Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou untuk membantu Komuniti Mukim Langgar Kota Bharu

Mei 30, 2020 Add Comment
Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou untuk membantu Komuniti Mukim Langgar Kota Bharu
Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, bermurah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dikalangan rakyatnya. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan sebagai contoh di Kota Bharu. Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan di Mukim Langgar meneraju usaha membantu komuniti setempat dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.

Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou untuk membantu Komuniti Mukim Langgar Kota Bharu


Walaupun tidak mewah tetapi mereka mementingkan kebajikan sesetengah keluarga yang dirasakan lebih terdesak terutamanya ketika Ramadhan dan Hari Raya. Pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, sekali lagi Ayam Brand™ memberi peluang kepada mereka membantu komuniti setempat dengan membekalkan produk makanan bagi tempoh 2 bulan dan menyarankan penggunaan pantri makanan atau gerobok kalis cuaca yang telah disediakan dihadapan rumah kebajikan itu bagi membolehkan penjarakkan sosial dapat dilaksanakan.

Pantri Makanan (Pantri Komuniti)

Terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Maklumat mengenai pantri ini dihantar menerusi kumpulan komuniti di laman media sosial ataupun aplikasi Whatsapp untuk memberitahu bahawa bahan makanan di dalamnya adalah percuma oleh penduduk setempat kepada mereka yang memerlukan manakala bagi mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini pula diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ setiap hari bagi memastikan bekalan sentiasa penuh.

Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou untuk membantu Komuniti Mukim Langgar Kota Bharu

Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou untuk membantu Komuniti Mukim Langgar Kota Bharu

Respon yang diterima terhadap inisiatif ini juga amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk dan barang keperluan lain ditambah pula dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.

Selain makanan kering dan  keperluan lain yang disenaraikan, terdapat juga barangan lain  yang tidak disangka-sangka diterima.
 “Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya kali ini begitu istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu- membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,”
Puan Nor Fahsha Binti Abdul Aziz
Pentadbir Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah dijalankan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. Tahun ini jenama ini membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.

Walaupun perancangan awal kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13 ini telah berubah rentetan covid-19 tetapi kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou ini sudah dapat dilihat. Dimana ia berjaya mengubah naratif rakan kongsi kebajikan mereka daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing.  Dan komuniti juga telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil apa yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini dikekalkan.

Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou untuk membantu Komuniti Mukim Langgar Kota Bharu

Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan kakitangan Ayam Brand™ yang turut sama menjadi antara penyumbang pertama yang menyumbangkan item bukan makanan kepada pantri ini selain menghebahkannya.

Menurut salah seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. Mereka mula menghantar senarai barangan yang diperlukan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri yang beralamat di Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Ramai diantara mereka yang berminat dan sanggup membantu. Malah ada diantara mereka yang turut mengongsikan lokasi pantri ini kepada golongan yang memerlukan. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou ini, korang boleh  layari https://www.ayambrand.com.my.













20 Aneka Kuih Muih Pilihan Ramai Untuk Hari Raya

Mei 22, 2020 3 Comments
20 Aneka Kuih Muih Pilihan Ramai Untuk Hari Raya
In Shaa Allah berbaki 2 hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Sekejap je rasa dah nak hampir sebulan kita berpuasa. Rata-rata semua orang dah hampir 90% kot persiapan raya tahun ini dah selesai tu. Dekat media sosial pun ramai yang up kuih raya ye??

Mana yang masih lagi memikirkan kuih apa yang ingin dihidangkan pada hari tu boleh usha-usha 20 kuih muih edisi hari raya setiap tahun kat bawah ni. Ada yang jenis simple dan kebanyakannya resepi pilihan ni memang tak susah. In Shaa Allah, mudah je nak buat.

Kuih muih raya

Sesekali teringin nak makan pun boleh buat. Tak perlu susah-susah nak tunggu raya dulu baru nak kena buat. Baru boleh merasa kuih raya kan??  Teringat masa duk Kuala Lumpur dulu boleh dikatakan selang 2 minggu sekali order kuih semperit dari akak office sebelah. Nak order untuk raya  selalu je tak dapat hehe..nak buat sendiri duk rumah sewa faham-faham ajelah kelengkapan tak de hehe..

20 Aneka Kuih Muih Pilihan Ramai Untuk Hari Raya | Barulah Raya Lebih Meriah Orang Kata

#1 : Resepi Biskut Roselle

Roselle pun boleh buat biskut ye. Jangan ingat ia cuma sesuai untuk buat air je ..


Bahan-Bahan Biskut Roselle
50 gm roselle @ Ribena kampung
90 gm gula icing
180 gm Tepung gandum
90 gm margarine
1 biji kuning telur

Cara-cara membuat Biskut Roselle
  • Campurkan marjerin, gula icing, kuning telur dan roselle @ ribena kampung yang di cincang lumat dalam satu bekas. Gaul sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Canaikan dan buatlah bentuk yang korang suka
  • Sediakan loyang dan kertas minyak. Susun biskut yang hendak dibakar. Bakar dalam suhu 160 darjah celsius selama 15 minit. 
  • Dah siap! dah boleh  dihidangkan jika dah sejuk.

Kredit : KG

#2 : Resepi cornflake madu Ranggup, Sedap & Simple

Budak-budak kalau dapat ni memang tak sedar tau-tau je tinggal sarung hikhik. Haa kalau tak nak cepat lemau, pilih cornflake nestle yang 600g. Tebal sikit !!

Bahan
600g cornflake nestle
1 buku butter 250g
4sdb gula putih
2sdb susu pekat (bagi kilat lekat cantik)
Madu 210gram

Caranya
  • Bahagi 2 Cornflake kepada 2 mangkok. 300g diramas hancur sedang-sedang je. 300g lagi biarkan seperti asal. 
  • Gunakan api slow untuk cairkan butter. Masukkan gula putih, biarkan larut kemudian masukkan madu. Last sekali masukkan susu pekat kacau sehingga mendidih ala-ala manja camtu.
  • Kemudian barulah masukkan cornflake yang dihancur tadi. Kacau sehingga  rata. Tetap  menggunakan api yang slow ! Jangan tutup api selagi ianya tidak rata.
  • Untuk mendapatkan cornflake yang ranggup dan sedap, bakar ianya tepat 10minit pada suhu 170°c on kipas oven api atas bawah.

Kredit : Azz Fariza

#3 : Resepi Kek Marble

Selain kek buah.. Kek marble juga menjadi pilihan ramai terutamanya bagi ibu-ibu dan bapa-bapa untuk hidangan hari raya. Nak-nak rasanya yang tidak begitu manis, mudah dan senang dibuat pula. Lagilah digemari..

Bahan-bahannya
1 cawan gula kastor/ gula halus
1 cawan planta / butter ( suhu bilik)
4 biji telur gred A (suhu bilik)
2 cawan @14 cawan tepung gandum (ayak)
1 sb baking powder (ayak)

Tips :-
*Sebelum tu jangan lupa panaskan oven. Suhu dalam 150-160°C ikut oven masing2l-masing. Panaskan 15-20 minit sebelum masukkan kek.

Cara
  • Pukul butter dengan gula sehingga gebu (warna agak pucat hampir putih).
  • Perlahankan mixer, masukkan telur satu persatu (masuk sebiji, agak-agak dah nampak sebati telur tu dengan adunan, masukkan sebiji lagi, ulang sampai la habis 4 biji). Pukul lagi sampai kembang
  • Tutup mixer. Campurkan tepung sedikit demi sedikit. Nak kacau pakai senduk guna teknik kaup balik pun boleh! Buat sampai adunan sebati. Kalau nak pakai mixer, guna low speed, agak-agak tepung sebati, baru stop. 
  • Bahagikan adunan kepada beberapa adunan dalam bekas yang berbeza menggunakan warna yang kita kehendaki.
  • Griskan loyang dan masukkan adunan mengikut kreativiti dan bakar pada suhu 150-160°C selama 45 minit (ikut oven masing).

