Selamat Jalan KRI Nanggala 402

Mei 02, 2021

Seminggu telah berlalu !! Takziah buat semua warga Indonesia terutamanya kepada semua ahli keluarga krew KRI Nanggala 402. Semoga terus diberikan kesabaran dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Ciktie dan seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dan berdukacita dengan apa yang telah terjadi. 


Dan semoga kesemua roh 53 krew anak kapal KRI Nanggala 402 ini ditempatkan kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Aamin. Berat mata yang memandang pastinya lebih berat lagi bahu yang memikul. Cubaan demi cubaan datang menimpa. Bermula dengan nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182, banjir di Kalimantan, air pasang di Manado, gunung berapi memuntahkan laharnya dan sekarang tenggelamnya KRI Nanggala 402. 



Selamat Jalan KRI Nanggala 402 

KRI Nanggala 402 ditemui

Sepertimana yang kita tahu, KRI Nanggala 402 merupakan antara 5 kapal selam milik TNI (Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia) buatan Jerman pada tahun 1978 yang mempunyai kelajuan 21.5 knot dan seberat 1395 tan. Ia telah dilaporkan terputus hubungan ketika sedang menjalani latihan tembak torpedo 21 April (Rabu) lalu diperairan Bali sebelum ditemui pecah kepada 3 bahagian di kedalaman 838 meter pada 25 April. Dan kesemua 53 anak kapalnya disahkan meninggal dunia. 


Sebelum itu, tompokan tumpahan minyak dan objek bermagnet tinggi dibawah air telah berjaya dikesan berdekatan lokasi terakhirnya menyelam tetapi belum pun sempat objek itu dikenalpasti ianya telah hilang. Penemuan barangan yang dipercayai miliknya disekitar kawasan pencarian selepas itu telah mengubah status kehilangannya kepada tenggelam. Antara barangan yang ditemui tersebut adalah serpihan torpedo, sebotol minyak pelincir untuk periskop dan juga sejadah. 



Dengan keupayaan aset yang terbatas, bantuan MV Swift Rescue, kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) milik Singapura telah berjaya mengesan keberadaan KRI Nanggala 402 secara visual di dasar laut. Hakikat penemuan yang menyakitkan ini apapun telah berjaya menjawab persoalan mengenai kehilangannya walaupun tidak banyak.


Senarai nama krew KRI Nanggala 402 

  1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402 
  2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P) 
  3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T) 
  4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E)
  5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P)
  6. Muhadi – Lettu Laut (P) 
  7. Ady Sonata – Lettu Laut (P) 
  8. Imam Adi – Lettu Laut (P) 
  9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T) 
  10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E) 
  11. Munawir – Letda Laut (P) 
  12. Rhesa Tri – Letda Laut (T) 
  13. Rintoni – Letda Laut (T) 
  14. M Susanto – Letda Laut (P) 
  15. Ruswanto – Serka Bah 
  16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah 
  17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu 
  18. Achmad Faisal – Sertu Kom 
  19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom 
  20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko 
  21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki 
  22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes 
  23. Bambang Priyanto – Serda Bah 
  24. Purwanto – Serda Kom 
  25. Eko Prasetiyo – Serda Kom 
  26. Harmanto – Serda Ttu 
  27. Lutfi Anang – Serda Ttu 
  28. Dwi Nugroho – Serda Atf 
  29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede 
  30. Misnari – Serda Eta 
  31. Setyo Wawan – Serda Saa 
  32. Hendro Purwoto – Serda Lis 
  33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes
  34. Diyut Subandriyo – Serda Lis
  35. Wawan Hermanto – Serda Lis 
  36. Syahwi Mapala – Serda Lis 
  37. Wahyu Adiyas – Serda Lis 
  38. Edi Wibowo – Serda Lis 
  39. Kharisma D.B – Kopda Eta 
  40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg 
  41. Khoirul Faizin – Kopda Mes 
  42. Maryono – Kopda Trb 
  43. Roni Effendi – Klk Eta 
  44. Distriyan Andy P – KLK Eta 
  45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy 
  46. Gunadi Fajar R – KLS Isy 
  47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav 
  48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes 
  49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK 
  50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel 
  51. Irfan Suri – Letkol Laut (E) 
  52. Whilly – Mayor Laut (E)
  53. Suheri – PNS


Jenis Kapal selam Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI)


Penggunaan istilah On Eternal Patrol - Pelayaran selama-lamanya khas untuk Krew atau anak kapal yang hilang ataupun karam (tidak akan kembali ke pelabuhan)  semasa latihan ataupun operasi ketenteraan !

Walaupun hakikat ini amat menyakitkan untuk diterima, semestinya KRI Nanggala 402 dan kesemua anak kapalnya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sebagai ‘on eternal patrol’. Ini adalah kerana mereka tidak akan kembali lagi ke pelabuhan di mana mereka berlepas sebelum ini.


Istilah ‘On Eternal Patrol’ atau rondaan abadi ataupun pelayaran selama-lamanya merupakan istilah yang merujuk kepada misi sesebuah kapal selam. Ianya digunakan apabila kapal selam yang telah berlepas dari pelabuhan untuk melakukan rondaan rutin atau latihan ketenteraan tidak pulang akibat hilang (sub-miss) atau karam (sub-sink). 


Istilah ini telah digunakan sejak perang dunia ke-2 lagi, sebagai penghormatan bagi mengenangkan kapal selam dan juga anak kapalnya yang tidak lagi kembali ke pelabuhan. Mereka yang hilang dan tidak kembali itu diisytiharkan sebagai ‘terus menjalankan tugas’ di bawah laut buat selama-lamanya untuk melindungi kedaulatan negara tercinta secara abadi. 

Akhir kata, Semoga terus tabah negara tetangga ku. Dan semoga usaha untuk mengangkat dan membawa keluar bangkai KRI Nanggala 402 dari dasar laut Bali ini dipermudahkan. In Shaa Allah, aamin. Sama-samalah kita doakan yer






Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. semoga beroleh syahid dan dirahmati Allah Taala

    BalasPadam
  2. Satu lagi kisah tragis yang mengorbankan ramai orang. Al fatihah buat mereka yang terkorban.

    BalasPadam
  3. sayuuu betul la kes Nanggala ni.. menitik juga air mata tngk news ni..
    tataula pasaipa rasaaa sayuu amat. sebab ramadhan sama kot dan mereka adalah negara jiran.. dekat terasa..

    takziah buat mereka. insyallah tempatnya mulia disisiNya
    terkorban ketika mempertahankan negara..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com