Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1 | Susu packet kecil-kecil 2 in 1 camni kita jangan tak tahu dengannya kita boleh gantikan susu segar ataupun santan untuk sediakan dessert ataupun menu utama makanan seharian kita ! Ialah kadang-kadang tu kita terbeli susu dalam paket 2 in 1 kekonon nak cuba. Lepas tu tak boleh nak terima. Dari membazir macam tu lebih baik guna untuk buat hidangan lain 😘Cuma sukatannya tu bergantung kepada kita ajelah nak banyak mana. Macam ciktie sendiri, ciktie guna 3 packet susu Orgalac ala-ala 2 in 1 ini untuk buatkan puding roti kukus ini. Ianya cair sikit disebabkan sukatan air terlebih sikit.
Sebenarnya ini kali pertama ciktie guna susu packet kecil-kecil camni penganti susu cair. Alhamdulillah, hasilnya pun tidak mengecewakan sama sekali. Boleh tahan sedap juga. Kat sini ciktie nak kongsikan cara penyediaan Puding Roti Kukus Menggunakan Paket Susu 2 in 1 ala-ala Orgalac ! Lagipun kat sini senang nak rujuk bila diperlukan nanti. Nak-nak bahan-bahannya pun simple je. Memang tak susahlah nak buat..
Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1
Bahan
10 keping roti Gardenia - potong cube / carik-carik kecil-kecil
3 packet kecil susu 2 in 1
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur
1 sudu besar gula
1 liter air
Secubit garam
Sedikit mentega - untuk disapu pada loyang
Cara Penyediaan
- Roti yang telah dipotong/ dicarik kecil-kecil disusun dalam loyang yang telah disapu mentega disekelilingnya dan ketepikannya.
- Susu kambing, air, secubit garam, esen vanilla, gula dan telur di blend semuanya sehingga sebati.
- Kemudian tuangkan bahan 2 (bahan yang di blend) ke atas potongan roti tadi.
- Seterusnya taburkan kismis / almond
- Dan, kukus ianya selama 30 minit.
Selamat mencuba !!
susu kontroversi antara cik nor ngn pengasas dia tu ke?haha
BalasPadamNampak mudah. Terima kasih atas resepinya Ciktie :)
BalasPadamAlahai terliur dah zumal tengok puding tu.
BalasPadamPost dekat cik ash kat kulim hahaha
BalasPadamboleh cuba ni :)
BalasPadamwahhh.. sedap :)
BalasPadammacam senang je, boleh cuba ni
BalasPadamwah, blh cbe bt lpsni. jemput singgah http://duniataipmenaip.blogspot.com/
BalasPadam