Kredit : Fadila Sofia

#4 : Resepi German Cookies

Dah macam-macam pattern dah biskut German Cookies ni. Ada jenis berjalur-jalur, tekup simple camtu je. Ada juga jenis yang bercorak ala-ala marble la. Tapi tak kisah lah. Janji ia lawa dan sedap. Tak gituuu


Bahan untuk resepi Biskut German Cookies
250g butter
80g gula aising
1sk esen vanila
250g tepung ubi kentang
160g tepung gandum
Pewarna pilihan

Cara membuat Biskut German Cookies
  • Pukul butter & gula aising sampai gebu (boleh guna mixer) 
  • Masukkan esen vanila 
  • Masukkan tepung ubi kentang & tepung gandum sedikit demi sedikit (gaul guna spatula) 
  • Gaul doh smpai sebati & asingkan untuk masukkan pewarna 
  • Buat doh kecil-kecil & tekan dengan garfu atas dulang pembakar 
  • Bakar pada suhu 170°c selama 15-20 min

Kredit : MİRä MödëRnö

#5 : Resepi Mama Carey


Bahan
200g butter/mentega
100g gula castor
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila

Bahan ayak
260g tepung red rose/tpg gandum
50g susu tepung
50g tepung jagung

Bahan untuk Icing
1 biji putih telur
1 sb tepung jagung
90g gula icing.

Cara
  • Pukul mentega dengan gula hingga sebati Masuk kuning telo nesen, pukul sebati. Masuk bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan uli sehngga menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.
  • Masukkan doh dalam beg plastik atau cover bekas dengan plastik wrap. Simpan peti dalam 15 min. Panaskan oven 150 C.. Sediakan loyang pembakar. Oleskan sedikit mentega.. Keluarkan doh dan canai di atas 2 lapik plastij supaya tidak melekat. 
  • Terap acuan dan susun atas dulang pembakar. Bakar selama 10 min(setengah masak). Kemudian biarkan ia sejuk. Dah sejuk barulah kita letak icing atas biskut !Lorek ikut suke. Design asalnya guna coffee loreknya.
  • Bakar padu suhu 150 C selama 10-15 min. 
Tips
Kalau sentuh menggunakan jari, ia dh keras dan tak retak. Dah boleh keluarkan dah. Jangan bakar sampai kuning pula.

Caranya membuat icing

  • Pukul putih telur hingga bertanduk..
  • masukkan gula icing putar hingga sebati. Kemudian masukkan tepung jagung putar hingga likat.
  • Letak icing ataa biskut. 

Kredit : azlita aziz

#6 : Resepi Badam Coklat 2 Bahan

Mudah sangat resepi yang ni. Cuma 2 bahan!


Bahan-bahannya
Coklat berlys (milk)
Badam

Caranya
  • Jika korang tak rajin, malas nak tunggu lama-lama. Takde oven nak bakar badam. Korang boleh gorengkan badam tu tanpa minyak tapi kena kacau selalu la.
  • Kacau sehingga nampak kekuningan. Kalau tak berapa nak confident boleh rasa sebiji ianya ranggup atau tak. Kalau dah tutup api dan sejukkan seketika.
  • Coklat itu hanya perlu cairkan je. Kalau nampak macam ketul-ketul boleh masukkan sedikit minyak masak dan kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali campurkan badam dengan coklat kemudian masukkan dalam peti sejuk. Dalam 5 minit dah boleh makan !
  • Dah siap biskut raya 2 bahan..

#7 :  Resepi Roti Gulung Sosej Crackers

Yang ini untuk kelainan !! Rasanya tiada lagi yang buat menu ini masa hari raya. Apa kata kita buat kelainannya. Mesti anak-anak suka..kita yang besar pun suka hehe


Bahan-bahannya
Roti Gardenia
Biskut Crackers (1 keping biskut = 1 keping roti)
Sosej Ramly (boleh campur daging @ ayam)
Bancuhan tepung
Sebiji telur

Cara memasak
  • Leperkan roti menggunakan belakang sudu sehingga betul-betul nipis 
  • Gulung 1pcs sosej dan lekatkan hujung roti dengan bancuhan tepung. 
  • Potong lebihan sosej di tepi roti supaya nampak ngam dan kemas 
  • Potong roti kepada 2pcs 5. Salut roti dengan bancuhan telur. Tak perlu garam sebab sosej Ramly dah cukup masin 
  • Hancurkan biskut crackers mengikut berapa keping roti. Kemudian golekkan roti tadi ke dalam serbuk crackers sambil tekan supaya melekat. Nak sedap bagi lekat crackers dengan tebal  
  • Masak dalam minyak yang sudah panas dengan api yang kecil supaya sosej dalam tu betul-betul masak dan luarannya tidak hangus. 
  • Dah siap !

Kredit : Tinynasweet Myperoduaclub

#8 : Resepi Kuih bangkit santan traditional

Dah lama sangat tak makan kuih bangkit cair kat mulut ni. Dapat ni sedap juga 


Bahan-bahannya
600 grm tepung ubi kayu *
50 grm tepung gndum *
300 grm gula
320 ml santan pekat( tanpa air/ kotak)
1 sdu makan baking powder
2 biji telur (ambil smua)
2 helai daun pandan basuh, keringkan dan potong kecil**(takde pun tak pa..untuk wangi je)

Cara
  • Gorengkan bahan yang bertanda * sampai ringan(biarkan ia sejuk, ayak bersama b/powder dan ketepikan).. 
  • Masukkan gula bersama santan sampai mendidih dan gula hancur.. tutup api biarkan 5 minit. Pukul telur hingga kembang! Nak blend pun boleh. Masukkan santan dan telur ke dalam tepung yang telah sejuk dan diayakkan tadi 
  • Gaul sebati dan sekata.. Biarkan/peram selama 5 -8 jm. Ambil doh sedikit-sedikit dan uli bagi Iembut. Tekap dengan acuan kesukaan masing-masing.
  • Akhir sekali bakar pada suhu 180-200 selama 10 mnit bergantung pada oven masing-masing menggunakan api atas bawah.

Kredit : Khadijah Hamid

#9 : Resepi Biskut Vanila Oat Berhantu


Bahan-bahan
50gm gula kastor
100gm mentega
1sdt esen vanila
140gm tpg gandum
1bj putih telur(utk dsapu)
20gm oat segera
Kismis/ceri merah (dpotong)

Cara-caranya
  • Pukul gula kastor.mentega dan esen vanila hingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan uli perlahan-lahan menjadi doh yang lembut.
  • Bulatkan doh, celup dalam putih telur dan salutkan dengan oat. 
  • Hiaskan dengan kismis/ceri ditengah-tengahnya.
  • Bakar pada suhu  suhu 160-170 selama 15 20minit.

Kredit : Resipi Dapur Bidadari

#10 : Resepi Biskut Dam

Resepi Biskut Haji

Bahan-bahannya
1 buku buttercup (250g) (atau 1 cawan planta/marjerin
3/4 cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin)
1 biji telur ayam saiz A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya 
  • Gaulkan buttercup/marjerin/planta dgn gula sampai sebati. 
  • Masukkan telur & esen vanilla dan kacau
  • Masukkan tepung jagung & tepung gandum. Uli sampai tak melekat pada tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung. 
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian gaulkan dengan serbuk koko. 
  • Buat potongan & susun selang seli seperti tikar. Potong guna benang. 
  • Bakar api atas bawah suhu 170° selama 20-30 minit (ikut oven masing).
  • Dah siap!! 

Kredit : Farizal Radzali

#11 :  resepi siput


Bahan-Bahan
Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
1 kg tepung gandum
1 biji telur
4 sudu butter *dicairkan
4 sudu marjerin (jenama Pelangi) *dicairkan
1/2 cawan santan @ separuh santan kotak (Optional)
3 sudu serbuk kari daging adabi *kalau nak rasa kari letak lebih
Garam
Gula secukup rasa
Air yang secukupnya
4 tangkai daun kari * racik halus

Cara-caranya
  • Gaul tepung dengan butter  dan marjerin yang sudah dicairkan. Masukkan serbuk kari, daun kari, telur dan santan.  Garam dan gula. Uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.
  • Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras. Jangan masuk terlalu banyak.
  • Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih  siput
  • Ulang langkah ini sehingga doh habis. 
  • Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan. 
  • Masukkan daun kari sewaktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal daun karinya tu takut ia terlalu garing.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
  • Dah siap !!

