Sinopsis Cinta Lemon Madu - Ciktie Dot Com

Breaking

Friday, September 7, 2018

Sinopsis Cinta Lemon Madu


Sinopsis Cinta Lemon Madu | Siapa yang layan drama Cinta Lemon Madu, 13 episode ini mesti dah biasa dengar lagu nyanyian Zara Ali - Bulan Indah ini. Sebenarnya masuk kali ini baru empat lima kali je sempat layan drama ni walaupun sebenarnya ia dah pun ditayangkan sejak 08 Ogos 2018 lagi. Setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam. Suka tengok lakonan Aidil Aziz yang asyik tersenyum je dalam drama tu tapii sekarang dah stress dah haha. Sape suruh kawin dua !! Kan dah pening..nasiblah second wife tu dah tau cerita sebenar. Tapii bestlah layan drama ni. Sweet-sweet camtu !!


Drama Cinta Lemon Madu arahan Hashim Rejab dan terbitan Sha's Media Sdn Bhd ini menampilkan gandingan utama Aidil Aziz (Firash), Ruhainies (Haida) dan Riena Diana (Aisyah). Dahpun menghiasi slot lestary di TV3.



SINOPSIS CINTA LEMON MADU 

Mengisahkan Firash yang telah diambil sebagai anak angkat dalam satu keluarga berada semenjak kematian ibunya sejak kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida. Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati dan seterusnya berkahwin dengannya tanpa pengetahuan Haida. Apakah yang berlaku seterusnya dalam perhubungan mereka bertiga?? Macamana agaknya Firash menangani permasalahan ini?? Sama-samalah kita saksikan ye...




6 comments:

  1. Ada tengok iklan drama ni tapi xpernah tengok hahaha xmelekat sgt..

    ReplyDelete
  2. Ooo patutlah Firash kahwin lain. Haida abaikan dia ^^

    ReplyDelete
  3. ada la tengok haritu, alaaa...citer amik laki orang lagi..adeh...malas nak layan..haha

    ReplyDelete
  4. ada la tengok haritu, alaaa...citer amik laki orang lagi..adeh...malas nak layan..haha

    ReplyDelete
  5. ada la tengok haritu, alaaa...citer amik laki orang lagi..adeh...malas nak layan..haha

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox