Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ke-2 Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, September 6, 2018

Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ke-2 Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia


Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ke-2 Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia  | Sumbangan tambahan berupa wang tunai dan barangan dari rakan-rakan perniagaan dan orang ramai disalurkan untuk mengumpul sasaran dana sebanyak RM4 juta 


Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan. Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dan menerima sokongan yang amat memberangsangkan menerusi sumbangan untuk memastikan visi RMHC dalam menjamin kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak tercapai.

Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.


“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat  peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.


Pesakit pesakit pediatric yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsi kisah-kisah mereka

Rumah Ronald McDonald pertama telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan ia terus meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah. Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019.




Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.

“Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau.


Dari kiri :  Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir, Profesor Dato 'Dr. Ahmad Sukari Halim, Encik Mohd Nasri Mohd Nordin, dan Encik Azahari Abd Taharim

Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima untuk membolehkan keluarga menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi.




Sebagai contoh, Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.

“Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.
  
Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.


Model rumah ke-2 Ronald McDonald House di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan yang dijangka siap awal tahun 2019.

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.









2 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox