Hii uolls
Lamanya kita tak bersiaran dekat sini. Begitu lama tenggelam sesekali timbul camnilah jadinya. Blur sekejap nak mulakan dari mana dan macamana ni ðŸ¤
Sihat ke uolls ?? Nampak fizikalnya macam sihat-sihat je tu. Seperti orang kata selepas raya, hati tengah girang..tengah senang kan. Atau mungkin juga tembakan ciktie ni yang salah. Apapun situasinya bertabah ajelah. Apa yang kita rasa..apa yang kita pendam. Cengkam lah ia erat-erat walaupun kadang-kadang tu ianya cukup jelas tergambar di raut wajah.
Syawal dan April telahpun berlalu dan sekarang Mei mengambilalih. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih baik dan akan lebih mendewasakan lagi seiring dengan pertambahan usia dan peredaran masa. Apa yang kita nak tak semestinya dapat dan tak semestinya apa yang kita dapat itu merugikan kita kan.
Selamat Hari Pekerja
Kenapa perlu catat setiap perkara
Haa tengok ! lain yang nak dikarang lain pula yang terkarang ni. Itulah fungsi sebenar kena buat point dulu kan. Tiadalah tersasul keluar dari tujuan asal. Samalah juga dengan apa-apa kerja yang kita nak buat sebenarnya. Catat dulu siap-siap, kemungkinan untuk lupa takda lah sangat kan
Oklah ciktie pun tak adalah rajin sangat nak karang semula. Just nak ucapkan Selamat Hari Pekerja je. Hargailah apa pun jua pekerjaan yang kita ada sekarang..nampak lekeh camtu aje sesungguhnya dekat luar sana ramai yang menginginkan pekerjaan kita ini.
K lah.. stop dulu. Kan makin melalut pula jadinya ni. Hingga jumpa lagi korang.
Rindu sebenarnya nak BW macam dulu-dulu tapi selalu aje tak sempat 😔
Next Post »
0 Ulasan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.