Jemputan Kenduri Raya Haji Ke-3

Julai 13, 2023 Add Comment
Jemputan Kenduri Raya Haji Ke-3

Alhamdulillah, tahniah Cah !

Dah selamat bergelar isteri orang dah dengan sekali lafaz tengahari raya haji ke-3 hari tu. Nasib baik  juga majlis akad nikahnya dibuat dekat rumah..sempatlah join sama gara-gara nak berkejar sebelah petangnya tu untuk menghadiri kenduri kahwin anak kawan tempat bekerja pula.

Selamat Pengantin Baru Ecah

Batal air sembahyang, emas, gold, barang kemas, emas kahwin, wedding


Wedding, perkahwinan,


Walupun cuma majlis akad nikah yang cuma dihadiri ahli keluarga terdekat tetapi ianya cukup  meriah meskipun ringkas je. Menunya pun pelbagai siap ada lemang dengan rendang lagi selain mee sup, nasi putih, ayam goreng, gulai daging, gulai kambing, colek, kuih-muih. Aiskrim malaysia yang pendek, buncit yang tengah hot sekarang ini pun ada juga. Memang dah sah-sah jadi rebutan bukan setakat budak-budak je.  Tak sempat sampai kita nak rasa 😂😂


Akad nikah, wedding

Kredit Foto : CikPau


Memandangkan masih dalam mood raya lagi katakan. Kita pekena lemang dengan rendang ayam dan daging ajelah dulu. Sebenarnya risau dibuatnya terlelap kekenyangan je 🤭🤭

Jemputan Kenduri Raya Haji Ke-3

Selamat Terima Menantu

Sebelah petangnya tu pula bertolak ke Pauh Lima. Lokasinya Kg Aril, atas sikit dari masjid Pauh Lima tu. On the way tu tiadalah jem sangat jalannya berbanding nak patah balik cumanya disebabkan sedikit salah faham yang dekat jadi jauh sikit. Biasalah musim-musim perayaan, cuti sekolah camtu kan tak sesak bukan ianya namanya nak-nak dalam Kelantan ni.  

Tapi kesian 2 beradik anak officemate tu lama menunggu kita pula 😔😔 

Jalan sesak, jalan jem, musim perayaan, cuti sekolah

Jalan sesak, jalan jem, musim perayaan, cuti sekolah


Cantik kan pelamin dia tu ?? Tapi sebenarnya bukan pelamin je. Hiasan meja beradab dan apa ke bendanya ni namanya, bootch weding untuk snap gambar pun lawa. Cantik kan


Pelamin cantik, wedding, pelamin contoh, pakej pelamin murah


Ruang foto, bootch weding,


My Ping in TotalPing.com