Kredit : Effa Hassan

#12 :  Resepi cookies chocolate chip


Bahan
250 Butter ( Brand anchor)
1 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan minyak mazola)
sedikit esen vanila
Chocolate chip Almond nips

Tips
Nak cookies yang sedap, lebihkan chocolate chip & beryls

Caranya
  • Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Pastikan ianya tidak melekat pada tangan. Bentukkan acuan yang kita kehendaki. 
  • Sebelum membakar adunan kuihnya ni, simpan seketika ianya dalam fridge selame 30minit.
  • Bakar ianya pada suhu 160" selama 20-25minit. Bergantung pada oven yang kita guna.

Kredit : Cik Syazwanie

#13 : swiss tart sedap


Bahan
250g butter
3/4 cawan gula aising
12 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sudu tepung custard
1 sudu kecik esen vanila
Coklat rice
Filling strawberry/blueberry

Caranya
  • Pukul gula aising,essen vanila dan butter(guna senduk kayu) 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit,uli smpai tidak melekat ke tangan.
  • Masukkan coklat rice jangan banyak sangat nanti warnanya gelap. Terap guna acuan utaian letak filling strawberry.
  • Bakar pada suhu 165.c selama 25 minit (bergantung pada oven yang kita gunakan).

Kredit : MissAishah Omar

#14 : Resepi Biskut Kacang / mazola

Biskut Mazola

Bahan
2 cawan susu tepung
2 cawan minyak sapi
Sedikit garam
7 cawan tepung gandum(diayak)
7 cwn Gula aisin utk gaul biskut bila sudah masak

Cara-caranya
  • Campurkan susu tepung, minyak sapi, sedikit garam dan gaul hingga sebati.
  • Masukan tepung gandum sedikit sedikit hingga menjadi doh lembut (bukan lembek) 
  • Bentukkan bulat dan bakar pada suhu 150 °C  selama 10-15 minit
  • Dah siap !

Kredit : HaNi Johana

#15 : Maruku


Bahan-bahannya
2 bag tepung pulut (1kg)
1 bungkus tepung maruku..
2 biji telor
1 paket serbuk kari daging
1 paket serbuk cili
1 cwn planta
1 cwn udang kering *bland
1 labu bawang putih *blend
11/2 camb garam
4 camb gula
Serbuk perasa..
Santan.

Caranya
  • Gaul kesemua bahan-bahan tadi..uli dengan santan yang bercampur dengan air hingga menjadi doh..
  • Acuannya terserah  nak    buat macamana.

Kredit : Sabirah Zainol

#16 : Biskut arab


Bahan
6 cawan tepung gandum
6sudu susu tepung
2 cawan minyak sapi *dicairkan
1cawan gula ising

Caranya
  • Gaulkan semua bahan sehingga tak melekat di tangan.jika cair boleh tambah tepung sedikit demi sedikit. 
  • Bahagi doh kepada 3bahagian.masukkan pewarna.. dan buat bulat-bulat kecik. Kemudian combine dan uli menjadi bentuk gulies. 
  • Bakar pada suhu 170°c selama 15min.. 
  • Sejukkan dan tabur gula kastor ke atasnya.
  • Dah siap !!

Kredit : Hafsah Musa

#17 : resepi  Kuih Gunting


Bahan
1 kg tepung gandum
4bijik bawang putih*
2 biji bawang besar*
2 genggam udang kering*
3 sudu makan jintan manis*
3 sudu makan jintan putih*
1 sudu makan garam halus
2 genggam daun kari(untuk hiasan)
2 genggam daun sup(di potong halus)
Air secukupnya

Cara
  • Blendkan bahan yg bertanda*
  • Cairkan majerin dan masukkan ke dalam tepung gandum. Kacau sehingga rata.
  • Masukkan bahan blend tadi dan gaul rata kemudian masukkan garam,aji (klau tak suka boleh gantikan dengan maggi secukup rasa)
  • Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan..canaikan doh, bagi nipis..masak atas pan sekejap sahaja untuk memudahkan kita nak gunting nanti,
  • gunting mengikut kreativiti kita. 
  • Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan sampai garing. dah habis goreng semuanya, akhir sekali gorengkan daun kari sampai garing tabur di atas kuih gunting tadi.gaulkan
  • Dah siap !!

Kredit : Haslin Haslina


#18 :  BISKUT KELAPA YANG SEDAP

Biskut nyor ranggup

BAHAN-BAHANNYA
1 Cawan merjerin.
1 Cawan gula aising.
1 Cawan tepung gandum..
3 Cawan tepung jagung..
2 Cawan kelapa yang telah di sangai.
satu sudu teh Esen vanila sahaja.
Sedikit pewarna kuning *jika perlu. Takde takpe.
Sebiji kuning telur

CARA-CARANYA
  • Pukul telur,merjerin dan gula aising sampai kembang. 
  • Kemudian masukkan semua tepung dan kelapa yang telah di sangai tadi.
  • Bakar dalam suhu 160°. (25 minit).

Kredit : Lasa Jai

#19 : Biskut Ombak Rindu

Ingat filem dan novel je ke ada Ombak Rindu ? Haa tengok biskut pun ada tau 


BAHAN
250g mentega
100g gula kaster
90g gula perang
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh molca/ cafee elmaco
2 sudu teh nescofee (larut dalam 2 sudu teh air panas)
1 biji telur gred A
330g t.gandum
2 sudu besar susu tepung (30g)
1 sudu besar serbuk koko (van houten)
1 sudu kecil b.powder
1 sudu kecil soda baicabonate
200g coklat rice
60g conflake-ramas kasar
80g almond nib-panggang sebentar

*Untuk Hiasan
Coklat putih - cairkan dgn sdkt butter ( double boil)

Tips :
badam di panggang dahulu. (170'c 15 mnt)

CARA
  • Ayak tepung, serbuk koko, b. powder, b.soda & serbuk susu - ketepikan.
  • Putar mentega, gula, coco elmaco, essen vanilla & larutan nescoffee hingga sebati. 
  • Masukkan telur & putar sebentar kemudian masukkan campuran tepung & gaul sebati. 
  • Akhir sekali masukkan coklat rice, almond nib & conflake. Gaul rata.
  • Sudukan satu sudu kecil diatas dulang. Bakar 170'C selama 20 minit - 25 minit. Angkat & sejukkan sebelum dipaip dengan coklat putih & hias biji badam diatasnya. Sejukkan sebentar dalam peti ais supaya white coklat keras. 
  • Dah siap ! Sedia untuk dihidangkan

#20 : Biskut Snow Almond


Bahan A
260gm butter
150gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50gm serbuk badam

Bahan B
300gm tepung red rose - ganti tepung gandum pun boleh
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung

Bahan hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut

Cara
  • Pukul bahan A hingga berkrim. 
  • Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. 
  • Canai dan terap dengan acuan yang di sukai. 
  • Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140'C selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan biskut atas redai. 
  • Celup biskut dalam coklat masakan yang telah di cairkan cara double boiler.  
  • Golekkanbiskut ke dalam breadcrumb. 
  • Simpan biskut dalam bekas kedap udara. 
Kredit : Resepi Sedap

Haaa inilah antara 20 resepi kuih muih raya bagi tahun 2020 yang menjadi pilihan ramai. Semuanya nampak sedap dan memikat kan?? Walaupun raya tahun ini cukup berbeza suasana dan keadaannya. Raya tetap juga kena raya. Bukti kita berjaya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.


12 Resipi Cepat & Berbaloi Air Fryer Patut Cuba Untuk Majlis Keramaian, Keraian, Perpisahan, Persaraan, Ulang Tahun, Hari Raya ataupun Berbuka Puasa

Mei 19, 2020 2 Comments
12 Resipi Cepat & Berbaloi Air Fryer Patut Cuba Untuk Majlis Keramaian, Keraian, Perpisahan, Persaraan, Ulang Tahun, Hari Raya ataupun Berbuka Puasa
Macam-macam aneka resepi boleh buat menggunakan Air Fryer ni. Bukan setakat juadah berbuka je tapi aneka kuih-muih pun boleh.

