Review : The Milk Peel Cream Mask Yang Menyegarkan

Disember 01, 2018
Review : The Milk Peel Cream Mask Yang Menyegarkan | Terasa happy sangat tau !! Kejutan demi kejutan yang ciktie terima semenjak terpilih sebagai salah seorang #altheaangels ni. Dan yang ini yang terbaru ciktie terima dalam seminggu lebih camtu, produk terbaru dan paling eksklusif keluaran Althea - The Milk Peel Cream Mask aka Masker Krim Kulit Susu #betulketranslateBMnyacamtu !!

Excited punya pasal dan takmau tunggu lama-lama, ciktie terus je cuba mask ini. Sebaik buka penutup pamnya ini, semerbak bau susu. Namanya pun The Milk Peel Cream Mask. Terbayang terus susu yang berwarna krim tu. Hmm.. sedap !! Ciktie memang suka baunya ini. Segar je.

The Milk Peel Cream Mask

Merupakan topeng muka (mask) yang bertindak menyegarkan dan menghidrat kembali kulit wajah setelah menyingkirkan kotoran ataupun sel-sel kulit mati secara perlahan-lahan.

Kiranya macam detoxer jugalah mask ini. Diformulakan dari 3 bahan utama iaitu :
  • AHA - bertindak menyingkirkan sel kulit mati pada permukaan kulit.
  • BHA - bertindak mengeluarkan kotoran ataupun minyak berlebihan pada liang-liang roma
  • Ekstrak protein susu (Casein) - bertindak melembapkan dan menyegarkan kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kiralah kulit kita jenis berminyak ke kering ke. Lagipun  protein susu itu sendiri memang baik untuk mencerah dan melembapkan kulit.




Hadir dengan packaging yang cukup comel ! Simple je. Suka tengok gabungan warna biru putih ni tapii apa yang pasti ianya cukup mudah untuk dibawa ke mana-mana saja. Tak risau pun dia nak terbalik ke apa sebabnya dia takkan tumpah.

Testurnya nampak aje pekat tapi ia lembut je seperti tanah liat berkrim kemudian berubah menjadi buih halus (bubble Cream whipped). Memang halus sangatlah bubble ia tu. 



Cara menggunakannya pun mudah je. Cuma banyak dan sedikit nak menggunakan mask itu bergantung kepada kita. 
  • Pam ataupun tekan pemicit mask ini dan sapukan ke seluruh wajah.
  • Urut perlahan-lahan sehingga keluar buih sabun (bubble Cream whipped) yang halus.
  • Biarkan selama 30 saat hingga 1 minit camtu sebelum bilas dengan air suam.
Haa kalau nak tahu, masa biarkan bubble Cream whipped dalam 30 saat hingga 1 minit tu, kita akan terasa macam bubble Cream tu meresap ke dalam kulit. Itu yang  kadang-kadang terasa macam ada geli-geli sikit tu. 






Tapi selepas dibilas dengan air suam, kulit terasa lebih lembut, halus, segar dan ringan je. Suka tau ! Best terasa nak sentuh je selalu. 


MILK PEEL CREAM MASK (50ml)
Rm 36.00

Untuk hasil terbaik guna 2 kali seminggu.  Tapi ianya bergantung kepada jenis kulit kita juga..tak sama. Dan kalau korang dapatkan The Milk Peel Cream Mask sekarang ini diskaun tau 10%. Untuk dapatkannya korang boleh klik SINI. Dan untuk info lebih lanjut lagi korang boleh layari





Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com