Template Blog Kena Removed

Februari 26, 2024

Alahaii banyak pula nak kena buat ni. Baru terasa nak rajinkan diri tengok blog. Nak kena postpone lagi ke macamana ni ye. Soodihh betul la 

Terasa macam nak minta tolong korang je settle benda alah ni. Dari tahun lepas lagi nak tukar template blog tapi tak jadi-jadi lagi. Ada juga tanya-tanya seorang dua blogger tu last sekali, lupa pulak dah. Macam la banyak sangat kerjaan hakiki tu  kan tapi sebenarnya boleh tahan juga la 😅😅. Try juga usha-usha si Mai tu tapi dia dah lama tak buat. Nak harapkan kita buat sendiri hmm camni lagilah kot. Blog pun auto closed ! Bukan closed juga ia auto link ke alamat blog yang kita guna template tu dah tak ada. Dah kena removed. 


Template Blog Kena Removed 

Blog has been removed

Konon buka blog tapi dia auto keluar camni. Blog yang kita guna template tu dah takda !

Blog has been removed

Lagipun tak daya la nak hadap coding ni lagi. Terakhir tengok pun dah lupa tahun bila dah tu.. sekarang ini lagilah macam-macam nak kena tengok dengan Google Analytics 4 (GA4) la. Nak kena tengok betul-betul. Baca, study dulu bagi faham tak boleh nak main terus buat je macam sebelum ni. 


Google Analytics 4 (GA4) | Apa yang Patut Blogger Buat

Pasal GA4 tu ada juga la tanya siinurul tapi last-last sampai sekarang tak faham lagi. Mungkin sebab tak betul-betul mengadapnya itu yang tak faham-faham tu. 

Google Analytics (GA4)

Site Income | Macamana nak jana income Adsense 

Yang ini pun satu hal juga, nampak macam menari-nari aje iklan adsense tu keluar dekat blog tapi bila check so sad !! Korang setting macamana ye. Please help me 

Tapi income adsense ni ada kena mengena dengan GA4 tu juga kan? Kalau GA4 k.o maknanya yang lain pun akan k.o juga la. Alahhh..bila nak free ni nak tukar template blog, nak kena setting semula akaun adsense. Tapii GA4 tu kena buat dulu 😰😰


Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com