Promasi Kraf Inspirasi Alam 2012

Seronok juga rupanya ya pergi Pameran kraf ni. Sebelum ini asyik tak berpeluang langsung tuk join. Plan tuk pergi memang ada tapi selalu aje tak berkesempatan. Kalau bukan kerana member office yang ajak memang sampai sekarang pun tak berkesempatan kot.

Bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Tak ada la jauh sangat dari rumah area Keramat ni. Pergi pun just temankan dia tapi hahaha satu barang pun tak beli. Sebabnya abang barang yang dia suka tu tak masuk tender tahun ni.

Ikutkan ni peniaga dan pelanggan pun tiada lah ramai sangat. Biasa-biasa je :) Maybe di sebabkan hari terakhir dan juga cuti sekolah kot kan. Seronok pula nengok barang-barang kat dalam tu. Ada macam-macam hasil tangan dari seluruh negeri. Seluruh ke?? tah la tapi ada barang-barang yang dari Kelantan, Pahang, Terengganu, Sarawak, Melaka antaranya adalah kain batik, kerongsang, perabut, bakul, tikar dan lain-lain. Harga pun ok la dari RM 10 dan keatas. 

Jom tengok apa yang ada 







Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »

Catat Ulasan

0 Ulasan