Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas. Semoga kita masih lagi mampu membuat kebaikan. Insyaallah
Buat kebaikan itu tidak semestinya perlu ditujukan untuk sesiapa pun cukup sekurang-kurangnya ianya mampu untuk menjaga hati kita sendiri 😍 Buka mata aje terus kerah idea nak menyakitkan hati orang. Buang karen je
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dekat sini juga, kita nak ucapkan Selamat berhari raya. Maaf zahir dan batin.. semoga dipermudahkan semua urusan dan ceria-ceria selalu.
Ini ajelah isian balang kuih raya kita untuk tahun ni. Kacang, maruku viral, maruku halus dan kuih semperit. Ada juga sebenarnya order tart karipap dengan kuih batang buruk cumanya bukan rezeki owner tu terbagi dekat orang lain. Itu yang tukar dengan kacang dan maruku halus
Memandangkan dapur masih lagi takda.. Kita beraya rumah jiran tetangga ajelah. Ada yang buat laksa penang, nasi beriani, pasta carbonara, lontong, sate, mee kari. Alhamdulillah, kenyang perut tapi masalahnya sebulan puasa perut kempis sehari raya dah timbul balik ni dah camne 😅
Selamat Hari Raya
Raya kali ni kita tema black ! Tapi sekeping gambar pun tak snap . Memandangkan takda kita share video sebelum cuti beraya ajelah
H
Oklah korang, stop dulu sampai sini. Insyaallah hingga jumpa lagi ye
Next Post »




0 Ulasan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.