Berikut merupakan 12 pilihan resepi Air Fryer yang patut  kita cuba ! Nampak je biasa..simple camtu tapi kebanyakannya menjadi pilihan kebanyakan kita dalam majlis keramaian, keraian, Perpisahan, persaraan, ulang tahun, hari raya, buka puasa dan macam-macam majlis lagi. Antara yang menjadi pilihan semestinya Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus, Orange Cake, Burn Cheese Cake, Muffin Vanilla with choc chips, kuih tradisional seperti kuih cara, akok, waffle pun ada. Resepi lemang untuk raya tidak ketinggalan. Dan untuk kelainan Pavlova dan Oreo Burn Cheese Cake juga boleh disajikan ! 

Untuk potluck atau apa-apa jamuan makan-makan pun ok juga pilihan resepi ni.


Tiba-tiba blur taktau nak sediakan apa untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah tu pun boleh cuba resepi ini. Tapi satu ajelah nak bagitau suhu setiap resepi air fryer ini bergantung kepada air fryer kita masing-masing ye. Kena tengok-tengok juga ye.

12 Resipi Cepat & Berbaloi Air Fryer Patut Di Cuba Untuk Majlis Keramaian, Keraian, Perpisahan, Persaraan, Ulang Tahun, Hari Raya ataupun Berbuka Puasa

#1 : Kek Sarang Semut (Guna sukatan cawan dan tak perlu perap)

Ramai yang suka masak kek sarang semut aka kek gula hangus ni. Teksturnya yang lembut dan bentuknya yang kemas memang menjadi pilihan ramai. Caranya pun mudah dan yang paling penting sukatannya menggunakan cawan dan tak perlu perap ! 


Bahan Untuk Resepi Kek Sarang Semut 
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar butter
4 bj telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan soda bikarbonat

Cara
  • Masak gula sampai keperangan (nak buat gula hangus)
  • Masukkan air panas sikit-sikit sampai sebati
  • Masuk butter kacau sampai sebati. Biarkan mendidih sekejap kemudian tutup api
  • Pukul telur dengan susu (pukul biasa je dengan sudu macam buat telur dadar)
  • Masukkan tepung & soda bikarbonat kacau sebati (tapis kalau tepung berketul)
  • Masukkan gula hangus (panas-panas)
  • Sapu butter dan taburkan sikit tepung pada periuk (tak nak bagi melekat)
  • Bakar pada suhu 160°/25min (suhu ikut af masing2)

Kredit : Anis Zuliyana

#2 : Wafer Recipe *guna acuan silikon

Jangan ingat waffle ni hanya femes untuk makan petang je. Untuk jamuan pun ia menjadi pilihan tau.. nak-nak pula perisanya tu dipelbagaikan. lagilah menjadi tumpuan. 

Resepi Waffle sukatan cawan mudah dan sedap seperti di beli dekat kedai

Bahan-bahan untuk resepi wafer 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/3 cawan minyak
1 biji telur
11/2 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
secubit garam esen vanilla

Caranya
  • Campurkan semua adunan dan pukul sampai sebati. Blender pun boleh
  • Bakar pada suhu 200celcius/10minit. 
  • Dah siap yang tu terbalikkan dan masak sekali  lagi selama 10minit dengan suhu yg sama. 
Tips  :-
  • cawan guna cawan yang sama
  • kena 2 kali  masak jika mahu waffle sedikit rangup (terbalikkan waffle dan masak lagi)


#3 : Burn Cheese Cake

Burn cheesecake Recipe

Bahan-bahan untuk Resepi cheese cake
Cream cheese 250g
Gula 1/2 cawan
Telur 3 biji
Whipping cream / susu / yogurt 125ml
Esen vanilla
Tepung gandum 2 sudu

Caranya
  • Blend telur dan gula
  • Kemudian masukkan cream cheese dan blend sampai halus.
  • Seterusnya masukkan whipped cream dan blend Iagi bagi halus
  • Masukkan esen vanilla kemudian blend Iagi  
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan blend Iagi sampai halus.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.

Kredit : Anje Lee Naa


#4 : Oreo Burnt Cheese Cake

Resepi Oreo Burnt Cheese Cake

Bahan-bahannya
250 g- cream cheese
1 kotak whipping cream (yang kecil)
1/2 cawan Gula
2 1/2 sudu besar tepung gandum
3 biji telur 
Air perahan lemon
1 sudu makan Esen vanila
Base Oreo 1 paket
3 sudu butter *dicairkan

Cara-caranya
(Base)
  • Sapukan sedikit butter pada loyang. Kemudian letak baking paper
  • Asingkan inti dan biskut oreo
  • Kisar / tumbuk biskut ( masukkan dalam zipper bag)
  • Gaul oreo yang sudah hancur tadi bersama butter yang sudah dicairkan sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam loyang.tekan dan mampatkan

Untuk adunan cheese
  • Blend semua bahan.inti oreo tadi pun masukkan sekali tapi jangan terlebih blend nanti kek akan merekah.
  • Tuang ke atas base yang di sediakan tadi
  • Hentakkan sikit-sikit untuk hilangkan buih-buih udara dalam kek dan untuk ratakan permukaan kek.
  • Bakar pada suhu 170/25 minit second 160/15 minit  (bergantung pada air fryer masing-masing)
  • Setelah masak, biarkan beberapa ketika bila dah sejuk sikit masukkan ke dalam peti sejuk dulu.

Kredit : Emma Jaafar

#5 : Vanilla Muffin With Chocolate Chip 

Vanilla Muffin Chocolate Chip or Vanilla Muffin Chocolate Chips dalam bahasa mudahnya muffin vanilla coklat chip sama ajelah namanya tu kan. Jadi pilihan juga menu yang satu ni. sedap tau ! sambil sembang sambil makan. nyum..nyum.. anak-anak kecil pun suka. nak-nak lagi kalau ada badam pula.

Vanilla Muffin Chocolate Chips

Bahan-bahannya
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn butter (dicairkan)
1 biji telur
1 cwn susu full cream
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam

Cara-caranya
  • Blend semua bahan hingga sebati (guna blender pun boleh)
  • Kemudian masukkan 2 cawan self-raising flour (yang ni gaul guna egg whisk sahaja). Gaul sebati.
  • Setelah sebati, tuang 3/4 ke dalam papercup. Taburkan choc chip sebagai hiasan.
  • Bakar pada suhu 160°c selama 10 min. Bergantung dgn AF masing2 k.

Kredit : Safaryna Izz

#6: macaroni cheese baked


Bahan-bahannya
4 cawan macaroni *rebus
1 biji bawang besar *dadu
5 ulas bawang putih
tin sos Prego
Daging/ayam cincang
5 hot dog
1/2 cawan whipping cream
Mozzarella cheese
Cheddar cheese *option
Garam secukup rasa
Lada Hitam

Cara-caranya
  • Tumis bawang besar, bawang putih.
  • Masukkan daging cincang, hot dog, sos prego, garam, lada hitam. Gaul sebati.
  • Masukkan whipping cream. Gaul lagi dan ketepikan.
  • Masukkan isi macaroni ke dalam loyang aluminium dan tabur cheese.
  • Bakar macaroni dengan suhu 160" 5 minit.

Kredit : Cahaya Hati

#7 : lemang Simple tapi sedap 



Bahan-bahannya
2 cawan Beras Pulut
2 cawan Santan pekat
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Daun pandan
Cawan kertas

Cara penyediaan
  • Basuh beras pulut bersih.
  • Rendam beras pulut dalam air selama 2jam.
  • Kemudian toskan air. Basuh bersih dan rendam dengan air santan dan garam selama 30min. 
  • Alas cawan dengan daun pandan sementara menunggu. 
  • Isikan beras kedalam cawan dan tuang santan cukup paras beras pulut. 
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C selama 5minit. 
  • Masukkan dalam AF beras pulut yang telah diisi dalam cawan. 
    Bakar 1:180°C / 30min
    Bakar 2:160°C / 10min 
  • Dah siap, rehatkan 10min dalam AF sebelum dikeluarkan. 

Kredit : Amanda Tan

#8 : Roti Susu Pandan 


Bahan-bahannya 
1 cawan Susu segar 
2 sudu gula 
2 sudu mauripan 
2 cawan tepung gandum 
1/2 St garam 
1 SB majerin 
Perisa pandan 

Cara-caranya
  • rendam mauripan hingga berbuih.
  • Masukkann tepung, majerin, garam dan susu segar. Pukul ataupun blend hingga sebati. 
  • Masukkann ke dalam loyang dan biarkan hingga kembang.
  • Akhir sekali, barulah bakar pada suhu 160" 15 minit

Kredit : Cahaya Hati

#9 : Kek Oren


Bahan-bahannya
170 gm butter 
115 gm gula halus@gula kastor 
3 biji telur gred A 
160 gm tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
Kulit oren *1 biji diparut 
8 sudu besar jus oren *diperah ATAU 4 sudu besar jus sunquick 

Cara-caranya 
  • ayak tepung gandum bersama baking powder (ketepikan) 
  • putar gula bersama butter sampai kembang.
  • masukkan telur satu persatu 
  • Masukkan tepung sikit demi sedikit 
  • Akhir sekali masukkan jus oren bersama parutan kulit oren. Kacau rata (guna spatula) 
  • panaskan oven 160@170 bakar

#10 : Akok

Resepi Akok Dalam Cawan

Bahan-bahannya
1 cawan air daun padan *dimasak atas api dan sejukkan
1 cawan gula merah *dimasak atas api dan disejukkan
4 biji telur 
1 cawan Santan pekat 
1/2 cawan tepung gandum 
Secubit garam 

Cara-caranya
  • Blend kesemua bahan hingga sebati. 
  • Sapukan minyak pada acuan. 
  • Panaskan AF 3-5 minit 
  • Bakar akok dengan suhu 160 Masa 10 minit (jika belum masak tambah 3-5 minit Iagi)

#11 : Kuih Cara Berlauk Tanpa Telur
Kuih Cara Air Fryer

Bahan-bahannya
Bahan A - Adunan Tepung 
1 cawan Tepung gandum 
1 cawan Air *nak gebu boleh buat 1/2 air, 1/2 susu cair
1 sb minyak masak *kalau guna silicon @ acuan yang tak melekat, tak ada pun tak apa
1/2 sk garam 
Sedikit serbuk kunyit

Bahan B - Adunan Inti Daging 
1 biji bawang holand *dipotong dadu
4 ulas bawang putih *dipotong dadu
Sedikit halia *dipotong dadu
Daun kari
Serbuk kari daging 
1 mangkuk Daging cincang

Untuk hiasan *dihiris
Daun sup & cili merah 

Cara-caranya
  • Kesemua Bahan A diblend dan ketepikan.
  • Bahan B yang bertanda * dipotong dadu. 
  • Tumis bahan yang dipotong dadu dan serbuk kari hingga pecah minyak. 
  • Masukkan daging cincang. 
  • Perisakan dengan garam dan gula hingga cukup rasa.

Masukkan ke acuan 
  • Sapu @ spraykan minyak ke acuan. 
  • Tuangkan bancuhan Bahan A. 
  • Masukkan inti daging, hiaskan dengan daun sup dan cili merah 
  • Masukkan ke AF dengan suhu 160/10min. Suhu & masa ikut kesesuaian AF masing2 ye 

Tips

Kalau memang dah cukup masak memang ia senang dikeluarkan dari acuan.

#12 : Resepi Parlova / Pavlova recipe

Haaa siapa pengemas pavlova ni boleh cuba resepi ini.  Elok je kejadiannya ni.  

Parlova Air Fryer

Bahan-bahannya
4 Telur Putih (Room Temperature) 
1 cawan castor sugar 
2 sudu besar tepung jagung 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu teh cuka

Caranya
  • Mula-mula pukul putih telur dalam mixer in medium speed sampai berbuih 
  • Lepas tu masukkan gula sikit demi sikit dan tukar kepada high speed 
  • Bila acuan dah jadi meringue / nampak sedikit kental, masukkan tepung jagung dan esen vanilla. Last skali masukkan cuka 
  • Kalau meringue belum jadi stiff peak whisk lagi in high speed sampai jadi betul-betul kental 
  • Boleh gunakan kaedah terbalikkan bowl kalau nak tau dah stiff peak ke belum 
  • Panaskan AF 150 degrees selama 5 minit sebelum masuk meringue
  • Bila AF dah panas masukkan meringue seperti di bawah:
110 degrees 30 minit + 30 minit 150 degrees 20 minit 
  • Hidangkan dengan whipped cream dan mixed berries diatas meringue 
  • Boleh taburkan serbuk koko sedikit diatas. Kalau ada berry compote lagi sedap

Tips
  • Make sure telur in a room temperature. Kalau dalam peti ais keluarkan telur malam sebelumnya  
  • Jangan ada sedikit pun kuning telur dan air 
  • Tangan bahan dan equipment mestilah dalam keadaan kering. Pastikan tiada unsur air atau keadaan lembap. Lap bersih-bersih tangan & equipment & bahan 
  • Jangan lupa panaskan AF 150 degrees selama 5 minit sebelum membakar meringue. Nanti ia terkejut terus suhu panas. 
  • Biar meringue sejuk sendiri lepas masa tamat di dalam Air Fryer sebab takut dia mendap kebawah jika terus diletak pada room temperature lepas masak.

Kredit : Meme Umaida Taib


So, inilah antara 12 Resepi Cepat & Berbaloi Air Fryer Patut Di Cuba Untuk Majlis Keramaian, Keraian, Perpisahan, Persaraan, Ulang Tahun, Hari Raya ataupun Berbuka Puasa. Walaupun hanya menggunakan air fryer tapi ia cepat, sedap pun sedap.

Sempat nanti kita shared lagi resepi mudah dan sesedap seperti di kedai ye..


Cara check bil Elektrik tanpa register atau install application TNB

Mei 16, 2020 5 Comments
Cara check bil Elektrik tanpa register atau install application TNB
Dah check ke bil api bulan ni kena berapa? Terasa macam tak banyak guna elektrik bulan ni berbanding bulan sudah. Janganlah dibuatnya bil melambung tinggi sudahlah. Tapiii bil elektrik bulan ni pun tak sampai lagi. Nak tunggu staff TNB datang alamatnya bila tak tau ni. Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat pun masih lagi dikekalkan.

Cara Check ataupun Semak Bil Elektrik Sepanjang Tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP)

Terasa leceh dan malas je bila nak check bil tup-tup kena install..kena register bagai. Tapi dalam malas dan leceh tu terr install jugalah application TNB hari tu. Pastu uninstall semula gara-gara memori full hehe. Tapii sekarang nak check bil TNB tak perlu nak install atau register pun boleh check juga.

Cara yang ni lagi mudah dan rasanya ramai yang suka cara yang ni. Yang pertama sebabnya kita boleh check dimana-mana sahaja kita berada. Guna phone atau PC je dan yang ke-2, pembayarannya kita nak teruskan dari sini ataupun sekadar nak tengok amaunnya pun boleh. Kemudian singgah 7E ke untuk buat pembayaran. Janji korang bawa ataupun ingat no.akaun elektrik korang dan no.pay ke apa yang kat belakang tu. Takde lah haru sangat masa nak buat pembayaran dekat kaunter tu kan ✌️

Cara check bil Elektrik tanpa register atau install application TNB (myTNB)

Langkah 1
Klik >> SINI << ataupun https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 2
Masukkan 12 digit no.akaun TNB seterusnya klik Saya Bukan Robot dan search
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 3
Paparan maklumat akaun bil TNB semasa anda akan dipaparkan.
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Untuk terus membuat pembayaran bil melalui website Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini

Langkah 4
Masukkan amaun yang hendak dibayar, alamat e-mail dan juga no.telefon anda sebagai bukti penerimaan pembayaran. Seterusnya klik Next
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 5
Paparan ringkasan transaksi akaun bil TNB akan dipaparkan. Semak dan buat pembayaran
Seterusnya klik Pay
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 6
Masukkan maklumat kad kredit/kad debit ataupun mastercard anda.
Seterusnya klik Next
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 7
Masukkan kod Msos untuk selesaikan pembayaran

Dah siap ..

Tapi kalau korang nak check bil TNB dan buat pembayaran melalui mana-mana kaedah pun boleh. Macam ciktie sendiri, check bil kemudian buat transaksi pembayaran melalui portal maybank2U ataupun BSN Online.





Agar-agar Santan Gula Melaka Abang Sado

Mei 14, 2020 5 Comments
Agar-agar Santan Gula Melaka Abang Sado
Lawa abang ni punya agar-agar santan ni. Menarik ! Tengok pun dah menyelerakan. Tapi kalau ciktie takdenya nak guna bekas lawa-lawa camni. Guna je dulang bulat tu senang.  Nak potong pun mudah hehe yang mudah je kerjanya ye ✌️

Disebabkan ia menarik. Kita share kat sini dulu. Nanti free-free boleh cuba resepinya ni.

Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka Abang Sado 

Sado ke abang ni ye 💪🤭🤭


Bahan 
1 paket agar-agar tali 20 gm 
6 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula melaka
2 helai daun pandan
1 kotak santan (500 gm)
2 biji telur
Secubit garam

Caranya
  • Masak agar-agar dengan 4 cawan air sehingga larut.
  • Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 2 cawan air kemudian tapis*
  • Masukkan ke dalam agar-agar tadi santan, telur, garam dan kacau sebati.
  • Masukkan dalam agar-agar tadi (bahan * kot)
  • Masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan dalam loyang dan sejukkan.


Kredit : Zaini Abu Bakar


20 Aneka hidangan nasi yang menyelerakan untuk berbuka, bersahur dan hari raya !

Mei 13, 2020 3 Comments
20 Aneka hidangan nasi yang menyelerakan untuk berbuka, bersahur dan hari raya !
Nasi merupakan makan rutin masyarakat kita sehari-hari. Jadi memang agak sukar untuk meninggalkannya meskipun kita dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan enak yang lain.

Untuk mengelakkan ter repeat menu yang sama setiap hari ataupun saban tahun. Berikut merupakan 20 jenis resepi pilihan ramai berasaskan nasi (aneka nasi) yang cukup popular dan mudah disediakan terutamanya untuk juadah berbuka, bersahur ataupun untuk juadah hari raya.

20 Aneka hidangan nasi yang menyelerakan untuk berbuka, bersahur dan hari raya 


Untuk jamuan makan-makan ataupun sajian seharian pun ok juga sebenarnya. Mudah dan senang untuk disediakan itu yang menjadi kelebihan kepada setiap resepinya ni. Tak renyah orang kata! Sape-sape pun boleh cuba. Teringin dan nak cuba nasi minyak? Nasi tomato? Nasi arab, nasi dagang pun boleh tau. Bukan tu aje..nasi daging dan nasi ayam pun ada sekali.

Nak menu mudah lagi, nasi lemak, nasi goreng dan bubur (moi) pun ada! Berikut merupakan 20 jenis resepi pilihan ramai berasaskan nasi yang cukup popular dan mudah disediakan untuk juadah berbuka, bersahur ataupun hari raya. Harian pun boleh tau

#1 : Resepi Nasi Minyak Mudah

Resepi Nasi Minyak Mudah

Bahan-bahan Nasi Minyak Mudah
2 cawan beras yang telah di bersihkan
2 ulas bawang besar (di mayang) *
5 ulas bawang putih (di ketuk) *
2 inci halia (potong memanjang)
1 inci kulit kayu manis *
2 kuntum bunga lawang *
5 biji buah pelaga *
3 sudu makan marjerin planta
(aku guna jenama pelangi)
minyak masak untuk menumis
air secukupnya
1 sudu garam

Cara-cara Untuk Memasak Nasi Minyak Mudah 
  • Panaskan minyak masak berserta marjerin planta di dalam periuk. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.
  • Kemudian masukkan beras yang telah di bersihkan tadi dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.
  • Seterusnya masukkan air. Sukatan, air akan berada di atas beras sedalam 1 ruas jari telunjuk.
  • Seterusnya masukkan garam dan kacau supaya semuanya sebati. Masa ni kalau risau termasin ke macamana. Boleh masukkan garam sedikit demi sedikit dan rasa.  
  • Seterusnya tunggu ajelah nasi tu masak macam biasa.

Kredit : Sis Hawa

#2 : Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah

Nasi Tomato

Bahan Nasi Tomato
Beras Biasa / Basmathi ( sukatan : 1 pot beras bersamaan 2 pot air )
air sukatan beras
3sb minyak sapi
2sb minyak masak
Rempah tiga beradik (bunga lawang/Kulit Kayu Manis/ Buah Pelaga)
1/2 tin susu cair
1 tin susu
1 tin tomato puree
Daun ketumbar
Daun pandan
2 biji tomato ( potong 4 bahagian )
Garam

Bahan Kisar
1 Ulas Bawang besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inchi halia

Cara Penyediaan Nasi Tomato
  • Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah tiga beradik sampai garing dan naik bau.
  • Kemudian masukkan tomato puree, kacau serata selama lebih kurang dalam 5 minit.
  • Masukkan susu cair dan air yang di camca mengikut sukatan beras. Biarkan separuh didih, masukkan Garam / daun pandan / daun ketumbar / tomato
  • Bila dah didih masukkan beras, kacau bagi rata. Dan terus pindahkan ke rice cooker. (kalau tumis atas dapur gas)
  • Kemudian tunggu sehingga nasi masak macam biasa.
Tips :
JIKA GUNA BERAS BIASA KALAU NAK NAMPAK CANTIK BILA NASI DAH MASAK, WAJIB GORENG TERLEBIH DAHULU BERAS TERSEBUT

Ayam Masak Merah sedap Macam Lauk Kenduri

Resipi Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri

Bahan-bahannya
1kg ayam *Goreng Terlebih Dahulu 
1/2 tin tomato puree
1/2 tin susu cair
air
Minyak
Garam & Gula
Daun Ketumbar ( potong 4 bahagian )

Bahan Kisar
Segenggam Cili Kering
1 Ulas Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
1/2 inch Halia

Cara Penyediaan Ayam Masak Merah
  • Tumiskan bahan kisar sehingga masak dan garing. 
  • Masukkan tomato puree dan biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian masukkan susu cair/air (ikut suka sebab nak bagi berkuah) garam/ gula dan biarkan seketika.
  • Bila dah mendidih masukkan ayam dan terus gaul rata.
  • Seterusnya tabur daun ketumbar dan kacau rata. Dah siap! Dah boleh hidang.
  • Haa kalau nak sedap letak kacang pea’s

Kredit : cikza

#3 : Resepi Nasi Hujan Panas

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan Nasi Hujan Panas
4 cawan beras basmati) *Basuh dan rendam 1/2 jam
4 cawan air
1 cawan susu
2 helai daun pandan *Diikat
1 kiub pati ayam *(optional) boleh gantikan dengan garam
4 biji bawang merah *Blend
2 ulas bawang putih *Blend
1cm halia *Blend
Rempah 4 sekawan (Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
Minyak/Butter/Ghee
Pewarna Makanan *Merah Hijau, Kuning
Daun sup. Gajus, Kismis

Cara-cara Menyediakan Nasi Hujan Panas
  • Panaskan kuali hingga Thermo-Spot berubah menjadi merah. Masukkan ghee/minyak
  • Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend.
  • Masukkan daun pandan. Biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air, kiub ayam/garam, susu dan beras. Kacau rata.
  • Kemudian masak nasi macam biasa.
  • Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna menggunakan chopstick. Biar seketika.
  • Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
  • Tabur Daun sup. Gajus, Kismis sebelum dihidang. 

Kredit : Ayu Idris

#4 : Resepi Nasi Arab Mudah *guna beras biasa je

Resepi Nasi Arab Mudah

Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab
½ ekor ayam - potong 2
1 kiub ayam
1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah belah 4
1 batang kulit kayu manis
½ sudu jintan manis (biji)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu lada hitam (biji)
Sesudu garam

Bahan untuk menumis
Minyak sapi / butter / minyak masak
2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu jintan manis
½ sudu lada hitam

Cara-cara Menyediakan Nasi Arab Mudah
  • Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam. 
  • Kemudian tos dan asingkan ayam dan air rebusannya.
  • Tumis semua bahan untuk menumis sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
  • Masukkan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya.
  • Akhir sekali masukan daun ketumbar. Dah siap

PERAP AYAM
  • Lumurkan  ayam yang diasingkan dari air rebusannya dengan garam kunyit  dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa.

SAYUR
Timun dibuang biji di tengahnya
Tomato di potong dadu
Bawang besar racik halus
Garam dan air perahan lemon

Caranya
Gaulkan kesemua bahannya tu.

SAMBAL
3 batang cili besar merah
3 batang cili padi merah
Buah Tomato - Lebihkan buah tomato ye
Daun ketumbar
Air Perahan lemon
Garam / gula

Cara-cara
Blend cili, tomato dan daun ketumbar. Kemudian masukan garam, gula dan perahan lemon.

#5 : Resepi Nasi Dagang Kelantan

Nasi Dagang Kelantan

BAHAN UNTUK IKAN TONGKOL REBUS
2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
garam - letak 5 sudu besar tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu ya
air
lengkuas ( dihiris )

CARA UNTUK MEREBUS IKAN TONGKOL
rebus ikan bersama bahan-bahan diatas (Kedudukan selang seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas nak bagi rasa tu sekata ..dan rebus sampai airnya kering ..

GULAI IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN UNTUK GULAI IKAN
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
nisan 11/2 keping
garam ikut kesesuaian
cili hijau 4 biji
santan - agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu

CARA GULAI IKAN
  • Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
  • Sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
  • kacau santan bersama-sama bahan tadi sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan mendidih lama sikit.
  • Masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. 
Tips :
Jangan masukkan banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.

  • Biarkan mendidih, kemudian barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi, lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..
  • biarkan mendidih sehingga pada  permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .dah siap 

NASI DAGANG KELANTAN

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI DAGANG
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
santan pekat *2 cawan dimasak bersama sedikit garam
santan cair 21/2 cawan

CARA MENYEDIAKAN NASI DAGANG
  • Rendam  beras semalaman kira-kira 8 jam.
  • Letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk.
  • Kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
  • kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
  • akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la.

Kredit : wani Sukarno


#6: Resepi Nasi Daging Dan Air Asam Berkerisik

Nasi Daging

Bahan untuk Buat Nasi Daging
500 gm daging (dihiris)
5 pot beras basmati
3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
5 sudu serbuk kurma
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 batang lobak merah - potong dadu
1 helai daun pandan
3 sudu butter
sedikit garam bukit
sedikit cukup rasa maggi

Cara memasak *mengunakan Philips Presure Cooker
  • Masukan butter, bawang merah, bawang putih dan 3 serangkai. Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air... masukan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda.
  • Seterusnya masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu. Kacau-kacau bagi rata lobak merah dengan rempah ratus.
  • 5 pot beras basmati sukat macam masak nasi biasa, 5 pot beras bersamaan 6 pot air dan tambahkan air sikit jer lagi lebih sebab guna basmati berasnya kena lebihkan air ( agak-agak jangan terlalu banyak)
  • masukkan garam dan cukup rasa maggi dan kacau-kacau bagi rata.
  • Padamkan mood bake sekarang dan tukar kepada mood rice. Dalam masa 15 minit dah masak.
Resepi Nasi Daging Dan Air Asam Berkerisik

Bahan  untuk Air Asam

2 sudu kerisik
2 biji tomato (potong dadu)
7 cili akar hijau (dihiris bulat)
3 cili merah thai (dihiris bulat)
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu air asam jawa sedikit air suam sedikit garam

Cara-cara membuat Air Asam Berkerisik
  • Masukan semua bahan diatas dalam satu mangkuk dan gaulkan semua, untuk garam ikut citarasa anda nak masin boleh letak lebih. 



#7 : Resepi Nasi Ayam Hainam

Nasi Ayam Hainam Mudah

Bahan - Bahan Untuk Nasi Ayam Hainan
Bahan Untuk Sup
2 ketul bahagian peha Ayam
2 batang Daun bawang (diikat)
2 inci Halia (dipotong tebal)
3 cawan air
Garam

Bahan Untuk Nasi 
3 pot kecil beras (dibasuh, ditos)
2 sudu butter
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dipotong kasar)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam

Bahan Untuk sos cili
5 batang cili masak
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam
Cuka

Bahan Untuk sos kicap
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan) 6 sudu air
Garam

Cara memasak sup
  • Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.
  • Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
  • Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.

Cara memasak nasi
  • Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
  • Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
  • Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
  • Biarkan ia masak.

Cara membuat sos cili
  • Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.

Cara membuat sos kicap
  • Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
  • Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
  • Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
  • Siap untuk dituang keatas ayam tadi.

Kredit : Mrsliez

#8 : Resepi Nasi Ayam Marjerin

Nasi Ayam Marjerin

Bahan Untuk Nasi Ayam Marjerin
Bawang putih
Halia
Ayam beberapa ketul *Untuk 2-3 orang makan
Air 1 jug
Kicap
Sos tiram
Cili merah
Lada sulah
Sup bunjut
Garam
Gula
Madu
Kentang *dipotong 7 hingga 10 bahagian)
Carrot *dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal
2 kiub ayam
cuka
majerin

Cara Menyediakan Nasi Ayam Marjerin 
  • Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
  • Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam.
  • Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit.
  • Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.

Cara Memasak Nasi Ayam Marjerin
  • Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.
  • Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
  • Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
  • Masakkan beras tersebut.

Cara Masak Ayam
Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.

Cara Masak Kuah Kicap
  • Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
  • Kemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
  • Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.
  • Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.

Cara Buat Sambal Cili
  • Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.
  • Kemudian masukkan cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.
  • Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

Cara Buat Sup Ayam
  • Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
  • masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.
  • Kemudian masukkan carrot dan kentang.
  • Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.

Kredit : Khalisah Hazrina


#9 : Resepi Nasi ayam kukus halia


Bahan-bahan nasi ayam :
Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
Bawang merah ( dihiris)
Halia (dicicang atau dihiris)
Ayam dalam 3 ke 4 ketul.
Minyak masak
Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
Beras

Cara memasak :
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
  • Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati.
  • Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.

Resepi ayam kukus halia

Resepi ayam kukus halia

Bahan
Ayam 
Halia *dihiris nipis. cincang pun boleh je. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le!
Garam *secukup rasa
Minyak bijan *letak banyak sehingga naik bau bijan pun boleh tapi kalau tak berapa suka boleh letak 2 sudu pun dah cukup
4 sudu besar kicap cair *ikut berapa banyak yang kita suka
Sedikit kicap manis *tak nak letak pun tak apa.
3 sudu teh Serbuk lada hitam * ikut suka.
Daun ketumbar *Untuk di masukkan bila nak masak menggantikan daun bawang.

Caranya 
  • gaulkan kesemua bahan-bahan bersama ayam dan perapkan dalam peti ais selama sejam.
  • Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk dalam 40 min.

Kredit : Hanny Abdullah

#10 : Resepi Nasi Ayam Kukus

Nasi Ayam Kukus

Bahan
5 ketul ayam
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam

Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus
  • Rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi.
  • Nasi dimasak seperti biasa ya.
  • Ayam di tos dan tunggu nasi masak.

Resepi Sos Merah
1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar *dipotong kasar
1 biji tomato *dipotong dadu
1/2 gelas air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.

*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.

Caranya :-
Satukan semua bahan yang ditumbuk dan bahan-bahan lain dalam 1 mangkuk.

Hidangan ini boleh dihidangkan bersama sayur salad, timun batang dan hirisan tomato.

Kredit : shalimar

#11 : Resepi Nasi Ulam (Utara)

Nasi Ulam

Bahan:
Nasi
Ikan talang masin - goreng dan mesin halus
Udang kering - goreng tanpa minyak, mesin halus
Kerisik – mesin halus (elok kalau buat sendiri )
Lengkuas, Serai – mesin halus, mesin asing jangan sekali
Bawang besar – potong nipis
Bunga kantan – potong nipis
Ulam-ulam - gulung kemudian hiris halus.
*ikut citarasa biasa orang guna pucuk kadok, daun selom, pegaga, daun kesom daun kunyit, daun sekentut, bunga betik.

Caranya:
Masukkan nasi dalam bekas besar., kemudian  masukkan setiap bahan sedikit demi sedikit, campur dan gaul semuanya. Siap.

*Kalau nak boleh tambah garam, gula atau pun serbuk perasa. Kalau nak lagi pedas boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. Ikut citarasa masing-masing.

Resepi Sayur Keladi

Sayur Keladi

Bahan
Keladi – rebus, lepas tu buang air
Ikan temenung – rebus, asing isi dan tulang..mesin ( macam buat laksa )
Bawang besar, Belacan – mesin air
Cabai kering mesin
Daun kesom
Bunga kantan – hiris nipis
lada hitam – mesin halus
Asam keping
Gula Garam

Caranya
  • Basuh keladi dan rebus. Dah nampak lembut sikit, buang air rebusannya tu.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah di mesin (ikan temenung, bawang besar, belacan).
  • Masukkan cabai kering mesin. Kalau nampak kering tambah air sikit. Biarkan la mendidih sekejap.
  • Masukkan daun kesom, bunga kantan, asam gelugor, lada hitam, garam dan gula. Ikut kaau nak tambah perasa. Masak sampai dia masak. Tutup api. Siap dihidang.,

Kredit : Ira Dzahir


#12 : Resepi Bubur Kemboja

Bubur Kemboja

Bahan untuk buat bubur 
Beras yang dah dibersihkan (tak kisah berape pot yang kita nak)
Bawang putih (di tumbuk halus)
Udang kering (wajib ada) tumbuk sikit..biar hancur sikit
Potongan Ayam *seekor ayam belah 4 ! boleh carikkan isinya
Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas boleh tambah)
Sayuran *boleh juga masukkan sawi + taugeh or kobis)
Daun Ketumbar jawa *wajib ada
Sedikit garam
Sedikit Minyak masak untuk menumis

Cara-Caranya
  • Rebus ayam sehingga lembut. Angkat dan toskan. Isi ayam dicarik-carik. Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam buat sup.
  • Tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit sehingga naik bau tu.
  • Masukkan beras yang sudah di bersihkan..Kemudian goreng sehingga beras garing.
  • Dah garing masukkan air rebusan ayam  tadi dan masak sehingga beras tu menjadi bubur.
  • Masukkan lobak asin yang bersaiz besar.
  • Perasakan dengan garam. Agak-agak dah jadi bubur boleh la tutup api.

Hiasan dan pelengkap bubur
lobak asin yang diracik
Taugeh
Limau
Daun ketumbar kemboja *kalau takde takpe
Isi ayam
Lada hitam
Sambal

Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula.

Kredit : kisahsidairy

#13 : Resepi Bubur Nasi *guna Philip Pressure Cooker

Bubur nasi

Bahan
1 cawan bijirin beras
2 cawan air.

Caranya:-
  • Tekan mode "Congee" kemudian tekan MULAI  dekat Philip Pressure Cooker
  • Tunggu sehingga  13 minit, bubur dah siap dah .. 
  • kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.
    and for the lauk parts, u can cook basically anything u love.

Kredit : Alia Farhan


#14 : Resepi Nasi Lemak Sambal Telur Dadar

Nasi lemak Sambal Telur Dadar

NASI LEMAK

Bahan
3 pot beras
1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
2 helai daun pandan (diikat)

Cara Masak Nasi Lemak
mudah je! Masukkan kesemuanya ke dalam  periuk nasi. on kan suis 👌. Kemudian tunggu nasi masak.

SAMBAL IKAN BILIS Bahan

3 senduk cili boh
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
segenggam ikan bilis
sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula utk perisa

Cara
  • tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
  • masukkan cili boh. masakkan hingga terbit minyak ye.
  • selepas cili boh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata.
  • masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula. SIAP!

BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
telur dadar / telur rebus / telur mata lembu ayam goreng
ikan bilis garing
ulam timun
sayur kangkung goreng
kacang tanah goreng

Kredit : Adianiez

#15 : Resepi Nasi Lemak Simple

Nasi Lemak Simple

Bahan-bahan:
Telur yang telah direbus
Timun
Kacang
Ikan bilis yang telah digoreng

Bahan-bahan Nasi
1 kotak kecil Santan
1 inci Halia dihiris
2 pot Beras

Bahan-bahan sambal
3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar cili boh
Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
Gula

Cara-cara masak nasi 
1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.
Cara-cara masak sambal :
1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
5. Masukkan gula. Gaul sebati.

Kredit : Marina Bashah

#16 : Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan
Nasi sejuk
Ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
Bawang putih (ketuk dan cincang)
Cili padi (ketuk dan cincang)
Telur
Kailan
Serbuk lada hitam/lada sulah
Sos tiram
Gula

Cara memasak
Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
Masukkan telur dan hancurkan
Masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rata
Masukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah.
Masukkan nasi dan kacau rata.
Siap untuk dihidang.

Kredit : Maria Firdz

#17 : Resepi Nasi goreng ikan bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

BAHAN BAHAN
10 biji bawang merah *tumbuk hingga lumat
3 biji bawang putih *goreng dengan kulitnya sekali dan ketuk
2 sudu cili boh
Seikat sawi
Segenggam ikan bilis
Secubit garam
Minyak

CARA CARANYA:
  • Basuh bawang Putih dan goreng bersama  kulit sehingga garing..ketepikan
  • Masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan dahulu.
  • Tumiskan bawang merah bersama bawang putih (yang diketuk) sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh,serta tumis sehingga pecah minyak dan betul-betul garing (jika tidak cili tidak dimasak sepenuhnya dan boleh menyebabkan sakit perut).
  • Masukkan sayur sawi, nasi putih dan gaul sebati. Perasakan dengan sedikit garam.
  • Kemudian masukkan ikan bilis dan gaul lagi sekali.
  • Dah siap !

Kredit : Nor Azlina

#18 : Resepi Nasi Goreng Telur Sedap dan Mudah Disediakan

Nasi Goreng Telur Sedap & Mudah Disediakan
Bahan
Nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
6 biji cili padi *nak lagi pedas boleh tambah
2 biji telur

Cara menyediakan
  • Tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 6 biji cili padi sehingga lumat.
  • Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga agak agak dah garing
  • Kemudian masukkan dua biji telur,  garam dan gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata.

Kredit : Mimi Azirah


#19 : resepi Nasi Goreng Sotong

Nasi Goreng Sotong

Bahan
Nasi lebihan semalam
2-3 ekor sotong- dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas boleh tambah)
1 biji telur - di buat telur hancur terlebih dahulu
Sayuran seperti sawi dan kobis
Garam secukupnya.
Minyak
Daun bawang
Bawang Goreng

Cara:
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga bau wangi.
  • Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la..
  • Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.
  • Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.
  • Siap! Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.

Kredit : Cahaya Hayati

#20 : Resepi Nasi Goreng Orang Bujang

Nasi Goreng Orang Bujang

Bahan
5 ulas bawang putih *tumbuk
4 ulas bawang merah *tumbuk
10 biji cabai Melaka
Sos tiram
Sos cili
Sosej *potong
3 bio telur ayam
Nasi

Caranya
  • Tumis semua bahan  (kalau nak sedap lagi masuk butter sikit masa kita nak tumis)
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sosej dan juga telur. Kacau hingga sebati.
  • Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata.
  • Nak lagi sedap goreng nasi bagi lama sikit.

Kredit : Wawa


Haa,  inilah antara 20 resepi pilihan ramai berasaskan nasi yang cukup popular dan mudah untuk disediakan terutamanya untuk sajian berbuka, bersahur ataupun untuk juadah hari raya.

Untuk hari-hari biasa pun boleh.




My Ping in TotalPing.com