Chefmanship Akademi mendidik pengendali makanan dengan pengurusan sisa dan lebihan makanan sebelum bulan puasa

Mei 19, 2018
Chefmanship Akademi mendidik pengendali makanan dengan pengurusan sisa dan lebihan makanan sebelum bulan puasa | Unilever Food Solutions telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan yang di anggarkan 8,000 tan sehari di Malaysia. 


Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan modul yang terbaru dia orang dengan memberi perhatian terhadap pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan kejayaan pengendali makanan supaya ia dapat memperbaiki dan memperolehi pandangan mendalam terhadap program inovatif yang dijalankan itu.


CA menekankan kepada keusahawan bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan kecekapan supaya boleh menjadi chef yang lebih baik.

Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia. 


Ketua Negara UFS Malaysia iaitu Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran : "UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali pertama dan melibatkan lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi melalui CA. "

Nusrat berkata bahawa berdasarkan rekod dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir hampir 1.1 juta tan setahun.


Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk kawasan Lembah Klang, sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA ini juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).


Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA." Dia juga turut meluahkan rasa gembiranya dia kerana CA mampu berkembang dengan cepat dengan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan.

UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya dapat meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.


Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.

“Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila makan di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja terutamanya semasa bulan puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan di Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.

Nusrat berkata, “Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang lebih baik."

“Laman web UFS akan menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau chef supaya mereka dapat melayarinya semasa masa lapang termasuk inspirasi chef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh chef untuk chef sahaja,” Nusrat kata. 

Nusrat berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my 

Ketahui Semuanya Tentang Unilever Food Solutions 
  • Unilever Food Solutions adalah bahagian perkhidmatan makanan Unilever. 
  • Produk-produk dia orang adalah bahan ruji bagi setiap dapur professional di 74 buah negara di seluruh dunia. Knorr, Lady’s Choice, Lipton, Planta dan banyak lagi. Mereka mengeluarkan produk-produk untuk menjimatkan masa bagi penyediaan makanan di dapur tanpa kompromikan rasa dan bakat. 

  • Kalau nak tahu, mereka telah berada di dalam industri ini semenjak tahun 1880-an. Mereka juga adalah chef, jadi mereka tahu bagaimana cara untuk menyampaikan hidangan yang bukan sahaja menarik perhatian pelanggan, malah meraih keuntungan. Dan juga bagaimana untuk sentiasa mengeluarkan menu dan resepi yang baru dan menarik mengikut aliran masa dan citarasa yang sentiasa bertukar. 
  • Unilever Food Solutions sangat komited terhadap perkembangan syarikat yang mempunyai kesan positif terhadap industri makanan. Ia menawarkan perkhidmatan yang boleh membantu chef dan pengendali makanan untuk bekerja di dapur dan menghasilkan lebih banyak makanan dan makanan sihat dalam menu untuk pelanggan. Ia adalah peranan terhadap tanggungjawab sosial dan alam sekitar yang lebih mesra untuk menjalankan perniagaan


Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. Hai cik tie..bagus share info² macam ni..
    salam kenal..
    Kalau sudi follow balik naaa..
    www.iradzahir.com

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com