New Samyeng Pij-ja | Boleh tahan pedas juga Samyeng Breef Pizza (First Class) ni. Menyengat sangat rasanya! Tapi sedap hehe


Selasa lepas masa lunch order Domino's Pizza yang baru tu (New Samyeng Pij-ja). Ambil 3 set Personal Pizza terus sebabnya malas nak fikir banyak! Lagipun teringin nak cuba pizza baru ni. Itupun kawan yang tolong order. Nak order sendiri kebetulan line internet slow sangat-sangat. Sempena promosi hari selasa (Super Tuesday) harga yang ditawarkan untuk personal pizza memang menjunam sangat-sangat. Hanya Rm3.90 je tetapi bukan semua pizza dapat harga ni. Mana yang ditawarkan ajelah.


3 set New Samyeng Pij-ja ni Samyeng Beef Pizza (First Class), Samyeng Chicken Pizza (Classics) dan Samyeng Tuna Pizza (Favorites) ni hanya Rm16 je. Tapi dengan syarat kena order online (take away) barulah dapat harga ni.



Samyeng Chicken Pizza (Classics) itu pun ada rasa pedas juga tapi kira ok lagi la. Masih boleh terima! Tapi kalau Samyeng Tuna Pizza (Favorites) ia langsung tidak pedas. Yang ini memang sesuai untuk anak-anak kecil. Kebetulan anak buah dah termakan Samyeng Chicken Pizza (Classics) dulu lepas tu tergigit cili rasanya terus dia tak mahu makan dah. Kesian la pula! Next time kena beli Cheesy Four je untuk dia.


By the way antara 3 set Samyeng Pij-ja ni ciktie suka Samyeng Breef Pizza (First Class) tu. Sebab ia pedas! menyengat tapi kalau letak cheese lebih sikit la mesti woww lagi la hehe

Order waktu lunch! Habis waktu office baru singgah ambil. Itupun gara-gara Si Hitamku masuk bengkel. Kalau tak masa lunch tu juga pergi ambil.



Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »