Hii ini bukan kali pertama ciktie menggunakan khidmat pos laju sebenarnya. Biasanya ciktie akan pergi terus je dekat pejabat pos untuk pos bungkusan atau apa-apa barang. Barang yang nak dipos tu masuk kotak pastu bungkus dengan kertas minyak siap-siap dekat rumah. Pergi pejabat pos just isi borang dan bayar je. Dah siap!


Tapi kali ni ciktie guna sampul surat pos laju saiz S berat maksimum 0.5kg! Harga dalam Rm7.50.. Dalam ni dah tersedia borang poslaju tu. Just isi pastu bawa gi pejabat pos untuk timbang balik barang yang kita nak pos ini je. Kalau timbangannya terlebih kenalah topup mana yang kurang tu. Kalau tak bagi je dekat staf pejabat pos kat kaunter tu.

Hehe sebenarnya bukan saje-saje ciktie nak tulis entri ni. Senang kalau lain kali ciktie nak rujuk balik ke kan hehe lagipun sampul camni lebih ok sebab dalam ni dah ada bubble. Barang yang kita nak hantar pun lebih terjamin. Tak mudah hancur kalau kita pos makanan seperti keropok, kerepek ke kan?? 

Itu kalau sikit-sikit la kan tapi kalau kita nak pos kerepek tu dalam kuantiti yang banyak, kita boleh je guna kotak poslaju. Pejabat pos ada sediakan kotak tu. Tapi harganya ciktie kurang pasti la sebabnya ciktie tak pernah guna. Biasa ciktie guna kotak sendirian berhad je. Ok, berbalik kepada kotak poslaju tu. Ciktie perasan ada sesetengah dari kita suka gunakan kotak tu untuk pos barang. Alhamdulillah, memang itulah yang sepatutnya. Kalau tak penat je Pos Malaysia sediakan perkhidmatan ni.

Tapiii kalau boleh kita sebagai pengirim tu masukkan dulu la barang yang kita nak pos tu dalam plastik ke dulu sebelum masukkan ia dalam kotak tu. Tiadalah penerima tu terima barang kita dalam keadaan terburai, penyek ke..hancur ke. Nak salahkan staf pejabat pos pun tak boleh juga kalau kotak barang yang kita pos tu orang terima tak sebaik sebelum kita pos kan..

Oklahh, ciktie nak sambung isi borang ni. Thanks korang sudi singgah baca entri dekat blog ciktie ni. Nanti ciktie balas setiap kunjungan korang ye. Mungkin kalau bukan sekarang nanti ciktie usahakan slow-slow ye..


Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »