Cik Hitam | Jom Pi Mandi

Februari 13, 2024

 Setelah seminggu .. 

akhirnya kita bawa mandi juga si hitam ni.


Cik Hitam | Jom Pi Mandi

Car wash, Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka

Asyik terlepas waktu aje minggu lepas. Sedar-sedar dah time to back! Car wash yang dah biasa tu pun dah tutup dah. Bukan tiada yang tepi jalan tu tapi rasanya tak daya nak menunggu dah. Direct seminggu kita buat taktau memang bedak habis la si Hitam tu. 

Nasib baik car wash yang ni buka. Tempat biasa tu masih bercuti lagi rupanya. Dan nasib baik juga masa sampai tu kebetulan kereta tak banyak. Terus diorang minta bawa masuk parking untuk cuci. Takla kita nak kena menunggu giliran kan 😅😅 tapi lepas tu 2/3 biji kereta yang baru sampai. So, kena tunggu turn la. Nak kena settle 3biji tu dulu tapi car wash ni memang cepat la. Diorang ada dalam 3/4 orang staf tak termasuk owner dia rasanya yang akak cashier tu. 

Car wash, Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka


Kenapa sini 

Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka

Beza car wash ni dengan tempat yang biasa tu selain yang ni cepat. Diorang cuci juga dekat dalam area tangki minyak tu. Tapi ialah liat sikit la nak buka penutup tangki minyak tu. Lepas tarik lock dia tu, picu tangki minyak ke apa kat dalam kereta tu. Pastu kita kena tekan dekat penutup tangki tu dari arah mana ia terbuka. Kalau tak memang tak boleh buka. Tapi kali ni ia ngada pula nak kena serentak tarik picu tangki minyak dengan tekan penutup tangki tu. Sebelum ni ok je. Inipun tau disebabkan nasihat sorang adik yang kerja shell tu. Kita nak isi minyak tapi penutup tu tak boleh buka. 

Beza masa isi minyak dekat petron sebelum ni.. diorang cungkil je. Ialah tak salahkan diorang juga kita-kita pun bukannya tau pun kan. Ni bila dah tau..kira oklah tapi still lagi la gelabah la bila nak kena isi minyak cik hitam tu.


Haa harga dia pun beza sikit, macam yang ni cuci luar dengan dalam rm14 je. Kira murah sikit tapi hasilnya memang puas hati cuma yang buat kita tak memilih tu disebabkan ia bukan di laluan kita je. Tapi kalau tiada pilihan sampai juga sebenarnya kan. Alasan je semua ni..buktinya ini bukan 1st cik hitam dekat sini.


Okla untuk hari ni kita cuma cerita pasal cik hitam tu aje la. Taktau nak tulis pasal apa lagi sebenarnya ni..idea dok mari lagi eteknya ni 🤭🤭 tapi hari ni kita ada 2 audit tau. Wakil HQ turun itupun bukan lekeh² yang datang, selalunya pun bukan lekeh-lekeh juga kan big boss juga kot tapi kali ni sekali datang serentak, kewangan dengan integriti.

Ok la sampai sini dulu..

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com