tu ingatkan nak guna gambar ramai-ramai masa birthday big boss hari tu. Lepas tu tak jadi. Kebetulan masa tu ada snap gambar geng pompuan juga. Sayanglah kalau tak buat apa-apa dengan gambar tu. Lagipun bukan selalu dapat peluang snap camni.



Hasilnya comel sangat Fridge Magnets ni bila dah siap. Kecil molek je ianya ni. Kualiti gambar ok, cantik ! Magnet belakang pun ok cuma tang tulisan tu je,  buat terkecillah pula. Patutnya tulisan tu ciktie bagi besarkan sikit lagi baru lagi jelas. Tapi tak apalah still lawa lagi apa 😅😅

Printcious Menawarkan Diskaun 40% Dan Penghantaran PERCUMA

Iya, betul !! Bukan cubaan atau apa ni ye memang betul Printcious menawarkan diskaun sebanyak 40% dan penghantaran percuma sekiranya kita berbelanja sebanyak rm60 keatas selepas diskaun. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan custom made buat insan tersayang sekarang. Cara mudah nak buat Fridge Magnets  boleh rujuk kat sini. Senang je nak buat pun. Tak mau guna PC, guna phone pun boleh !! Dan ciktie memang suka bab-bab guna phone ni. Lebih mudah. Kat mana-mana boleh buat.

Tutorial : Cara Mudah Buat Fridge Magnets Dengan Printcious

Layari website Printcious dan pilih Magnets (Square).


Kemudian --> Magnets



Pilih design yang kita nak ! Ada 4 bentuk iaitu ✔️ oval, ✔️ love, ✔️ Round dan ✔️ Square

Kemudian untuk mulainya -->  klik start Designing >>


Klik image untuk masukkan gambar dan teks untuk perkataan. Dah siap --> Done ! Untuk ubah/buat pindaan --> Edit My Design Again

Seterusnya --> Add to Cart


Kemudian --> Checkout untuk langkah seterusnya. Masukkan details penghantaran dan buat pembayaran ! Ada 2 kaedah pembayaran iaitu samada online atau mesin ATM.

Untuk tambah order --> Shopping


Dah selesai !! Mudah je kan?? Tapii sebenarnya hari tu ciktie tak buat fridge Magnets semata je. Tapi sebenarnya combine dengan 1 lagi kusyen. Cukupkan 3 untuk anak buah yang ada depan mata ni. Yang sorang lagi ni kecil lagi.. tunggulah dia besar dulu sikit kan??






8 comments:

  1. Menarik sebab boleh custom made magnet fridge sendiri :D

    ReplyDelete
  2. menarik juga nie..

    sangat bagus kalau nak buat sebagai cenderahati..

    ReplyDelete
  3. Wah, menariknya. Nak buat juga la...

    ReplyDelete
  4. aida da pilih dah utk besday asben.
    lom ada time membelek printcious lagi.
    masih heboh dgn photobook & pixajoy.
    beli vocer murah ari tu. now, fengsan nak completekan before due date :) ha ha ha ha

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox