Pilihan Hotel Mewah Di Kuala Lumpur Dengan Harga Berpatutan

November 02, 2022

Di Kuala Lumpur, terdapat banyak pilihan hotel terbaik yang anda boleh cuba dengan harga yang berpatutan. Sekali sekala bolehlah anda merasa pengalaman menginap di hotel mewah. Sudah pasti ia akan memberikan anda pengalaman bercuti yang luar biasa. 


Oleh itu, berikut kami kongsikan pilihan hotel mewah yang terbaik di Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan untuk anda pertimbangkan. Tunggu apalagi, jom baca!


Pilihan Hotel Mewah Di Kuala Lumpur Dengan Harga Berpatutan

1. DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur

DoubleTree KL adalah merupakan salah satu hotel yang cukup terkenal di Kuala Lumpur. Hotel ini terletak betul-betul di Menara Intermark dan bersambung dengan pusat beli belah. 


Kemudahan yang disediakan cukup lengkap bagi memastikan keselesaan pengunjungnya terjamin. Terdapat beberapa jenis pakej bilik yang ditawarkan termasuklah bilik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas.


DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur


Bukan sahaja kemudahan yang lengkap, servis perkhidmatan dan layanan yang diberikan kepada setiap tetamu juga sangat istimewa dengan layanan bertaraf antarabangsa.  Memang terbaik!

2. Dorsett Kuala Lumpur

Terletak di lokasi yang menjadi tumpuan ramai, Dorsett Kuala Lumpur menawarkan anda penginapan bertaraf 5 bintang dengan harga yang berpatutan. Setiap unit bilik di hotel ini dihiasi dengan dekorasi moden dan nampak mewah. 


Dorsett Kuala Lumpur


Selain kemudahan dalam bilik, hotel ini juga lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan lain seperti kolam renang, pusat kecergasan, restoran in-house dan sebagainya.  Anda juga boleh mendapatkan servis kereta limousine untuk membawa anda ke tempat yang anda ingin tuju. Memang wow sangat!


3. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence

Pullman Kuala Lumpur Hotel & Residence juga adalah merupakan hotel yang sering menjadi pilihan ramai kerana fasiliti dan servisnya dijamin terbaik. Hotel mewah dengan harga berpatutan ini terletak berdekatan dengan pusat beli-belah terkemuka, Pavillion. 


Hotel ini turut menyediakan bilik mainan kanak-kanak yang dikenali sebagai The Zone. Jadi anda tak perlu risau, anak anda tidak akan merasa bosan selama menginap disini. Terdapat 5 pilihan restoran yang ada di hotel ini dengan berpuluh-puluh variasi makanan yang anda boleh pilih. 

4. Concorde Hotel Kuala Lumpur

Concorde Hotel Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan terutamanya buat individu yang mempunyai urusan kerja. Hotel ini juga menawarkan keseronokan untuk anda bercuti bersama keluarga. Kemudahan dan servis yang diberikan memang terbaik, tak perlu anda ragukan lagi. 


Di hotel ini juga terdapat ruangan dan barisan kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti spa, salon, kedai serbaneka dan juga kedai menjual pakaian. 


Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Kesemua hotel yang disenaraikan di atas terletak di lokasi yang strategik dan membolehkan anda untuk akses ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Kuala Lumpur dengan mudah. Antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi adalah seperti berikut:


  1. Menara Berkembar Petronas: Menara ini adalah merupakan bangunan pencakar langit yang menjadi salah satu bangunan tertinggi di dunia dengan reka bentuk yang menarik dan unik.


  1. Aquaria KLCC: Terletak di bangunan KLCC, ia menawarkan anda pengalaman berinteraksi dengan pelbagai hidupan marin. Di oceanarium ini, anda boleh melihat variasi jenis hidupan marin dengan melalui terowong lutsinar. 


  1. Petrosains: Petrosains adalah salah satu tempat terbaik untuk anda bawa anak-anak bagi mendedahkan dunia sains kepada mereka. Di sini, anak-anak anda boleh merasai pengalaman belajar sains dengan penuh keseronokan. 


  1. Sky Bridge KLCC: Jambatan atau SkyBridge KLCC ini membolehkan anda merasai pengalaman berada di jambatan penghubung Menara Berkembar Petronas KLCC yang terletak di tingkat 41 & 42. Kemudian, anda boleh  naik ke tingkat 86 untuk ke observation deck bagi melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. 


  1. Taman Tema Sunway Lagoon: Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan dan juga kawasan rekreasi khusus untuk aktiviti keluarga.



Untuk merasai pengalaman menginap di hotel mewah sekitar Kuala Lumpur, anda boleh buat tempahan melalui Traveloka dan nikmati pengalaman percutian terbaik anda. Untuk mendapatkan tawaran hebat, jangan lupa buat tempahan awal okay!

Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. sebenarnya kat KL pun byk hotel dan tempat percutian yg menarik kan

    BalasPadam
  2. Hotel kat KL nie kalau time kerja mmg murah tapi kalau mula cuti sekolah, siaplah..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com