Kalau cari barang tak jumpa atau tetiba hilang memang stress! Sakit hati ! Dah la nak cepat nak marah orang je rasanya. Mulalah berkumat-kamit mulut tu. Habis semua barang disepahkan dan dum dam dum dam haha. Sebenarnya apa jua benda yang kita nak buat itu kenalah dalam keadaan tenang barulah ok. Barulah kita boleh berfikir dengan rasional tak mau marah-marah walaupun memang akan marah hushh sabar ye! Kalau memang ada rezeki lagi ia akan tetap kita jumpa cuma kena slow-slow jangan gopoh-gapah ye.

Sambil-sambil cari tu mohonlah pertolongan dari DIA. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui. 


Doa Agar Barang Hilang Ditemui Semula !

Ya Allah
Engkaulah tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan 
mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. 
Ya Allah, kembalikanlah kepadaku barang-barangku yang hilang 
kerana barang-barang itu adalah pemberianMu kepada hambaMu. 
Ya Allah, tuhan yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihi.













Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »