Selamat Pengantin Baru Sulong

Disember 02, 2018
Selamat Pengantin Baru Sulong | Congrats !! Dah bergelar isteri orang dah. Semalam dah kenduri sebelah perempuan dan majlis menyambut menantu sebelah lelakinya pula hari Isnin ni. Kira selang sehari  ajelah dengan majlis dekat sini. Harap-harap cuaca baiklah nanti. Semalam hujan sekejap-sekejap je berhenti tapi alhamdulillah majlisnya berjalan lancar walaupun kebetulan semasa rombongan lelaki sampai tu hujan turun lebat tengahari tu. Tetamu yang hadir pun tak putus-putus datang. Alhamdulillah, clear semua lauk-pauknya dan makanan yang dihidangkan tu.



Teruja tengok pelamin dia tu sampai terlupa nak snap gambar hantaran sebelah lelaki. Yang sebelah perempuan inipun main snap je semua sekali hahaha. Tapi pelamin dia tu lawa. Nice sangat !! I like pearl white tu 😍😍 Bunga telur dia tu pun lawa. Macam lain sikit ianya tu..

Pelamin tema pearl white


Cantik tak pelamin dia ni?? Bagi ciktie ia simple tapi menarik.  Tapi simple-simple pun dekat rm2k juga berhabis untuk beli bunga, pasu, kerusi semua tu termasuk yang dalam bilik pengantin.




Btw tahniah dan selamat pengantin baru. Selamat melayari alam berumahtangga. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Aamiin.






























Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com