7 Jenis Kuih-muih paling popular sepanjang Ramadhan | Hari ini dah masuk hari yang ke-19 ramadhan. Alhamdulillah, malam  ni dah kita bakal memasuki fasa ke-3 dah puasa. Cepatlah pula Ramadhan kali ini. Terasa macam baru je masuk bulan puasa tapi sebenarnya dah separuh kita melepasi rupanya.

7 Jenis Kuih-muih paling popular sepanjang Ramadhan

Netbat
  • Merupakan kuih tradisional negeri Kelantan dan Terengganu. Diperbuat daripada tepung beras dan telur.
Netbak or netbat
  • Mempunyai 2 fasa/ jenis iaitu :-
  • Jenis mentah/ kering menyerupai kuih bahulu. Rasanya tawar. Dan ia boleh disimpan dan bertahan lebih lama berbanding yang dah masak.
  • Yang telah siap di masak a.k.a dah siap sira dengan gula bersama bunga cengkih dan daun pandan. Bila ia dah kembang tu yang warnanya bertukar jadi kuning kemerah-merahan tu.


Akok
  • Sememangnya ianya amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Akok
  • Ianya dimasak dengan cara dibakar menggunakan acuan ataupun bekas khas.
  • Dua jenis akok yang cukup popular adalah akok kemboja (akok bunga) dan juga akok pandan.


Onde-Onde / buah Melaka
  • Memang cukup popular ianya saban tahun di bulan puasa. Kalau hari biasa  tak puasa, kita suka hidangkan ia sebagai juadah minum petang. Senang disediakan ! Diperbuat daripada tepung beras pulut, nise, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan.
Onde-Onde
  • Kalau dekat Brunei, ia lebih dikenali dengan nama kuih pancit ataupun  klepon kalau dekat Indonesia !
  • Juga dikenali dengan nama kuih kekoh caar dikalangan orang Kelantan.


Tepung pelita
  • Juga merupakan sejenis kuih tradisional yang dibungkus dengan daun pisang yang sedap dan enak rasanya tapi ianya tidak tahan lama.
Tepung pelita
  • Terdiri dari 2 lapisan berwarna hijau dekat bawah dan santan kat atasnya. Diperbuat daripada santan dan tepung beras. Ditengah-tengahnya pula mempunyai air gula menyebabkan rasa ia lemak manis.


Butir nangka
  • Yang ini juga sejenis kuih tradisional Pantai Timur terutamanya Negeri Kelantan. Yang ini jenis berkuah yang diperbuat daripada beras, santan dan nise / Gula Melaka
Butir nangka
  • Kalau dulu nak dapatkan pewarna hijau itu, daun pandan akan dikisar tapi sekarang tak lagi. Malahan ia dah  disediakan dengan macam-macam warna dah orang buat sekarang ni.


Roti John
  • Yang ini roti panjang ! Stail roti omelet ada telur, daging takpun daging ayam cincang, bawang, sos cili-tomato dan juga sos BBQ.
Roti John
  • Setakat ini roti John yang paling sedap pernah kita makan adalah dekat Keramat, Kuala Lumpur sana tu. 


Murtabak
  • Tak sempat lagi nak merasa murtabak dekat mana-mana bazar ni. Tapi mana-mana pergi boleh dikatakan semua tempat mesti ada. Ada 3 jenis murtabak, ada ayam, daging dan pisang.
Murtabak Raja
  • Tapi dekat Kelantan ada 1 jenis lagi murtabak yang paling popular  iaitu Murtabak raja..isinya tebal berbanding murtabak biasa. Dapat fresh-fresh baru masak tu memang sedap sangat.



Ini mengikut pemerhatian sepanjang 18 hari kita berpuasa. Cuma Ramadhan kali ini kuih viral kerbau guling memang meletup-letup memasuki carta. Tak sangka macam tu sekali penangannya. Memang popular betullah ianya camni.

Sumber (foto) : Facebook


Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »