Majlis Haul & Maulid Perdana Sempena Memperingati Jasa Tokoh Besar Ulama Melayu Islam Tok Kenali


Buat pertama kali dan julung-julung kalinya Majlis Haul & Maulid Perdana Sempena Memperingati Jasa Tokoh Besar Ulama Melayu Islam Tok Kenali diadakan pada 30 - 31 Mac 2018 (12 -13 Rejab 1439H) anjuran Pusat Pengajian Islam Tok Kenali dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan beberapa NGO-NGO Islam yang lain.

Bertempat di Pusat Islam Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan.

Pameran Warisan Ulama turut diadakan dan anda semua adalah dijemput hadir!!

Objektif ia diadakan adalah untuk :-
  • Mengajak umat Islam mencintai Allah dan Rasulullah SAW
  • Mengajak umat Islam mengenali dan memperingati jasa waliyullah Tok Kenali
  • Mengajak umat Islam mendekati dan menghargai para Alim Ulama
  • Menambah ilmu agama dan menjauhi kelalaian dalam kalangan Umat Islam
  • Melancarkan dana pembangunan semula Masjid Tok Kenali dan Pondok Tok Kenali

Ia juga dijangkakan turut dihadiri lebih 3,000 orang termasuk beberapa ulama sekitar Nusantara dan Timur Tengah. 



Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »