APC | Persiapan Majlis APC 2023

Ogos 26, 2023 Add Comment
APC | Persiapan Majlis APC 2023
Hiii korang. Sihat ke tu ?? Lamanya tak pelepas gian kat sini. Rindu sangat nak bw. Rindu nak singgah blog korang. Baca entry korang tu tapi apakan daya. Tuntutan hakiki lebih memerlukan. Tak sempat nak layan blog macam tahun-tahun sebelum ni. 

PV pun teruk menjunam ni. Ialah camne nak naik kan kalau dah lama sangat tiada khabar beritanya. Senyap aje orang kata.

Majlis Anugerah Prekhidmatan Cemerlang

In Shaa Allah, beberapa hari aje lagi dah programnya. Terasa cepat sangat minggu ni. Orang kata apa straight je. Sedar-sedar dah hujung minggu. Ghisau la pula walaupun saban tahun hadap program ini. Macam tahun sebelum ini juga, tiada yang banyak berubah. Slide memang my turn lagi cumanya kali ni kitorang kena buat sendiri layout susunan dalam dewan tu. Sebelum ini, hq yang tetapkan.  

APC| Persiapan Majlis APC 

Persiapan Majlis APC 2023

Standard slide, ubah sikit-sikit ajelah mana yang rasa perlu macam font, saiz, warna, background, animasi semua tu. Cumanya untuk video nyanyian 3 lagu itu ajelah.. daku tak sempat nak create baru punya. Jadi ulang tayang yang sebelum ini ajelah lagi ye. Tapiii kalau sempat nanti kita download video Negaraku yang lain ye 😬😬

Semalam pun nasib baik pihak hotel benarkan kitorang guna dewan tu sekejap. Sempatlah perbaiki apa yang patut. Thank you chip berjaya deal untuk kitorang tu. Thanks juga bagi idea kedudukan slide tu. Haa kalau nak tau ini kali ke-2 papar slide guna lcd ni. Sebelum ini kita guna screen putih tu aje. Lebih mudah tak perlu ubah saiz dah. 

Memandangkan semalam terpaksa ke dewan, jadinya memang tak sempatlah nak tengok persiapan terakhir untuk folder dengan buku. Tapi kalau ikutkan dah siap semuanya dah. Tunggu sijil ajelah satu lagi.


Kira oklah ye, kita belanja prop ini dulu. In shaa Allah bila dah sampai harinya tu kita up foto sepanjang event tu pula.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC,

Geram rasa nak tukar font style untuk Majlis Anugerah tu. Agak-agak kalau tukar orang perasan tak ye 

APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Apapun nasib baik pihak hotel bagi green light untuk guna dewan tu sekejap. Sekejap tu tiadalah sangat tapi sempat la pinda slide tu tengahari semalam. 


My Ping in TotalPing.com