Nikmati setiap perbezaan yang ada disekeliling kita. Jangan cepat menilai apatah lagi menghukum hanya kerana perbezaan yang wujud itu. Dunia ini tidak akan sunyi hanya kerana perbezaan yang wujud itu. Dan ia juga tidak akan sunyi seandainya perbezaan itu tidak wujud! 


Ketahuilah disetiap perbezaan itu wujudnya pelbagai warna yang berbeza disebaliknya. Adakah kita sanggup hanya hidup dengan satu warna! Hanya satu warna yang kita gemari! Yang kita suka sehingga kita sanggup memaksa orang lain untuk berpihak bersama kita?? Perlukah kita memaksa sehingga sanggup menjadi penyebab seseorang itu perlu berkorban sebesar itu??

Begitulah dalam kehidupan kita. Sesuatu yang kita suka. Kita gemari belum tentu turut digemari apatah lagi disukai orang lain. Dalam adik beradik kita sekalipun. Yang lahir dari rahim ibu yang sama tapi tetap juga mempunyai kehendak/keinginan yang berbeza meskipun yang lahir itu pasangan kembar seiras. Walaupun tak mustahil untuk mereka meminati orang yang sama kerana setiap diantara kita telah dicipta perbezaan diantaranya yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana yang pasti kita semua diperlukan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Ibarat segelas air. Dicampur kopi dan susu. Sedikit sebanyak kuantitinya tidak sama tapi rasanya tetap ada meskipun tidak sedap! 


Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »