Hartabumi.com Portal Carian Hartanah Bumiputera Di Malaysia | 
Masih lagi tercari-cari peluang untuk memiliki rumah kediaman sendiri? Rumah pertama atau mungkin untuk buat pelaburan!! Tak tau nak rujuk dekat mana, dengan siapa, bagaimana, ok atau tidak rumah atau kawasan yang kita nak tu, jangkamasa panjang tu pula nanti macamana?? Dah ada dah yang berkenan dihati tapi itulah macam-macam persoalan yang bermain di fikiran. Yang kita inginkan hanya memilikinya tapi banyak benda kita kena ambil tahu. Melalui sesawang Hartabumi.com maklumat yang kita diperlukan ini menjadi lebih mudah, cepat dan tepat.


Apa itu Hartabumi.com??
Kalau nak tahu Hartabumi.com ini merupakan sebuah portal carian hartanah bumiputera lebih berinformasi, terkini dan memaparkan maklumat yang terbaru serta lebih jelas. Dan yang lebih penting ia menyasarkan kepada golongan bumiputera. Bertindak mengumpulkan kesemua hartanah yang berstatus BUMIPUTERA dari pemaju, ejen hartanah  dan juga bank! Bukan itu je ia juga turut menawarkan ilmu hartanah kepada bumiputera yang sedang mencari ilmu berkaitan hartanah bagi pembelian rumah pertama atau untuk kapasiti pelaburan.

Ditubuhkan pada 30 November 2015. Matlamat penubuhannya adalah untuk menangani masalah penjualan dan pembelian hartanah bumiputera diantara pemaju, ejen hartanah dan juga pembeli. Ia  juga komited untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan Bumiputera untuk memiliki rumah sendiri . Selain itu, ia kerap membuat perbandingan dan analisa nilai sesuatu kawasan supaya orang ramai dapat mengetahui samada berbaloi ataupun tidak membuat pelaburan di kawasan tersebut atau dalam bahasa lainnya kawasan yang kita pilih tu strategi ataupun tidak digunakan sebagai pelaburan.


Kebanyakan daripada kita memang mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri tetapi disebabkan tiada ilmu, tiada kesedaran untuk memilikinya secepat mungkin ianya menjadi masalah. Terasa reyah akhirnya impian itu berkubur macam itu sahaja. Bila keinginan itu kembali membuak-buak masa itu kita pula sudah terlambat! Ia telah disambar orang. Kawasan itu dah pun dah maju! Harga hartanah sudah naik berlipat ganda! Menyesal dah tiada guna. Zaman sekarang yang semakin canggih. Semua maklumat dihujung jari sahaja. Nak apa-apa kita just tanya Encik Google je.

Pelbagai maklumat yang telah disediakan di portal Hartabumi.com antaranya adalah senarai hartanah, ilmu hartanah, buletin dan juga serviceDekat senarai hartanah itu pula terdapat jenis kediaman, tempat dan juga anggaran kos hartanah tersebut. Kita hanya perlu pilih je apa yang kita nak kat situ sebagai contoh kalau kita nak dapatkan maklumat senarai hartanah! Klik je pada "senarai hartanah", pilih kawasan yang kita ingini dekat dalam rajah tu. Dekat situ juga ia akan paparkan harga mengikut jenis kediaman yang kita ingini tu samada dari jenis banglo, semi-D, teres, kondominium dan banyak lagi. Kita juga boleh memilih menggunakan medan carian disebelah tu. Kat situ juga kita boleh memilih kategori hartanah itu samada untuk hartanah baru, lelong ataupun sub-sales! Apa-apa pilihan yang kita buat dekat semua medan area ini, maklumat hartanah itu akan dipaparkan dalam rajah sebelah itu seperti kat bawah ni.



Portal Hartabumi.com ini juga menyediakan maklumat yang lengkap mengenai kediaman yang kita ingini.  Dekat situ juga dipaparkan maklumat lanjut dan terkini mengenai hartanah yang kita pilih bukan sahaja dari segi harga yang ditawarkan tetapi juga diskaun turut diberikan! Dengan itu kita boleh buat anggaran/bajet rumah yang kita ingini itu. Selain itu Hartabumi.com juga memaparkan kedudukan/lokasi kawasan yang kita ingini dan juga kemudahan yang disediakan. 


Kalkulator untuk memudahkan kita membuat anggaran pengiraan bayaran pinjaman bulanan juga turut disediakan dan sekiranya kita berminat kita boleh berhubung terus dengan pemaju yang menguruskan kediaman yang kita ingini itu di nombor telefon yang tertera dekat situ! Senang je kan?? Lagi satu yang menariknya dekat hartabumi ini adalah ia menyediakan yuran guaman percuma selain diskaun untuk pemilikan hartanah bumiputera.

Jadi tunggu apa lagi. Dapatkan segera maklumat hartanah anda sekarang di hartabumi.com



Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »