Mahkamah Hati by Umie Liza

Oktober 01, 2019
Dah 2 kali dah baca novel ni. Seronok juga walaupun ianya sarat dengan air mata. Kejap-kejap mengalir air mata. Tak taulah kot-kot kita ni terlalu menghayati ke macamana. Tapi apa yang pasti kalau dapat ke novel kalau tak meleleh air mata tak sah hahaha. Dan inilah juga sebab kenapa tak boleh nak layan novel selain dalam bilik. Segan kot nanti orang tengok kita duk tangkap leleh hehe

Mahkamah Hati by Umie Liza

Karya Umie Liza ini mengisahkan tentang Alyssa Az-Zahra seorang pekerja merangkap pembantu setiausaha yang mengambil alih sementara tugas Setiausaha kepada CEO di Syarikat Rekabina Kreatif iaitu Rafeq Iskandar. Dia mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan sendiri - Sweet Alys. Jadi dia sanggup membuat kerja part-time selepas habis waktu bekerja untuk mengumpulkan modal.

Ciktie

Pada awalnya hubungan diantara pekerja dan bossnya ini baik tapi setelah Alyssa Az-Zahra mengetahui siapa pemilik sebenar jaket kulit yang telah menyelimutkannya hubungan mereka mula dilanda perang dingin. Ditambah pula dengan sikap Rafeq Iskandar yang suka memerintah dan mengarah menyebabkannya marah dan merajuk. Kemuncaknya dia telah menghantar notis perletakan jawatan tetapi tidak diterima. Bermula dari situ mereka saling bertelingkah. Pantang bertemu. Bagi Rafeq Iskandar dia suka melihat Alyssa Az-Zahra marah-marah.

Mereka di tunangkan tanpa kerelaan atas kehendak keluarga. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa kedua-dua ibubapa mereka itulah kenalan yang sama-sama mengerjakan umrah dan berkehendakkan mereka disatukan. Dek kecewa dan tidak mahu mengecewakan lagi keluarga, baik Alyssa Az-Zahra mahupun Rafeq Iskandar masing-masing tidak mahu mengetahui siapa gerangan tunangan mereka itu. Bagi mereka jika itu jodohnya biarlah mereka melihat sendiri pada hari pernikahan mereka.


Ciktiedotcom

Tapi sebaik mengetahui siapa sebenarnya tunangannya, Rafeq Iskandar telah meminta dipercepatkan tarikh pernikahan kerana cemburu melihat Alyssa Az-Zahra keluar dengan lelaki lain apabila cubaannya untuk berbaik dengan Alyssa Az-Zahra tidak menjadi. Cubaan Alyssa Az-Zahra untuk memutuskan pertunangannya gagal kerana Rafeq Iskandar tetap ingin meneruskan pernikahan mereka.

Sebenarnya Alyssa Az-Zahra telahpun mencintai bossnya itu sejak dia mengetahui lelaki itulah yang telah menyelimutkan dirinya dengan jaket kulit yang menjadi penyebab perang dinginnya di pejabat. Sewaktu dia mengetahui bakal mak dan ayah mertua dan bakal suaminya datang bertandang, dia memang terasa amat kecewa dan terasa ingin melarikan diri. Tapi bila mengetahui tunangannya itu orang yang dicintainya dalam diam dia sentiasa mengharapkan jodohnya masih ada walaupun ketika itu dia yang  beria minta pertunangannya diputuskan kerana kecewa bakal suaminya itu menginginkannya hanya kerana Chenta Malika.

Selepas  kahwin walaupun dia dilayan dengan kasar, diherdik dan tidak dipedulikan dia masih mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia disamping suaminya tu.

Sementara Rafeq Iskandar pula, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata terpaksalah tanggung. Dia sebenarnya telah mencintai isterinya itu cuma dia keliru diantara sayangnya pada arwah isterinya, Linda dan rasa cintanya yang semakin mekar buat Alyssa Az-Zahra.

Bahagia yang baru dikecapi tergugat apabila suaminya lebih percayakan kata-kata Sara yang telah memutarbelitkan kenyataan. Kecewa dengan sikap suaminya, Zara telah keluar rumah untuk mencari ketenangan dan kekuatan diri.

Ok, best jugalah jalan cerita novel ini. Walaupun sakit hati, geram, nak marah macamana pun amanah dan tanggungjawab yang digalas perlu dilakukan juga. Respect sangat dengan si maya kawan rapat  si Alyssa Az-Zahra tu. Memang seorang penasihat dan pendengar yang terbaik.



Share this :

Previous
Next Post »

10 ulasan

  1. lama dah ammi tak baca cerita touching2 ni.. tp memang ye kan. kalau nak baca buku camni janganlah baca kat tempat lain selain bilik. Ammi penah sekali baca buku P.S.I I love you dalam tren. Hadoiiiii menjejeh air mata pastu tak boleh nak cover.

    BalasPadam
  2. eii tak suka lelaki jenis kasar macamni. Kalau suka tengok bini marah merajuk pun tak ke rabak mental bini tu

    BalasPadam
  3. last baca novel ni rasanya masa belajar dulu la. lama dah tak baca

    BalasPadam
  4. jln cerita nmpk menarik..
    tp skrg dh xde ms sgt nk bc novel.. huhu

    BalasPadam
  5. Baca sinopsis dia,mcm best jln citer dia...kena cari mood dulu ni,nak baca novel..lama dh x baca novel...

    BalasPadam
  6. Betul2 menghayati tu. Zumal masih ada novel yang tak khatam. Bila mengemas rumah lupa pula kat mana simpan

    BalasPadam
  7. saya suka membaca buku dan jarang pula nak sentuh buku yang bersifat novel

    BalasPadam
  8. huhu konflik rumahtangga.. lama tak baca novel dah. best gak kalau layan perasaan sampai nangis2 ni

    BalasPadam
  9. Bila baca review awak nie, rasa macam geram pulak pada watak-watak nie, suka main tarik tali.. tapi memang terbaiklah review awak.. anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com