Ahad, 26 Ogos 2018

Sinopsis Drama Alamatnya Cinta | Full House Versi Malay

Sinopsis Drama Alamatnya Cinta | Full House Versi Malay | Full House versi Malay dah kembali dah ! Tak sabar nak tengok sebenarnya. Sebelum ini ada tengok sikit promonya dekat ig ! Cam sweet je lakonan Hisyam Hamid dengan Hannah Delisha tu. Tapi masa tu memang taktau pun rupanya ia Full House versi melayu. Sampailah terbaca dekat blog sape tah baru-baru ni. Teringat masa belajar dulu gara-gara Full House sanggup taktidur malam haha tapii adakah Alamatnya Cinta arahan Bernard Chauly dan terbitan Global Station Sdn Bhd ini berjaya membuatkan kita terbuai sama?? Sama-sama kita nantikan.


Bersiaran di Astro Ria dan Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam! Kalau ikutkan dua-dua hero dan heroinnya tu kita suka! Harapnya tak mengecewakan.

SINOPSIS DRAMA ALAMATNYA CINTA  
Mengisahkan seorang penulis skrip yang bercita-cita, Ellie Farhana lakonan Hannah Delisha yang tinggal di sebuah rumah yang dibina oleh ayahnya yang dipanggil "Full House".



Namun pada suatu hari, dia telah ditipu oleh 2 orang sahabatnya mengatakan bahawa dia telah memenangi percutian secara percuma. Semasa dia pergi bercuti, mereka telah menjual rumahnya.

Semasa dalam pesawat, dia bertemu dengan seorang pelakon terkenal, Faliq Assad lakonan Hisyam Hamid. Melalui acara komedi, mereka berkenalan semasa bercuti dan sekembalinya dia mendapati rumahnya telah dijual kepada pelakon tersebut.


Pelbagai usaha dilakukan olehnya untuk mendapatkan kembali "Full House" sehinggakan dia sanggup menjadi pembantu rumah. Malahan dia juga bersetuju untuk kahwin kontrak dengan pelakon tersebut. Awal perkahwinan mereka, masing-masing tidak menyayangi antara satu sama lain tapi lama-kelamaan mereka mula jatuh cinta.

Apakah kesudahan yang akan berlaku? Dan adakah Alamatnya Cinta ini betul-betul diadaptasi 100% daripada cerita Korea "Full House" itu? Sama-samalah kita saksikan  kesudahan drama 24 episode ini. Tak sabar nak tengok apapun jangan lupa menonton Drama Alamatnya Cinta yang dah pun bersiaran pada 20 Ogos 2018. Alamatnya Cinta turut dibintangi oleh Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Adam Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Shah Rezza, Dian P Ramlee, Yusry KRU pun ada juga tau ..




5 ulasan

  1. Wow cam best tu camner la dulu minat gilerrrr cerita ni haaaa ..diolah versi melayu plak

    BalasPadam
  2. suka layan full house dulu.. hehe

    BalasPadam
  3. teringat full house korean dulu...lagu dia semua best!

    BalasPadam
  4. Peminat full house jugak dlu2 berapa kali ulang tengok. Alaa kena tengok online la ni sebab umah takda astro

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.