Selamat Hari Raya Aidilfitri

April 20, 2023 2 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Berdentum-dentum bunyi bunga api berselang-seli dengan mercun nampaknya malam ni. Seronok benar nampaknya masing-masing bila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan Sabtu raya ni. Daripada selepas pengumuman berhenti sekejap untuk solat terawih dan ni sambung kembali. Ciktie pun suka juga, alhamdulillah masih lagi berpeluang sehari lagi berada dalam bulan Ramadan. 


Status 25 April | Cuti Ke

Selain sibuk bakar mercun dan bunga api haa ni satu lagi yang akan menyebabkan kita sibuk aka kalut juga 🀭🀭 Status esok dah nyata -nyata dah dapat cuti pelepasan am, yang PM umum tu. Cumanya untuk hari Isnin tu. Office kita kerja ikut KL cumanya kita kan dekat sini.  Aci aje kan kalau kita nak cuti juga Isnin tu lagipun, dah mohon cuti kan. Bahagian kita memang takda masalah pun cuma ialah nak tumpang nyibuk juga la.


Cuti Negeri Kelantan, Cuti Kelantan, Cuti Raya, Status 25 April, 25hb, Cuti Ke, Cuti Peristiwa


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Penghujung ramadan dan sebelum syawal menjelma, dekat sini Ciktie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kita tau sepanjang bulan puasa kali ni, mood kita memang teruk sikit..sikit ke hahaha entah la. Cuba juga untuk bertenang tapi ialah πŸ˜‡πŸ˜‡ Siapa yang kena tu kena la. Apapun minta maaf banyak-banyak. Yang taknak sembang tu memang niat la, cuma nak fokus siapkan kerja.

Kita ni kalau dah dapat sembang alamaknya kerja pun slow. Dah la masa tak berapa nak ada..selalu je nak kena kejar. Jadi minta maaf banyak-banyak mana yang tersinggung, terasa hati dengan tindak tanduk, ucapan, nada suara ni. Kita memang bukan yang sempurna tapi kita cuba nak beri yang terbaik je. Tapi ialah nak puaskan hati orang memang susah..hati sendiri pun celaru kan.


Aishhh panjang pula ucapan raya kita kali ni ye πŸ˜…πŸ˜… Mood berblog baru timbul kot. Apapun esok ialah hari terakhir buat persiapan sambut raya. Esok juga nak minta anak buah depan mata ni cuba baju. Baju yang beli online sebelum ni terkecil la pula. Macam tak berapa sesuai nak pakai raya. Senteng ! Takra cantik la macam kata P.Ramlee dalam filem apa tah. Lupa dah dialog tu.


Untuk menu raya tu hmmm.. tak timbul lagi la. Tapi yang nyata duit raya kita dah tukar dah. Dapat yang nilai rm20 je. Itupun bukan duit baru..tak kisah la janji ada. Tapi esok nak cuba riki-riki duit nilai rm1. Sambut raya ni kalau takda duit raya macam tak lengkap je. Tak kisah la biskut raya, baju raya atau kasut raya takda pun. Janji ada duit tu yang penting. Tidak kesian la budak-budak mai beraya tu. Teringat kita kecil-kecil duluπŸ™ˆπŸ™ˆNaik muak makan biskut raya tapi tuan rumah macam buat-buat tak faham pula. Siap kabor lagi dah besar takda duit dah 😭😭


Ok, stop dulu sebelum melaluk lagi panjang. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. 

Selamat Hari Raya Korang. Maaf Zahir dan Batin








Giveaway "Raya Gift By Uyum 2023"

April 14, 2023 2 Comments
Giveaway "Raya Gift By Uyum 2023"

Hiii, assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Allah lamanya ciktie tak bersiaran. Blog pun dah berhabuk tahap apa dah. Korang sendiri pun tah ingat tah tak dah dengan ciktie. Sedih tau πŸ˜ͺπŸ˜ͺ elehhh macam la kita tu femes sangat kan 🀭🀭


Sekejap je masa berlalu kan. April pun dah masuk pertengahan, Ramadhan pun dah hampir ke penghujung dah. Semoga semua amal ibadat kita diterima. Aamiin



Giveaway "Raya Gift By Uyum 2023"

Sebagai tanda nak kembali aktif berblog semula, ciktie nak mulakan dengan join Giveaway ni. Tak silap hari ni last dah tapi sempat lagi nak join. Tanggal 14April masih lagi belum melabuhkan tirainya. Syaratnya pun mudah je. Tampal je banner dan lengkapkan ayat


Lengkap kan ayat berikut, "Saya suka tengok Uyum kerana .........." 


Semestinya kerana Uyum comel, cute, petah berkata-kata, dengan gaya dan senyum dia buat kita geram nak peluk² tau.


So, pada korang yang tak join lagi GA ni dan nak join, just klik banner atas tu ye ✌




My Ping in TotalPing.com